Tukar Cermin Kereta Retak, Bagaimana Cara Nak Claim Insurans?

By | 17 Oktober 2020

Musibah cermin kereta retak atau pecah memang tak boleh dijangkakan. Masa anda tengah elok memandu, boleh jadi tiba-tiba cermin terkena lontaran batu sehingga retak. Apabila keadaan ini berlaku, harap bertenang karena anda boleh terus pergi tukar cermin kereta tanpa keluar wang.

Contoh kes yang mungkin boleh berlaku kepada sesiapa yaitu semasa seorang pemandu kereta mengekori lori pengangkut batu di jalan raya. Tiba-tiba ada batu yang jatuh dari lori dan menyebabkan keretakan pada cermin kereta. Untuk mengelakkan berlakunya kes tersebut, jauhkan jarak kereta dengan lori, terlebih apabila berada di jalan naik. Elakkan mengikuti lori yang mengangkut batu apabila memungkinkan.

Turunkan cermin sisi sedikit agar suhu dalam kereta dan tekanan luar sama. Pecahnya cermin dapat berlaku apabila suhu luar panas dan suhu dalam kereta yang sejuk karena aircond menyebabkan tekanan tinggi di luar.

Maka, walaupun terkena batu kecil sahaja, kereta senang nak retak atau pecah. Kadang, suhu di luar terlampau panas dan anda memasang air cond, berlakulah kejutan suhu yang membuat cermin kereta mudah retak meski tak ada objek yang terkena pada cermin kereta.

Cara Claim Insurans Cermin Kenderaan

Tukar cermin kereta baru selalunya memakan masa tak sampai satu jam. Apabila anda membayar dengan wang peribadi anda dahulu, segeralah urus prosedur klaim kepada syarikat insurans dengan membawa dokumen-dokumen yaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan depan dan belakang.
  2. Salinan lesen memandu pemilik depan dan belakang.
  3. Salinan geran kereta.
  4. Salinan covernote insurans kereta.

Apabila anda terpaksa mencari kedai tukar cermin sendiri, elok pergi survey ke banyak tempat. Ada berlaku sesetengah kedai meminta bayaran meskipun anda ada klaim insurans. Ada pula kes kedai yang menawarkan cermin kereta tiada cop atau tak original dengan harga sama macam cermin kereta original. Untuk mengelakkan kejadian begini, anda boleh meminta maklumat terus kepada syarikat insurans atau ejen anda.

Pilih cermin kereta yang ada nombor kode yang mana menandakan bahwa ianya bukan barang tiruan. Apabila tiada masalah lain selain daripada cermin kereta, masa penukaran cermin akan mengambil masa dalam satu sampai dua jam sahaja.

Ada sesetengah kedai cermin minta laporan polis apabila anda meminta tukar cermin kereta dengan insurans. Akan tetapi, menurut prosedur yang betul, anda tak perlu buat report polis, jadi sebaiknya pergi cari kedai yang tak menyusahkan.

Keuntungan Mempunyai Insurans Cermin Kereta

Bayaran insurans tambahan untuk cermin kereta tidak terlalu mahal, untuk kereta Myvi hanya dikenakan bayaran RM81 sahaja untuk masa satu tahun. Bayaran serendah itu boleh menyelamatkan kewangan dan diskaun tiada tuntutan insurans anda. Apabila dikira dari banyaknya wang ringgit memang anda kena belanja lebih, tetapi lebih jimat apabila dibandingkan harus membayar sendiri kos penggantian cermin kereta dan pemasangannya.

Sebelum klaim insurans dan tukar cermin kereta yang retak, hubungi syarikat insurans dan tanyakan lokasi kedai cermin kereta atau bengkel panel terdekat. Setelah itu datang terus ke kedai berkenaan atau buat temu janji terlebih dahulu melalui telefon.

Pastikan anda mempunyai insurans tambahan untuk perlindungan cermin kereta yang membolehkan pihak insurans atau takaful membayarkan kos penukaran cermin. Dapatkan maklumat tentang mana-mana bengkel panel syarikat insurans anda. Contohnya, jika anda guna takaful dari Takaful Ikhlas Berhad, selalunya akan diarahkan ke bengkel DR Cermin.

Apabila coverage yang diambil kurang daripada harga asal, anda perlu membayar kekurangan tersebut karena syarikat insurans hanya bayar sebesar coverage sahaja. Jika terpaksa pergi ke bengkel yang bukan panel, ambil gambar keadaan kereta sebelum dan sesudah tukar cermin. Setelah itu, hubungi ejen anda untuk mengisi borang dan menghantar ke syarikat insurans atau takaful anda. Bayar dengan wang anda dan simpan resit. Dalam masa 2 sampai 3 minggu, syarikat akan membayar balik kos penukaran cermin.

Upah Pemasangan Cermin Kereta

Car washing. Car glass cleaning.

Apabila cermin kereta pecah dan perlu tukar, selalunya anda akan pergi ke kedai, membeli cermin dan pasang terus. Akan tetapi, sekiranya anda memiliki cermin kereta dan memerlukan khidmat pemasangan, anda boleh menyerahkan kerja pemasangan ke bengkel dengan membayar upah. Upah pemasangan untuk cermin belakang dan hadapan biasanya berkisar antara RM200 – RM360. Selepas dipasang, jangan basuh kereta dalam masa dua hari dan tak boleh buat windows tinting dalam masa berkenaan.

Jika cermin retak, elok segera tukar cermin kereta untuk mengelakkan perkara yang tak diingini. JPJ boleh menahan anda dan memberikan notis saman sekiranya memandu kereta dengan keretakan pada cermin melebihi 5 cm. Selain itu, cermin yang sudah retak boleh pecah bila-bila masa dan mendatangkan kemudaratan kepada pemandu dan penumpang.

Meta Deskripsi: Belum memiliki insurans tambahan untuk cover cermin kereta? Bersegeralah buat untuk elakkan kerugian semasa tukar cermin kereta.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *