Cara Kira BMI Manual dan Kalkulator BMI Online

By | 2 Agustus 2021

Tubuh badan yang sihat ialah satu aset yang harus sentiasa dijaga agar kualiti kehidupan selalu dalam keadaan baik. Kesihatan yang terjejas boleh menjejaskan seharian, produktiviti kerja, hubungan dengan manusia, dan juga ibadah. Tanda tubuh sihat tak semestinya pada susuk badan yang kurus atau nampak ideal. Salah satu aspek yang perlu diambil kira ialah Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI). Secara ringkas, BMI ialah petunjuk berdasarkan kiraan nisbah berat badan kepada ketinggian tubuh. Cara kira BMI (Body Mass Index) sendiri boleh dibuat secara manual dan melihat carta yang telah ada ataupun menggunakan kalkulator BMI.

Dengan mengetahui BMI, anda boleh mengetahui sama ada terlampau kurus, ideal, terlebih berat badan, ataupun obesiti. Apabila didapati nilai BMI besar, maknanya gemuk. Sedangkan jika nilainya kecil, maknanya kurang berat badan. Keputusan tersebut boleh merujuk pada carta yang mengandungi beberapa kategori.

Sama ada terlalu gemuk ataupun terlalu kurus, keduanya terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya. Seseorang yang terlalu gemuk berisiko menderita serangan jantung, darah tinggi, diabetes, dan angin ahmar. Manakala yang kurang berat badan, berisiko terkena anemia, penurunan daya tahan tubuh, kemurungan, dan keletihan kronik.

Cara Kira BMI (Body Mass Index) dengan Kalkulator BMI

Pengiraan BMI dapat dibuat menggunakan kalkulator BMI ataupun manual. Berikut ini kalkulator BMI untuk mengukur secara automatik.

Cara Mengira BMI Secara Manual

Untuk mendapatkan nilai BMI, diperlukan nilai berat badan dalam kilogram dan ketinggian dalam meter. Seterusnya, masukkan nilai tersebut ke dalam formula berikut ini.

BMI = Berat (kg) : (tinggi (m) x tinggi (m))

Contohnya, dengan berat badan 52 kg dan ketinggian 1.6 m, maka kiraannya ialah berat badan bahagi tinggi, jadi BMI ialah 20.31, normal/ideal menurut kategori di bawah.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, purata BMI dibahagikan ke dalam empat kategori yaitu:

Nilai BMI (kg/m2)Kategori
Kurang dari 18.5Kurang berat badan
18.5 hingga 24.9Normal/ideal
25 hingga 30Lebih berat badan
Lebih dari 30Obes atau kegemukan

 

Pengiraan di atas hanya sesuai untuk lelaki dan wanita berumur 18 hingga 64 tahun. Untuk ibu mengandung, kanak-kanak, warga emas, dan individu yang sangat berotot seperti ahli sukan dan bodybuilder ada pengiraan BMI tersendiri.

Nilai BMI yang didapat tak sepenuhnya menentukan berat badan ideal seseorang. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi kiraan BMI, di antaranya bentuk badan dan struktur tulang. Untuk seseorang yang sangat berotot, kiraan BMI pasti pasti akan tinggi kerana tak dapat dibezakan antara berat otot dan berat lemak, sehingga hasilnya tak boleh menunjukkan bahawa dia obes. Sementara itu, individu yang memiliki tulang padat atau struktur rangka besar juga akan mendapati nilai BMI yang tinggi meskipun tidak gemuk atau obes.

BMI boleh memberikan panduan untuk anda meletakkan sasaran sebelum memulakan diet untuk menaikkan ataupun menurunkan berat badan supaya mencapai nilai ideal.

Cara Mengira BMI untuk Kanak-kanak

Saiz dan ketinggian yang berbeza pada usia kanak-kanak disebabkan oleh pertumbuhan tubuh badan yang berbeza satu sama lain. Dengan begitu, ibu bapa tak boleh menggunakan kanak-kanak lain sebagai kayu ukur untuk menilai kadar tumbesaran anak.

Cara mengetahui sama ada tumbesaran anak sesuai salah satunya ialah dengan cara kira BMI untuk kanak-kanak. Formula yang digunakan ialah sama dengan pengiraan untuk dewasa. Hanya sahaja, untuk kanak-kanak, carta rujukan tersendiri telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sesuai dengan peringkat usia. Carta tersebut biasanya terdapat dalam buku perkembangan kanak-kanak yang harus dibawa setiap kali membuat pemeriksaan berjadual di klinik.

Cara Kira BMI Ibu Mengandung

Sedangkan untuk wanita yang mengandung, ada carta dari KKM yang dapat digunakan untuk mengawal dan memantau berat badan semasa mengandung. Penambahan berat badan semasa mengandung akan berbeza mengikut BMI asal sebelum mengandung.

Wanita yang memiliki BMI normal semasa mengandung akan mengalami pertambahan antara 11.5kg hingga 16kg. Sementara untuk BMI kurang daripada 18.5 penambahan berat lebih banyak iaitu 12.5 hingga 18kg.

Bagi yang mempunyai BMI antara 25 hingga 30, selalunya tak mengalami penambahan yang banyak, antara 7kg hingga 11.5kg sahaja. Terakhir, untuk wanita yang mempunyai bacaan BMI lebih daripada 30 atau obes disarankan untuk mengurangkan penambahan berat badan antara 5kg hingga 9 kg.

Mengikut minggu untuk wanita mengandung dengan nilai BMI normal, penambahan berat badan yang berlaku ialah 0.9 hingga 2kg untuk trimester pertama, 4 hingga 5 kg di trimester kedua, dan 5 hingga 6kg di trimester ketiga.

Cara Mencapai Berat Badan Ideal dengan Gaya Hidup Sihat

Berat badan terlampau gemuk atau terlampau kurus tak disarankan. Berat badan yang berlebih dapat menyebabkan masalah kesihatan dan menjadi punca penyakit. Begitupun jika berat badan sangat kurang. Keadaan demikian boleh membuat daya tahan tubuh lemah dan mudah terkena penyakit.

Setelah tahu purata BMI dan kategori anda, bolehlah menentukan target, membuat jadual diet, dan memulakan amalan harian yang sihat untuk mencapai berat ideal. Berikut ini beberapa cara yang boleh anda buat iaitu:

1.      Mengamalkan pemakanan seimbang

Ingin mengurangkan berat badan bukan bermakna menyekat makan atau meletakkan had kalori ketika lapar, melainkan memilih makanan yang seimbang dan bernutrisi. Ambillah rujukan pemilihan makanan dalam kehidupan seharian dari Piramid Makanan Malaysia.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula, elakkan makan ketika menonton televisyen atau bekerja di hadapan komputer, juga kurangkan makanan tinggi lemak dan minyak.

Cubalah buat target yang realistik dalam menurunkan berat badan. Misalnya satu kilogram dalam dua minggu. Timbang badan seminggu sekali, seeloknya sebelum makan untuk mendapatkan hasil yang tepat.

2.      Lakukan senaman rutin

Senaman rutin mampu membantu membakar lemak dan kalori berlebih dalam tubuh. Cukup dengan sukan ringan seperti joging, berbasikal, dan bersenam dapat menurunkan berat badan dan menjadikan badan lebih cergas. Lakukan latihan sekurangnya 60 minit dalam sehari, 5-6 kali seminggu. Apabila tak biasa bersenam, buatlah secara bertahap tetapi lakukan secara berterusan.

3.      Dapatkan saran doktor

Agar mendapatkan berat badan ideal dan lebih sihat, anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu. Dapatkan saran berikutan masalah kesihatan, perubatan, fisiologikal, dan biologikal yang terkait dengan berat badan berlebih atau kurang. Selain itu, dapatkan saran dari pakar pemakanan untuk menentukan diet yang sesuai dengan anda.

BMI bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur tahap kesihatan anda. Namun, dengan cara kira BMI (Body Mass Index) anda boleh menilai berat badan dan menetapkan target berat badan ideal yang sesuai. Setelah itu, anda boleh menentukan diet, perubatan, dan senaman yang sesuai untuk mencapai berat badan ideal ataupun mengekalkannya.

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *