8 Kelebihan Takaful Ikhlas Medical Card dan Pelan yang Ditawarkan

By | 30 Mei 2019

Medical card takaful ikhlas ialah antara yang terbaik di Malaysia dengan harga mulai RM80 sebulan mengikut keadaan kewangan pelanggan. Kelebihan Takaful Ikhlas Medical Card sangat banyak dan berbaloi untuk Anda.

Medical card Takaful Ikhlas dapat menyelamatkan Anda daripada terjebak hutang ataupun kesempitan wang karena tiada perlindungan diri, sehingga kos perubatan menjadi tinggi.Disarankan Anda menyimpan 10% dari pendapatan di IkhlasLink Secure Takaful untuk satu pelan perlindungan hayat dan kesihatan yang komprehensif.

Medical card takaful ikhlas mampu memberikan penghospitalan, hilang upaya kekal, pelaburan, sakit kritikal, dan kemalangan.

kelebihan tafakul ikhlas medical card

8 Kelebihan tafakul ikhlas medical card

Manfaat Medical Card Takaful Ikhlas

Medical Card Takaful Ikhlas memberikan dua manfaat yaitu:

1. Manfaat Asas

Dengan sumbangan serendah RM80 sebulan, Anda dapat memperoleh perlindungan kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh. Medical card ini menyediakan pelaburan dan simpanan bagi Anda yang mengambil polis insurans.Sehingga Anda boleh mendapatkan dua manfaat sekaligus dalam satu pelan insurans kesihatan.

2. Manfaat Pilihan

Manfaat pilihan memberikan kad perubatan, perlindungan untuk lebih daripada 100 penyakit kritikal tahap awal hingga akhir dan 40 penyakit kritikal tahap akhir. Selain itu, pelan ini memberikan pampasan kemalangan apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal, simpanan automatik, pilihan badal haji, hibah, dan wakaf.

Kelebihan Medical Card Takaful Ikhlas

Medical Card Takaful Ikhlas memiliki banyak kelebihan berbanding harganya yang berpatutan, yaitu:

  • Tidak ada had tahunan
  • Had seumur hidup yang diberikan sampai RM3.5 juta
  • Tiada ko-takaful apabila kurang daripada 10% had seumur hidup
  • Tiada had tahunan bagi rawatan selain dialisis dan pesakit luar kanser
  • 10% kenaikan harga bilik apabila tidak ada sebarang tuntutan hingga 3 tahun
  • Downgrade bilik boleh dapat wang tunai, sedangkan upgrade bilik bayaran lain
  • Bantuan wang tunai untuk pesakit gagal buah pinggang dan kanser
  • Tempoh perlindungan (tempoh matang) sehingga 100 tahun
  • Sumbangan caruman mampu milik

Kelayakan memohon medical card takaful ikhlas

  • Umur minima 30 hari dan maksima 70 tahun pada hari jadi akan datang
  • Sihat

Plan Medical card yang disediakan oleh takaful ikhlas antaranya:

  • Plan 150 untuk RM850,000 seumur hidup, bilik RM150
  • Plan 700 untuk RM3,500,000 seumur hidup, bilik RM700

Takaful ikhlas cover 2 kali lawatan doctor semasa di hospital, berbanding takaful lain yang hanya sekali saja.

Jika tiada tuntutan selama 3 tahun, boleh dapat bilik lebih selesa dengan caruman bulanan yang sama. Maksimum kenaikan bilik ialah 5 kali selama 15 tahun sehingga maksima sebesar 50% dari had asal.

Takaful Ikhlas ialah sebenar-benar syarikat takaful. Syarikat ini tak menawarkan produk insurans dalam masa yang sama dengan menawarkan takaful. Pada tahun 2016/2017 Takaful Ikhlas merekodkan pencapaian RM 1 billion dalam masa 14 tahun setelah ditubuhkan. Meski merupakan syarikat yang masih muda, pencapaian yang diraih cukup memberangsangkan.

Besar pembayaran capital bisnes pun telah mencecah RM 300 million, paling tinggi di antara syarikat antarabangsa yang lain. Oleh sebab itu, Takaful Ikhlas mampu menawarkan produk yang power dengan harga murah. Syarikat ini juga tidak berkongsi dengan bank atau syarikat lain. Saham syarikat merupakan seratus peratus dimiliki oleh rakyat Malaysia. Profit yang dihasilkan pula akan masuk ke tabung PNB dalam dana yang patuh kepada syariah.

Dalam dunia antarabangsa, syarikat ini telah memperolehi pelbagai pengiktirafan, antaranya kategori the Best Takaful Operator oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) di Bahrain. GIFA ialah program kewangan Islam terbaik di dunia.

Jenis-jenis Insurans Kesihatan Takaful Ikhlas

Kelebihan Takaful Ikhlas Medical Card berbeza menurut pelan yang Anda ambil. Berikut ialah beberapa jenis pelan yang disediakan oleh Takaful Ikhlas.

1. Ikhlas Link Mediplan Secure Takaful Rider

Mengambil pelan insurans Ikhlas Link Mediplan Secure Takaful Rider, Anda akan terlindung daripada kos perubatan yang tinggi sekiranya memerlukan rawatan di hospital kerana berlaku musibah. Pelan insurans ini boleh menyelamatkan kewangan Anda pada jangka panjang. Terdapat Pelan Hospital dan Pembedahan yang boleh disertakan dengan pelan keluarga pemegang polisi serta Sumbangan Takaful berkala boleh diperbaharui.

Pelan ini menawarkan manfaat pelbagai yaitu manfaat hospital dan pembedahan, penjagaan jangka panjang dan perubatan, pilihan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang, serta tiada dikenakan had tahunan.

Pemegang polisi hanya perlu menanggung perbezaan caj untuk kenaikan taraf bilik atau dewan bedah yang lebih tinggi daripada kelayakan yang disediakan. Anda pun dapat memperolehi ganjaran jika tiada tuntutan dan 10 jenis pelan perlindungan.

Individu dengan usia 11-70 tahun layak memohon untuk menjadi peserta Takaful, sedangkan orang yang dilindungi ialah seawal usia 30 hari sehingga 70 tahun, mengikut tarikh lahir akan datang.

2. Ikhlas Individual Medical Secure Takaful Rider

Dengan memohon pelan perubatan ini, Anda akan mendapatkan perlindungan perubatan menyeluruh. Yaitu dengan pembayaran semula kepada Anda untuk perbelanjaan perubatan tertanggung. Perbelanjaan perubatan yang boleh ditanggung meliputi pembedahan, kemasukan ke hospital, dan rawatan perubatan pesakit luar seperti mana yang dinyatakan dalam jadual manfaat.Pelan ini boleh disertakan dengan Sumbangan Takaful berkala dan pelan keluarga individu.

Peserta Takaful boleh menyertai 10 pelan dengan sumbangan Takaful berbeza dan tahap manfaat-manfaat yang diberikan. Anda pun mempunyai pilihan menyertai pelan tanpa tunai. Pelan ini membolehkan penggunaan kad perubatan bagai memenuhi perlindungan sesuai bajet saat kemasukan ke hospital.

Pelan yang ditawarkan berbeza dan boleh dipilih mengikut kemampuan yaitu:

  • Platinum atau pelan perubatan yang eksklusif.
  • Gold atau pelan perubatan dengan keputusan di tangan anda.
  • Silver atau pelan perubatan berpatutan untuk keluarga anda.

Sedangkan manfaat pelan yang ditawarkan yaitu pelan tanpa tunai sepadan dengan bajet Anda.Ko-Takaful tiada bagi mengelakkan bil yang tak menentu dan sebarang kekeliruan. Pelan yang berpatutan bagi semua keperluan perubatan penting. Serta penjagaan jangka panjang dan had seumur hidup tinggi. Manfaat yang lain yaitu pelan ini sudah meliputi manfaat kesihatan, meliputi cukai perkhidmatan kerajaan serta yuran laporan perubatan danserahan sijil Takaful.

Individu berumur kurang daripada 70 tahun layak untuk memohon pelan ini melalui ejen Takaful Ikhlas.

3. Ikhlas Basic Critical Illness Takaful

Perlindungan diberikan kepada orang yang dilindungi apabila disahkan menghidapi penyakit kritikal semisal serangan jantung, kanser, atau angin ahmar. Dengan demikian, pelan ini ialah pelan asas sumbangan berkala untuk perubatan dan kesihatan.

Perlindungan ini diberikan tanpa komisyen yang menggabungkan kos rendah dengan amaun perlindungan tinggi. Sekiranya orang yang dilindungi menghidapi penyakit kritikal dan sijil Takaful masih berkuatkuasa, peserta Takaful akan menerima 100% amaun perlindungan. Pembayaran amaun perlindungan terhad sehingga RM100,000 untuk setiap penyakit.

Manfaat yang ditawarkan oleh pelan perlindungan ini yaitu melindungi penyakit kritikal seperti serangan jantung, strok/angin ahmar, dan kanser. Pelan insurans ini mengandungi prepakej yang di dalamnya terdapat 3 pelan yang mana hanya satu pelan dibenarkan bagi setiap orang yang dilindungi. Individu berusia antara 17 – 55 tahun layak memohon pelan ini dengan pengiraan umur merujuk pada tarikh lahir akan datang. Pemohon boleh mengunjungi cawangan Takaful Ikhlas untuk memohon.

4. Ikhlas Link Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider

Pelan Ikhlas Link Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider ialah pelan yang memberikan manfaat penyakit kritikal menyeluruh, angioplasty, dan rawatan invasif untuk penyakit arteri koronari. Pelan ini juga melindungi pemulihan diabetes dan pemulihan kanser.

Individu berusia 10 hingga 60 tahun layak untuk memohon pelan ini sebagai peserta Takaful. Sedangkan untuk orang yang dilindungi bermula seawal 30 hari hingga 60 tahun. Anda boleh memohon melalui cawangan syarikat dan ejen Takaful Ikhlas.

5. Ikhlas Link Secure Takaful

Ikhlas Link Secure Takaful melindungi Anda dari hidup yang tidak menentu. Pelan ini dapat membantu Anda mengurangkan bebanan kewangan meliputi kos rawatan perubatan khususnya untuk penyakit kritikal yang boleh mengakibatkan kematian.

Perlindungan ini memberikan potongan unit jaminan yang dilampirkan pada pelan caruman berkala Takaful yang berkaitan dengan pelaburan.

6. Ikhlas Link Critical Illness Secure Takaful Rider

Daripada beranggapan perkara tersebut tak akan berlaku kepada Anda, baiknya mula memikirkan perancangan kewangan untuk melindungi masa hadapan Anda dan ahli keluarga. Maka, pelan insurans ini memberikan perlindungan kepada daripada kehidupan yang tidak menentu selepas mengidap penyakit kritikal.

Pelan rider ini wujud untuk memberikan perlindungan kepada Anda dan keluarga dari kegawatan kewangan disebabkan hilangnya sumber pendapatan. Pelan Rider ini hanya boleh didapati apabila Anda melampirkan pada Pelan Asas. Pelan ini boleh dilampirkan pada pelan caruman berkala Takaful terkait pelaburan. Pelan insurans ini memberikan manfaat yaitu melindungi dari 36 jenis penyakit kritikal. Pelan ini boleh dimohon oleh individu berusia antara 30 hari sehingga 60 tahun. Anda boleh memohon melalui ejen Takaful Ikhlas untuk mendapatkan pelan ini.

7. Ikhlas Critical Illness Secure Takaful Rider

Pelan ini memberikan perlindungan buat Anda dan ahli keluarga sekiranya Anda disahkan mengidap penyakit kritikal. Dengan kata lain, pelan ini melindungi Anda daripada ketidaktentuan hidup kerana mengidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa.

Rider ini memberikan perlindungan terhadap kemungkinan hilangnya sumber pendapatan karena mengidap penyakit kritikal. Manfaat yang didapat apabila Anda mengambil pelan ini ialah memperolehi jaringan keselamatan dalam menghadapi hidup yang tak tentu, perlindungan terhadap 36 jenis penyakit kritikal, dan serahan sijil Takaful untuk pelan tradisional. Pelan ini boleh dipohon oleh individu berusia seawal 30 hari sehingga 60 tahun dikira daripada tarikh lahir tahun depan. Calon pemohon boleh menghubungi ejen Takaful Ikhlas atau mengunjungi mana-mana cawangan syarikat untuk memohon.

8. Ikhlas Link Child Secure Takaful Rider

Ikhlas Link Child Secure Takaful Rider memberikan perlindungan kepada anak-anak Anda daripada penyakit yang berpunca daripada terjejasnya sistem imun semasa masa pertumbuhan. Pelan ini membantu Anda meringankan beban kewangan meliputi kos perubatan bagi penyakit tertentu kepada anak Anda.

Setelah membaca huraian tentang kelebihan Takaful Ikhlas Medical Card dan jenis-jenisnya di atas, Anda pun dapat memutuskan sama ada mengambil pelan yang sudah diterangkan ataupun masih lagi mempertimbangkannya. Untuk nasihat dan maklumat lanjut berkenaan pelan insurans kesihatan daripada Takaful Ikhlas, Anda boleh mendatangi ejen Takaful Ikhlas yang bertauliah ataupun cawangan syarikat berhampiran kawasan Anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *