SPLKPM Login: Panduan Masuk untuk Buat Kursus Modul Individu

By | 19 Juni 2021

SPLKPM yang merupakan kependekan dari Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan ialah sistem yang digunakan untuk mendaftar kursus dan latihan oleh guru. Untuk masuk ke dalam sistem, pengguna harus melakukan SPLKPM login terlebih dahulu.

Sistem ini tak sama dengan eOperasi. Ianya lebih fokus kepada latihan yang diterima oleh guru-guru sekolah seperti ulasan buku, seminar, bengkel, kolokium, lawatan kerja, kursus, kajian tindakan dan penyelidikan, serta portal e-guru.

Cara Buat SPLKPM Login untuk Modul Individu

Login hanya diperlukan setelah mengembil kursus online. Cara untuk login ialah:

  1. Masuk ke laman web rasmi SPLKPM, di sini https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
  2. Taip penuh SPLKPM dan anda akan mendapati paparan log masuk modul individu.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan, taip penuh tanpa dash.
  4. Masukkan kata laluan.
  5. Tekan butang hantar dan akan terpapar mesej selamat datang, klik close.
  6. Anda akan masuk ke dalam sistem SPLKPM Modul Individu.
  7. Klik menu Pembelajaran Kendiri, pilih Lihat senarai Pembelajaran Kendiri.
  8. Pilih Lihat e-Pembelajaran.
  9. Klik menu Tambah Aktiviti dan masukkan maklumat berkenaan.
  10. Terakhir, hubungi admin SPLKPM sekolah anda bagi membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberi.

Kata laluan asal ialah empat digit belakang nombor kad pengenalan anda. Sekiranya anda lupa, boleh buat dua perkara berikut:

  1. Masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM, atau
  2. Klik butang Lupa Kata Laluan dan melapor kepada SULDP sekolah masing-masing untuk tindakan seterusnya.

Maklumat Berkenaan SPLKPM Modul Individu

SPLKPM Modul Individu ialah modul yang dibangunkan untuk pegawai dan anggota kumpulan pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Di samping merekod pembelajaran kendiri, aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di luar KPM.

Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang telah didaftarkan menerusi modul ini harus disemak dan disahkan pada peringkat Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (SULDP). Perkara ini diharuskan untuk membolehkan ia dikira sebagai bilangan kehadiran kursus dalam tahun semasa.

Cara Buat Kemaskini SPLKPM

Pegawai di bahagian berikut perlu melakukan kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dan harus membuat SPLKPM login:

  • Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
  • Kolej Matrikulasi
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  • Institut Pendidikan Guru (IPG)

Sementara itu, untuk pegawai dan anggota kumpulan pelaksana yang ada di sekolah perlu membuat kemaskini pada profil masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.

Semua individu juga diminta menjawab matriks kompetensi yang disediakan Training Needs Analysis (TNA) bagi membolehkan pihak pengurusan membuat perancangan LDP yang diperlukan.

Apabila terdapat sebarang masalah ketika SPLKPM login ataupun pengisian maklumat, sila hubungi penyelaras KPM masing-masing negeri. Semoga melalui perkongsian cara login SPLKPM ini dapat membantu anda memanfaatkan masa yang ada.

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *