Ingin membuat lesen memandu? Tentunya anda harus mendaftar ke mana-mana institut atau akademi memandu untuk belajar, menjalani ujian, dan mendapat lesen memandu dari JPJ. Selain mengetahui lokasi akademi memandu berhampiran, anda juga harus tahu di mana pusat ujian komputer MyEG di dekat tempat anda tinggal.
Isi Kandungan
Pusat Ujian Komputer MyEG di Kuala Lumpur
Untuk anda yang tinggal di bandar Kuala Lumpur, boleh datang ke pusat ujian komputer MyEG yang dibuka 7 hari dalam seminggu kecuali cuti umum atau dinyatakan tutup bermula dari pukul 08.00 hingga 05.00 petang. Untuk pendaftaran ujian bermula pukul 08.00 pagi hingga 03.00 petang. Bayaran untuk mengikuti ujian berkomputer ialah:
- Lesen Kereta ( D ) RM28
- Lesen Motor ( B2 ) RM18
- Lesen Motor ( BFull ) RM28
- Lesen ( D & B2 ) RM28
- Lesen ( D & BFull ) RM28
Bagi calon yang baru pertama kali mengikuti ujian tersebut dikenakan bayaran RM10. Pusat ujian di Kuala Lumpur yaitu:
1. MyEG Jalan Ipoh
No 24 , Jalan 6/18D
Off Jalan Ipoh , Batu 5
Taman Mastiara
51200 Kuala Lumpur
No Tel :- 03 6250 8374
2. MyEG Taman Setapak Indah
( Up Town Danau Kota )
No 17-1 , Jalan 2A/6
Taman Setapak Indah
53100 Kuala Lumpur
No Tel :- 03 4023 2958
3. MySpeed Cheras
Lot No 2
Tingkat 1 Jalan Suasana
27 / A Bandar Tun Hussein Onn
43200 Cheras
Kuala Lumpur
(Khamis & Jumaat – Tutup)
Bermula pada 1 Januari 2019, ujian berkomputer untuk lesen memandu hanya dikenakan bayaran RM20 sahaja. Sebelum itu, bayaran yang perlu diberikan ialah RM27.
Proses Pembuatan Lesen Memandu
Untuk anda yang baru pertama kali berniat mengambil lesen memandu, pastilah banyak pertanyaan berkaitan proses dan tempoh mengambil lesen memandu dan cara memperbaharuinya. Berikut ini urutan proses bagaimana seorang calon pemandu mengikuti pendidikan memandu sehingga dibenarkan memiliki lesen dan memandu di jalan raya.
1. Mengambil Kursus KPP
Setelah mendaftar ke sekolah memandu, calon pemandu wajib mengambil kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). Bahagian pertama yang perlu diikuti ialah ceramah undang-undang yang memakan masa 5 jam 1/2 dan hanya mengambil masa satu hari.
2. Mengambil Ujian Undang-Undang
Proses kedua yaitu mengikuti ujian undang-undang di pusat ujian komputer MyEG. Pelajar harus menunggu sekurang-kurangnya 5-7 hari agar nama berada dalam sistem ujian komputer MyEG. Bagi anda yang akan mengambil lesen memandu untuk kereta atau motosikal perlu mendapat markah minima 42/50, jika mengambil keduanya sekali ialah 59/70.
3. Mengambil Lesen L
Selepas lulus dalam ujian komputer, calon pemandu akan mendapatkan lesen L dalam masa 7 hari atau kurang daripada itu. Pelajar yang memiliki lesen L hanya dibenarkan memandu kereta apabila juru latih dari akademi memandu berlesen SPIM duduk di sampingnya. Manakala untuk motosikal hanya boleh membawa diri sendiri sahaja. Lesen L ada masa tarikh luput yang perlu diperbaharui sekiranya pelajar lambat mengikuti pelajaran sehingga lesen telah luput sebelum mendapat lesen P.
4. Kelas Rutin Pemeriksaan Kenderaan
Setelah memiliki lesen L, calon pemandu akan masuk kelas Rutin Pemeriksaan Kenderaan selama sehari. Cikgu akan memberi tunjuk ajar mengenai bahagian-bahagian kereta atau motosikal, ikut lesen mana yang Anda ambil. Selepas itu belajar membuat pemeriksaan bahagian luar kenderaan, mengenali bahagian dalam kenderaan (khasnya kereta), dan belajar menghidupkan enjin. Dalam kelas ini, setiap pelajar diberikan peluang mengulang apa yang telah diterangkan oleh cikgu sambil memegang bahagian-bahagian yang ditunjukkan. Apabila lupa, pelajar boleh meminta cikgu mengulang modul ini karena hanya memerlukan masa kurang dari satu jam untuk pengenalan bahagian luaran dan dalaman kenderaan.
5. Belajar Memandu di Litar
Setelah mengambil kelas Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK), calon pemandu akan belajar memandu di dalam litar atau KPP 02 dan dilanjutkan KPP 03 yaitu memandu di jalan raya. Masa belajar memandu setiap orang tidak sama, bergantung pada kemahiran individu, masa yang digunakan untuk belajar, dan kuota tempat dan masa belajar di akademi memandu berkenaan. Kebiasaannya, pelajar mengambil masa 1 hingga 3 bulan dengan waktu belajar 1-2 kali seminggu.
6. Test JPJ
Sebelum mengambil test JPJ, pelajar wajib memiliki tempoh matang lesen L iaitu sekurang-kurangnya satu bulan setelah mendapatkannya. Perkara ini diwajibkan oleh JPJ untuk memastikan calon pemandu benar-benar telah mahir membawa kereta. Selain lesen L, pelajar wajib submit pra JPJ dan menunggu 1-3 minggu mengikut kuota pra test yang disediakan.
Selepas pra JPJ, akademi memandu akan memberikan ujian JPJ bahagian 2 dan 3. Pelajar perlu lulus kedua bahagian tersebut untuk dinyatakan layak memiliki lesen memandu. Apabila pelajar berkenaan gagal dalam satu atau kedua-dua sekali, harus mengulang semula bahagian yang gagal.
Bagi pelajar yang lulus, boleh mengambil lesen P selepas 3 atau 4 hari bekerja di kaunter JPJ. Jika tak dapat datang di waktu pejabat, akademi memandu boleh menguruskan untuk anda. Mendapatkan lesen memandu mulai dari mendaftar, test di pusat ujian komputer MyEG, sampai test JPJ kebiasaannya memakan masa sampai 3 bulan.
Update Pengambilan Lesen di Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang berkuat kuasa mulai 1 Februari hingga 31 Mac ini, semua kenderaan persendirian diberikan pengecualian dalam memperbaharui lesen kenderaan (LKM) dan lesen memandu kompeten (CDL) yang tamat dalam tempoh berkenaan.
Pemegang LKM dan CDL yang telah atau hampir tamat tempoh dikehendaki memperbaharui lesen dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian iaitu 30 April 2021. Orang ramai masih boleh memandu walaupun sudah tamat tempoh pada masa pengecualian dengan membawa salinan sijil perlindungan insurans yang sah. Mereka juga dinasihatkan menunjukkan dokumen kepada polis apabila diminta ketika berjumpa sekatan jalan raya.
Hal ini disebabkan oleh pembatasan operasi di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selama PKP. Pengecualian ini hanya diberikan kepada kenderaan persendirian, untuk kenderaan perdagangan dan pemegang lesen vokasional, mereka harus membuat pembaharuan di bawah jadual perkhidmatan khas. Pembaharuan ini boleh dibuat di pusat pemeriksaan kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pada tempoh PKP, ada perubahan untuk pengambilan lesen memandu yang kerap ditanyakan oleh pemegang lesen. Berikut ini beberapa maklumat yang didapat dari laman web Jabatan Pengangkutan Jalan.
- Untuk pemandu yang akan memasuki tamat tempoh Lesen Belajar Memandu (LDL) di masa PKP dan masih atau sedang belajar memandu, boleh memperbaharui LDL tersebut sebagaimana biasa setelah tamat tempoh PKP.
- Sekiranya LDL tamat dalam tempoh PKP dan telah selesai belajar memandu, ujian boleh dijadualkan semula.
- Bagi pemandu yang telah mengikuti Ujian Teori Berkomputer tetapi belum mula belajar di litar dan jalan raya, boleh memulakan latihan setelah tamat tempoh PKP.
- Jika calon pemandu telah lulus ujian di litar tetapi gagal ujian jalan raya dan LDL akan tamat dalam tempoh PKP, boleh memperbaharui LDL setelah tamat tempoh PKP.
Meta Deskripsi: Bagaimana cara mengikuti test di pusat ujian komputer MyEG dan berapa yuran yang perlu dibayar oleh calon pemandu atau pelajar akademi memandu?