Cara Kira Insurans Kereta dan Dapatkan Harga Insuran Berpatutan

By | 20 September 2019

Kemalangan di jalan raya yang membabitkan kereta terus meningkat. Sehingga kereta perlu menjadi aset yang dilindungi, termasuk pemandu dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan. Cara kira insurans kereta boleh dilakukan oleh anda sendiri dengan mengambil kira beberapa perkara seperti jenis perlindungan hingga keadaan kereta.

Cara Kira Insurans Kereta dan Dapatkan Harga Insuran Berpatutan

Secara am, insurans kereta dibahagiakan menjadi tiga yaitu insurans pihak ketiga, insurans dengan perlindungan api dan kecurian tambahan, serta insurans komprehensif.

Insurans pihak ketiga ialah insurans paling asas yang melindungi pihak ketiga dalam kemalangan iaitu pemandu, penumpang, serta kereta lain yang terlibat kemalangan kerana kenderaan anda. Insurans ini meliputi pembaikan kereta pihak ketiga dan pertanggungan kepada kecederaan atau kematian pemandu ataupun penumpang kereta terbabit.

Insurans kedua ialah perlindungan api dan kecurian tambahan. Insurans ini memberikan perlindungan asas ditambah kerosakan kerana kecurian atau kebakaran yang tak disengajakan.

Terakhir iaitu insurans komprehensif yang memberikan perlindungan liability pihak ketiga, kecurian, dan kebakaran yang tak disengajakan. Selain daripada itu, insurans ini juga melindungi kereta anda daripada kerosakan pada kes kemalangan atau kehilangan harta benda dalam kereta kerana kecurian.

Ketiga-tiga insurans ini dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia dan kadarnya berubah setiap tahun.

Perlindungan tambahan bisa diperolehi bergantung keinginan anda seperti insurans tambahan cermin kereta, perisai angin, peralatan audio, hingga kerosakan kerana pergolakan awam.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Premium

Besarnya premium asas insurans dipengaruhi oleh lokasi, nilai insurans kereta berdasarkan nilai pasaran semasa, kapasiti kubik, dan lokasi sama ada di Malaysia Barat atau Malaysia Timur.

Jumlah nilai yang diinsuranskan harus sesuai dengan nilai pasaran kenderaan anda. Pengurangan atau penambahan nilai kereta nantinya akan menjejaskan insurans dan kos tambahan yang ditanggung oleh anda. Maka sebaiknya anda menetapkan jumlah nilai yang tepat.

Selain ketiga perkara yang telah disebutkan di atas, besarnya premium juga turut dipengaruhi oleh No Claim Discount (NCD). Pemandu yang akan memperolehi NCD ialah mereka yang tidak membuat sebarang tuntutan kepada pihak insurans pada tahun-tahun sebelumnya.

Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pengiraan insuran kereta ialah loading, faktor yang mempengaruhi risiko syarikat insurans, umur pemandu, umur kereta, dan kekerapan tuntutan dibuat.

Perlindungan Tambahan

Cara Kira Insurans Kereta

Perlindungan tambahan pilihan boleh dibeli untuk perlindungan yang lebih baik. Sebahagian daripada insurans tambahan dimasukkan ke dalam pakej liputan komprehensif, sedangkan insurans tambahan lainnya ialah dibeli sendiri. Insurans tambahan antara lain:

1. Insurans Cermin Depan

Apabila cermin depan anda rosak, perlindungan tambahan ini akan menanggung kos baik pulih tanpa mengusik No Claim Discount anda.

2. Cover Audio dan Aksesori

Sekiranya anda menggunakan aksesori dan perangkat audio mahal, disarankan mengambil perlindungan audio dan aksesori. Apabila aksesori atau audio anda rosak, perlindungan ini akan memberikan insurans untuk pembaikan ataupun penggantian tanpa menjejaskan NCD anda.

3. Peril Khas

Peril khas memberikan perlindungan untuk kerosakan kerana tindakan alam seperti banjir, gempa bumi, dan tanah runtuh.

4. Bilangan Pemandu Dibenarkan

Premium akan dikenakan untuk peningkatan jumlah pemandu dalam polisi.

5. Kit Penukaran Gas dan Tangki

Insurans tambahan ini untuk melindungi tangki kereta dan kit penukaran gas.

Ada beberapa lagi insuran tambahan yang boleh anda buat bergantung kepada keperluan dan risiko pemanduan yang mungkin anda hadapi.

Syarikat insuran utama biasanya hanya akan meluluskan polisi untuk kereta dengan nilai minima RM10,000 dan umur di bawah 15 tahun. Selain daripada faktor ini, dianggap berisiko tinggi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh berbincang semula dengan ejen insuran kerajaan seperti MYEG dan Pos Malaysia.

Cara Kira Insuran Kereta Selepas Pemansuhan

Cara pengiraan insurans kereta berubah setelah Bank Negara Malaysia memansuhkan tarif insuran pada bulan Julai tahun 2017. Selepas pemansuhan, kadar insuran kereta boleh ditentukan sendiri oleh masing-masing syarikat insuran dan pengendali takaful.

Sistem ini berlainan dengan sistem lama yang tlah dipraktikkan selama lebih dari 30 tahun di Malaysia. Karena sistem ini, syarikat-syarikat insurans menawarkan harga yang berlainan bagi kenderaan yang sama.

Maka, anda perlu membuat perbandingan sebelum memutuskan mana syarikat insurans atau takaful yang dipilih.

Selepas sistem baru ini disahkan, untuk memudahkan pembelian dan pembaharuan produk insurans mereka, banyak syarikat menyediakan platform atas talian.

Untuk membandingkan kiraan insurans kereta antara satu syarikat dengan yang lain, berikut ini perkara yang mesti anda fikirkan.

1. Jumlah Sum Insured Harus Selaras

Sum insured ialah jumlah yang ingin anda lindungi. Beberapa syarikat membenarkan pelanggan menginsurankan kenderaan mengikut jumlah sewa beli kendaraan. Jumlah perlindungan ini ialah satu faktor utama untuk menentukan kadar harga insuran anda. Ketika membuat perbandingan, bandingkan jumlah perlindungan yang sama bagi setiap syarikat.

2. Waspadai Kos Tersembunyi

Sesetengah syarikat insuran dan takaful mengenakan kos tambahan dari pakej produk insuran yang akan anda perbaharui. Jika tidak teliti, mungkin anda telah pun tersalah membeli pakej yang tidak diperlukan. Pastikan periksa dengan hati-hati apa yang ada dalam pelan insuran anda.

3. Diskaun 10% untuk Pembelian Atas Talian

Jika memperbaharui atau membeli insuran kereta melalui laman sesawang syarikat, anda akan mendapatkan diskaun 10%. Ini disebabkan tiada kos ejen dikenakan dalam pembelian. Maka pastikan anda membeli terus melalui laman web pengendali takaful dan syarikat insurans.

Diskaun ini juga diberikan apabila anda bersedia menghadapi tuntutan tanpa bantuan ejen. Apabila anda kurang mahir dalam proses tuntutan insurans, wajar untuk membeli melalui ejen yang dapat membantu.

4. Banding Mutu Perkhidmatan

Dengan pemansuhan atau liberalisasi tarif, syarikat dibenarkan menawarkan harga tersendiri. Mereka pun akan menyediakan perkhidmatan dengan mutu yang berbeza. Apabila anda memilih harga terendah, mungkin layanan yang diberikan pun tak setanding dengan syarikat yang menawarkan harga lebih tinggi.

Kaidah cara kira insurans kereta ini sama jua berlaku dalam bisnes perkhidmatan yang lain. Buat juga perbandingan dari faktor-faktor yang lain selain harga. Harga tinggi juga tak semestinya menjamin perkhidmatan terbaik. Liputan tambahan dan mutu perkhidmatan tambahan mungkin juga berguna sekiranya kenderaan anda terlibat kemalangan atau kecurian.

Itulah cara kira insurans kereta yang mudah dan praktikal. Anda dapat mengira sendiri harga insuran yang berpatutan dengan kondisi kereta dan risikonya.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *