3 Jenis Insurans Kereta Utama di Malaysia

By | 10 April 2024

Hidup di Malaysia, mempunyai kenderaan seperti kereta ialah satu kemestian. Dengan kereta sendiri Anda boleh seronok ke sana kemari tanpa menunggu masa bas jemputan tiba. Akan tetapi, mempunyai kereta juga harus diiringi dengan insurans kereta. Ada pelbagai jenis insurans kereta yang ditawarkan dan perlindungan yang diberikan oleh syarikat-syarikat insurans terkemuka.

jenis insurans kereta

Salah satu perkara asas dalam pemanduan yaitu mengetahui perihal insurans kereta sebagai perlindungan dalam jangka masa yang panjang. Secara am, di Malaysia ada tiga jenis insurans kenderaan. Bermula daripada yang paling asas sehingga yang memberikan jaminan paling lengkap untuk pemandu yaitu:

Isi Kandungan

1. Perlindungan Pihak Ketiga

Pihak ketiga yang dimaksudkan dalam insurans iaitu kesemua orang lain, manakala Anda atau pemandu dikatakan sebagai pihak pertama, dan pihak kedua ialah syarikat insurans. Perlindungan pihak ketika memberi perlindungan dari kecederaan atau kematian orang lain yang disebabkan oleh kenderaan Anda. Perlindungan ini juga meliputi kerusakan atau kerugian ke atas harta pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan kenderaan Anda.

Asasnya, perlindungan paling minimum kepada Anda pada satu kes kemalangan diberikan oleh perlindungan pihak ketiga. Apabila Anda menggunakan insurans pihak ketiga, Anda tak boleh membuat tuntutan atas kerosakan pada kenderaan. Oleh kerana itu, premium yang ditawarkan lebih rendah berbanding pakej insurans yang lain. Untuk dapat memandu di jalan raya, sekurang-kurangnya kereta mesti ada insurans pihak ketiga. Ini penting untuk memperbaharui cukai jalan dan mengelakkan terkena saman kerana pelanggaran undang-undang jalan raya.

Walaupun harga premiumnya murah, untuk kereta lama mungkin ia tidak berbaloi. Disebabkan kereta lama cenderung mengalami kemalangan yang mungkin akan memerlukan banyak belanja pada masa hadapan.

👉 Baca Juga:  Bagaimana Nak Faham NCD dan Cara Pengiraan Insuran Kereta?

Kebanyakan syarikat gemar menawarkan insurans perlindungan komprehensif sehingga mendapatkan insurans pihak ketiga lebih sukar. Hal ini disebabkan meningkatnya kes kemalangan dan kos tuntutan tinggi yang menjadikan pelan ini tak berapa baik bagi keuangan syarikat. Selain daripada itu, sukar menganggar nilai jual pasaran kereta lama, padahal pengiraan ini penting untuk mendapatkan besarnya nilai premium insurans.

Fikirkan kemungkinan adanya premium tambahan yang mesti ditanggung apabila merasa berminat nak dapatkan insurans pihak ketiga. Premium tambahan ialah tambahan yang perlu dibayar di luar premium insurans untuk menunjukkan peningkatan risiko. Ada syarikat yang mengharuskan pemandu membeli insurans tambahan seperti insurans kemalangan pribadi, bagi mendapatkan polisi insurans pihak ketiga. Anda dinasihatkan mengambil insurans untuk perlindungan motor dan tidak motor di bawah satu syarikat untuk mengekalkan rekod langganan dalam semua akaun.

Polisi insurans pihak ketiga akan memberikan perlindungan daripada kecederaan atau kematian yang menimpa pihak disebabkan kemalangan yang berasal dari Anda.

2. Perlindungan Pihak Ketiga bagi Kecurian dan Kebakaran

Polisi insurans ini lebih mahal daripada jenis insurans kereta pihak ketiga. Secara am, polis ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga. Sama ada kerugian harta benda atau kerosakan harta pihak ketiga, dan kecederaan tubuh atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan Anda. Polisi insurans ini sama dengan perlindungan pihak ketiga tetapi ada tambahan perlindungan untuk kerosakan kenderaan kerana kebakaran atau kecurian.

Pada perlindungan ini selalunya jumlah yang diinsuranskan tinggi, tetapi untuk kebakaran dan kecurian jumlahnya lebih rendah.

Apabila Anda membeli polisi pihak ketiga, kecurian dan kebakaran, maknanya Anda boleh membuat tuntutan sekiranya terdapat cubaan pencurian seperti pecah cermin dan pintu dikopekkan. Ataupun sekiranya terjadi kebakaran yang tak disengaja kepada kereta Anda. Perkara yang tak dilindungi daripada tuntutan kerugian adalah kemalangan jalan raya yang menyebabkan kerosakan pada kereta Anda. Dengan demikian, perlindungan insurans akan diberikan apabila kereta dicuri, rosak kerana cubaan pencurian, dan kebakaran.

👉 Baca Juga:  Insurans Kereta Murah, Apakah Semestinya Terbaik?

3. Perlindungan Komprehensif

Insurans kereta komprehensif meliputi perlindungan pihak pertama atau pemandu dan pihak ketiga yaitu orang lain. Perlindungan komprehensif memberikan perlindungan seperti mana polisi pihak ketiga, kecurian, dan kebakaran. Lebih menariknya juga ada tambahan perlindungan ke atas kenderaan Anda sendiri, tak hanya terhad kepada kecurian atau kebakaran sahaja.

Membayar ganti rugi kepada pemegang polisi ialah amalan standard pada tuntutan kecurian kenderaan atau kerugian. Besarnya bayaran yang diberikan ialah sebesar nilai pasaran kenderaan semasa kerosakan atau kerugian berlaku. Atau sebesar nilai yang dipersetujui di dalam polisi ataupun mana-mana jumlah yang lebih rendah. Bayaran balik akan diberikan oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi ke atas nilai yang sudah dipersetujui dalam perjanjian tanpa mengira harga pasaran ataupun harga jualan semula.

Meski demikian, harus diingat bahawa perlindungan komprehensif bukan semua orang boleh dapat. Syarikat insurans selalunya hanya meluluskan bahagi kenderaan yang belum melepasi umur tertentu. Dinasihatkan Anda memperolehi perlindungan komprehensif sekiranya Anda mempunyai kereta berjenama mewah atau mahal. Karena lebih tinggi nilai kereta lebih tinggi pula besar pakej polisi ini kepada pemandu.

Sesetengah ejen insurans menyarankan Anda membeli polisi komprehensif apabila membeli kereta baru ataupun kereta berjenama mewah. Sebabnya, untuk membaiki kereta yang mahal memerlukan kos yang tinggi. Namun, Anda tidak memerlukan polisi komprehensif apabila:

  • Anda membeli kereta jenis yang lebih murah, di mana kos baik pulihnya tidak mahal dan masih mampu dibiayai sendiri.
  • Kereta Anda berjenis kereta lama, sehingga Anda tak risau apabila terdapat sedikit calar atau kemek.

Mengapa Perlu Membeli Insurans Kereta?

Pemanduan di jalan raya Malaysia tertakluk kepada akta Pengangkutan Jalan 1987. Perlindungan Pihak Ketiga adalah perlindungan insurans paling minima bagi pemandu. Sedangkan jenis insurans kereta yang lain boleh dibeli ataupun tidak, mengikut kesesuaian.

👉 Baca Juga:  Cara Menentukan Harga Insuran Kereta

Meskipun sesetengah pemandu yakin mampu memandu dengan selamat serta memastikan keselamatan orang lain, Persatuan Insurans Am Malaysia menyatakan jumlah kenderaan yang terlibat kemalangan semakin meningkat.

Ramai yang tak sedar bahawa kerosakan yang berlaku dapat menjejaskan kondisi kewangan apabila tidak dilindungi oleh insurans. Maka, insurans mampu meringankan bebanan kewangan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tak diingini semisal kemalangan, kebakaran, kecurian, bencana banjir, ataupun rusuhan. Selain daripada itu, insurans akan melindungi nyawa Anda daripada menjadi mangsa pemandu yang tak berhemah.

Perbandingan Insurans Kereta

Walaupun sesetengah pelan insurans memakan kos yang mahal, ada banyak opsyen yang ditawarkan bagi memenuhi perlindungan yang Anda perlukan. Di Malaysia, besarnya premium kini tertakluk kepada kebijakan syarikat. Sehingga besarnya premium berlainan antara satu syarikat dengan yang lain.

Karena harganya berbeza, Anda boleh membuat perbandingan antara syarikat. Bandingan yang perlu dilakukan iaitu dari harga dan ciri. Pertimbangan yang harus Anda kenal pasti termasuklah:

  • Perkhidmatan nilai tambah, seperti bantuan kecemasan tanpa caj tambahan.
  • Kemudahan pembaharuan di atas talian.
  • Proses tuntutan yang tidak rumit.
  • Lokasi bengkel panel dan jumlahnya.
  • Perkhidmatan pelanggan.

Ketiga jenis insurans kereta di atas, tiada yang memberikan perlindungan bagi kecederaan atau kematian pemandu ataupun penumpang apabila berlaku kemalangan jalan raya.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *