5 Faedah dalam Sistem Insurans Pekerjaan yang Harus Anda Tahu

By | 30 Agustus 2019

Sistem Insurans Pekerjaan bertujuan ialah skim yang menyediakan insurans pekerjaan, perkhidmatan pekerjaan, dan maklumat pasaran buruh.

Sekiranya pencarum SIP kehilangan pekerjaan, mereka layak untuk mendapatkan bahagian faedah. Anda boleh melayari laman sesawang dan mencari kata kunci Faedah SIP untuk menyemak kelayakan dan mengenali faedah yang boleh didapati. Sekiranya layak, anda boleh membuat permohonan atas talian dari portal faedah SIP.

Portal pekerjaan SIP dikhaskan untuk graduan baru atau pekerja yang sedang mencari pekerjaan. Melalui portal pekerjaan, anda mestilah memuat naik resume dan mencari pekerjaan yang bersesuaian.

insurans pekerjaan

Portal ini menyediakan ujian psikometrik percuma bagi mengenal pasti bakat, minat, dan keperibadian anda. Bagi anda, majikan yang hendak mengisi kekosongan jawatan, portal SIP juga boleh membantu.

Sila muat naik maklumat kekosongan jawatan dan berhubung dengan calon yang terpilih melalui talian telefon atau emel yang dipaparkan atau melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan. Sekiranya anda ialah ahli akademik atau penggubal dasar, anda boleh mendapatkan maklumat LMI dari tautan sumber untuk membaca laporan statistik.

Sistem Insurans Pekerjaan Bantu Pekerja Hilang Punca Pendapatan

Dasar perburuhan, pekerjaan, dan ekonomi bagi mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi perlu ditransformasi. Supaya ianya lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit.

Persaingan dan teknologi turut memberi kesan kepada ekonomi dan perburuhan. Maka sistem insurans pekerjaan boleh menjadi satu skim perlindungan bagi pekerja yang terbuang atau hilang pekerjaan dek kesan perubahan semasa.

Sistem Insurans Pekerjaan ialah pelengkap jaringan keselamatan sosial yang boleh membantu pekerja yang telah dibuang kerja. Pekerja yang hilang pekerjaan akan memperoleh bantuan kewangan bagi menyara hidup sementara mereka belum mendapatkan kerja baharu.

Pekerja berkenaan juga akan memperolehi bantuan perkhidmatan kerjaya meliputi kaunseling, pemadanan kerjaya, carian pekerjaan, latihan, dan penempatan pekerjaan.

Besarnya Caruman Sistem Insurans Pekerja bagi Majikan dan Pekerja

Dari sudut ekonomi makro, Sistem Insurans Pekerjaan boleh menjadi satu penstabil dan perangsang ekonomi masyarakat. Wujudnya bantuan kewangan boleh menyokong perbelanjaan dan secara tidak langsung merangsang aktiviti ekonomi sehingga mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Perkhidmatan kerja menggalakkan aktiviti pasaran buruh di mana pekerja yang dibuang akan diberikan perhatian dan dikembalikan semula dalam berkerjaya seperti semula. Kebijakan ini akan memastikan pasaran buruh kekal aktif dan mengurangkan penganggur dalam negara.

Oleh sebab itulah, mulai 1 Januari 2018, pekerja dan majikan dikehendaki mencarum 0.2 peratus daripada anggaran gaji pekerja. Kadar caruman terkini di Malaysia ialah 0.4 peratus, lebih rendah dibandingkan negara lain seperti Thailand, 1.25 peratus, Vietnam 3 peratus, Korea Selatan 2.15 peratus, Kanada 4.39 peratus, dan Perancis 6.4 peratus.

Lima Faedah Sistem Insurans Pekerja

Caruman yang dibayar oleh pekerja dan majikan adalah caruman kepada solidarity fund.

Melalui caruman, semua pekerja boleh berkongsi risiko yang sama tanpa mengira risiko kategori pekerjaan yang berbeza mengikut industri. Konsep inilah yang dinamakan sebagai konsep pooling of resourches, sharing of risk.

Daripada dana caruman, Sistem Insurans Pekerjaan melindungi pekerja dengan bantuan kewangan berjumlah maksimum RM14,265. Ada lima faedah kewangan di bawah skim SIP iaitu Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Latihan (EL), Fi/Yuran Latihan (FL) dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

EMP akan dibayarkan pada kadar bermula daripada 80 peratus, 50 peratus, 40 peratus, 40 peratus, 30 peratus, dan 30 peratus daripada gaji anggapan. Pembayaran EMP akan diberikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan maksimum berdasarkan kelayakan caruman.

Elaun ini dibayarkan bagi mereka yang kehilangan punca pendapatan tunggal dan sedang mencari kerja baru.

2. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

EBSA dibayar sebagai insentif kepada pencarum yang berjaya mendapatkan pekerjaan awal sebelum tamat tempoh pembayaran EMP. EBSA yang dibayarkan ialah sebesar 25 peratus daripada baki EMP.

EBSA akan menggalakkan orang yang kehilangan kerja untuk cepat mencari kerja baru. Jika faedah ini tak diberikan, mereka yang menganggur tiada rangsangan untuk berusaha mendapatkan kerja baru. Sebaliknya tetap selesa menganggur dan menikmati bayaran MP sehingga habis tempoh 6 bulan. Elaun ini akan menjadi bantuan kewangan sementara sebelum menerima gaji bagi bulan pertama mereka bekerja.

3. Elaun Latihan (EL)

EL dibayarkan sebagai wang saku sebanyak minimum RM10 sehari dan maksimum RM20 sehari sepanjang tempoh latihan. EL akan dibayarkan bagi mereka yang menghadiri latihan bagi menggalakkan mereka hadir di semua sesi latihan.

Pembayaran EL akan diberikan berdasarkan keperluan pencarum dan permohonan yang diluluskan. EL diambil daripada 25 peratus dari gaji yang diinsuranskan. Pembayaran insentif akan dilakukan mengikut bilangan hari latihan yang dihadiri secara bulanan.

4. Fi/Yuran Latihan (FL)

FL diberikan bagi mereka yang menjalani latihan sebanyak maksimum RM4,000. FL diberikan terus kepada syarikat yang memberikan latihan vokasional bagi pemohon terpilih dengan tempoh tidak melebihi tempoh 6 bulan.

Syarikat penyedia latihan pula mesti berdaftar dengan PERKESO. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan memantau standard dan kualiti penyedia latihan, begitu juga dengan modul dan jenis kursus akan ditentukan oleh kementerian. Jenis latihan mestilah sejajar dengan program pasaran buruh yang aktif.

5. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

EPB dibayarkan kepada pencarum yang mempunyai lebih dari satu majikan dan kehilangan satu pekerjaan dengan bayaran sama seperti faedah EMP dan pembayaran diberikan secara pukal. Pencarum tak layak untuk menerima faedah EL dan FL apabila berada dalam situasi ini.

EPB akan dibayarkan sekaligus kepada pekerja dengan pengiraan sama seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) iaitu dengan peratusan faedah menurun, bermula daripada 80 peratus, 50 peratus, 40 peratus, 40 peratus, 30 peratus, dan 30 peratus daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).

Pelaksanaan Penuh Sistem Insurans Pekerjaan Mulai Awal Desember 2018

Caruman Sistem Insurans Pekerjaan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum tuntutan boleh dibuat. Oleh sebab itu, mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, faedah hanya dapat dibayarkan pada tahun hadapan bagi mereka yang berhadapan situasi kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun kerajaan tetap akan memberikan perhatian kepada mereka yang bernasib kurang baik pada tahun berkenaan.

Pekerja yang hilang pekerjaan cukup mencarum minimum 11 bulan caruman untuk kelayakan membuat tuntutan faedah penuh SIP, bermula 1 Desember 2018.

Faedah SIP menyediakan lebih banyak manfaat kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dibandingkan bantuan interim yang hanya menawarkan bantuan kewangan kadar tetap.

Melalui bantuan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, anda boleh mendapatkan bantuan carian kerja, khidmat kaunseling, temu duga, dan sokongan pekerjaan berterusan. Selain daripada itu, PERKESO juga mewujudkan portal EIS. Portal ini diwujudkan bagi memudahkan pencarum membuat tuntutan faedah Sistem Insurans Pekerjaan. Pencarum yang hilang kerja dan layak menerima faedah akan mendapatkan bayaran faedah yang semestinya.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *