Harga Insurans Motosikal First Party dan Faedahnya

By | 15 Oktober 2019

Insuran kenderaan sama ada motosikal atau kereta di Malaysia ada 3 jenis dan berbeza satu sama lain. Harga insurans motosikal first party juga tak sama dengan insurans lainnya. Insuran dan takaful menawarkan tiga pilihan untuk melindungi kenderaan anda.

Harga Insurans Motosikal First Party

Jenis-jenis Insuran Motosikal

Jenis insuran motosikal yang pertama ialah third party. Insuran ini melindungi pihak ketiga daripada kemalangan atau kerugian yang diakibatkan oleh kenderaan anda. Jenis kedua yaitu insuran komprehensif, perlindungan untuk kenderaan sendiri dan pihak ketiga dari kerugian karena kemalangan atau kecurian.

Yang terakhir ialah insurans pihak ketiga dan kecurian serta kebakaran. Jenis perlindungan ini bermaksud melindungi kenderaan atau harta benda pihak ketiga dan kenderaan sendiri dari kebakaran dan kecurian.

Apabila dibandingkan, tidak ada insuran yang betul-betul terbaik. Kesemuanya terpulang kepada anda yang akan menggunakannya. Memilih insuran juga harus mengambil kira risiko kenderaan. Sekiranya kenderaan masih ada baki pembiayaan, lebih baik jika mengambil jenis first party.

Hal ini untuk mengelakkan kerugian apabila kenderaan anda dicuri dan insurans tidak memberi ganti rugi dan pada masa yang sama anda harus menjelaskan hutang kenderaan itu.

Motosikal yang dilindungi oleh insuran first party berkurang sedikit masalah, karena apa-apa pun berlaku, insuran akan menanggung kerugian anda.

Membuat Tuntutan Motosikal Hilang

Jika melanggan insuran 1st party, apabila motosikal hilang, anda boleh buat tuntutan untuk ganti rugi daripada syarikat insuran anda. Cara membuat tuntutan ialah:

  • Buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas motosikal anda hilang.
  • Hubungi ibu pejabat syarikat insurans anda, bukan ejen atau kedai motosikal untuk mengelakkan bayaran yang seharusnya tidak perlu dibayar.
  • Maklumkan kes kehilangan motosikal anda, minta pegawai memberikan borang yang diperlukan untuk membuat tuntutan melalui emel anda.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan iaitu geran motor asal, salinan kad pengenalan penunggang motosikal, salinan kad pengenalan pemilik motosikal, salinan lesen pemilik dan penunggang semasa motosikal itu hilang. Bawa juga report polis asal, 2 set kunci kenderaan (buat satu duplikat untuk anda simpan), dan salinan polisi insuran.

Apabila geran masih tak tukar di JPJ, minta surat daripada kedai motosikal yang menerangkan bahwa anda sudah habis bayar hutang kenderaan. Sedangkan jika belum habis bayar hutang, anda perlu juga minta surat pengesahan daripada kedai motor tempat anda beli.

Perkara yang Tak Dilindungi Insurans Motosikal

Setiap motosikal yang akan dikendarai di jalan raya Malaysia wajib dilindungi oleh insurans atau takaful sekurang-kurangnya insurans pihak ketiga. Insurans ini wajib untuk semua jenis motosikal, tak kira mahal ataupun murah.

Apabila memiliki insurans atau takaful, ramai yang beranggapan bahawa ianya membolehkan kita buat tuntutan untuk semua perkara yang tak diingini. Tetapi, pada realitinya tak semua perkara yang menyebabkan kerosakan atau kehilangan motosikal dilindungi oleh insurans.

1. Insurans Hanya Mewakili Pemilik

Apabila motosikal anda mengalami kerosakan kerana kemalangan semasa ia ditunggang oleh orang lain, insurans tidak bertanggung jawab untuk memberikan pampasan. Sebab, polisi sedia ada hanya untuk pemilik motosikal apabila ia terlibat kemalangan.

Perkara ini boleh dielakkan dengan tidak mudah meminjamkan motosikal kepada orang lain yang tak pandai bawa motosikal dengan betul, budak bawah umur, atau orang yang tiada lesen. Atau anda boleh mengambil polisi lain yang menanggung kerugian ketika motosikal yang ditunggang orang lain tertimpa kemalangan.

2. Aksesori Motosikal Hilang atau Rosak

Syarikat dan takaful hanya akan menanggung kos kerugian apabila motosikal anda dicuri. Tetapi apabila hanya aksesori motosikal anda yang dicuri, insurans tak akan memberikan pampasan. Contohnya, semasa anda parking motosikal di luar, tetiba tayar hilang, terpaksalah anda guna wang sendiri untuk membeli tayar baru. Sebab kecurian aksesori dan alat ganti motosikal tidak ditanggung oleh insurans.

3. Perang atau Rusuhan

Sekiranya berlaku demonstrasi yang menyebabkan rusuhan di jalanan dan mengakibatkan motosikal anda terkorban, insurans dan takaful tak akan memberikan ganti rugi. Tetapi, apabila anda ingin mempertimbangkan membuat insurans tambahan untuk melindungi sekiranya berlaku rusuhan, anda boleh membeli insurans tambahan. Apabila rusuhan berlaku dan anda tersangkut di dalamnya, sekurang-kurangnya kerosakan motosikal masih dapat dituntut kepada insurans.

4. Penunggang Guna Dadah

Apabila ketika kemalangan berlaku, penunggang ada di bawah pengaruh dadah, insurans dan takaful tak akan memberikan pampasan. Ini juga berlaku untuk penunggang yang bukan pemilik motosikal, meskipun anda menggunakan pelan insurans untuk menanggung penunggang selain pemilik.

Bukan sahaja tidak mendapat pampasan insurans, penunggang yang dalam pengaruh dadah atau alkohol semasa kemalangan boleh disabitkan denda antara RM8,000-RM20,000 dan hukuman penjara 3-10 tahun.

5. Kemalangan Berlaku di Luar Negara

Sekiranya anda suka berkonvoi atau mengembara ke luar negara dengan motosikal, anda perlu mempertimbangkan untuk membeli rider insurans atau menaiktaraf insurans sedia ada. Sebab, polisi yang ditawarkan secara asas hanya untuk melindungi motosikal dan penunggang di dalam negara sahaja.

Apabila kemalangan berlaku di luar negara dan anda hanya menggunakan pelan insurans asas, syarikat insurans atau takaful tak akan memberikan pampasan kemalangan.

6. Pemalsuan Tuntutan

Membuat report palsu ataupun tuntutan palsu adalah satu kesalahan di sisi terma syarikat dan undang-undang kerajaan. Apabila anda didapati menipu, tuntutan akan ditolak serta merta serta polisi insurans boleh dibatalkan. Contohnya, apabila kereta anda mengalami kerosakan kecil dan anda membuat report kononnya kereta rosak teruk, tuntutan tak akan diterima.

Setiap tuntutan yang masuk akan disiasat oleh syarikat insurans dan takaful dengan pengesahan polis. Syarikat tidak saja membatalkan tuntutan malahan boleh menuntut anda.

Harga insurans motosikal first party memang lebih mahal daripada jenis third party, tetapi insurans ini memberikan perlindungan lebih banyak. Apabila anda merasa terdedah kepada risiko kecurian atau kerosakan tinggi, anda pun patut mengambil insurans tambahan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *