Harga Minyak RON95, RON97 dan Diesel Terkini

By | 18 September 2020

Sejak pemansuhan subsidi minyak pada Disember 2014 di bawah pemerintahan Najib Razak, harga paling rendah bagi RON95 adalah RM1.89 seliter dan Diesel RM1.84 seliter. Sebelum itu harga minyak ialah RM2.30 seliter bagi RON95 dan bagi diesel RM2.20 seliter.

Selepas kerajaan Tun Mahathir mengambil alih, harga-harga minyak pun berubah. Setakat ini harga RON97 tak jauh berbeza dengan RON95. Lalu bagaimana semestinya guna minyak untuk kenderaan ini?

Harga RON95, RON97, dan Diesel Minggu ini September 2020

TarikhRON 95RON 97DIESEL
5 September - 11 September1.712.011.78
12 September - 18 September1.661.961.72
19 September - 25 September1.631.931.67
26 September - 2 Oktober

Ogos 2020

TarikhRON 95RON 97DIESEL
1 Ogos - 7 Ogos1.681.981.83
8 Ogos - 14 Ogos1.631.931.79
15 Ogos - 21 Ogos1.681.981.82
22 Ogos - 28 Ogos1.712.011.80
29 Ogos - 4 September1.722.021.78

Julai 2020

TarikhRON 95RON 97DIESEL
4 Julai - 10 Julai1.651.951.84
11 Julai - 17 Julai1.722.021.87
18 Julai - 24 Julai1.722.021.87
25 Julai - 31 Julai1.681.981.82

Jun 2020

TarikhRON 95RON 97DIESEL
6 Jun - 12 Jun1.481.781.63
13 Jun - 19 Jun1.561.861.73
20 Jun - 26 Jun1.591.891.77
27 Jun - 3 Julai1.691.991.86

Kerajaan memberikan subsidi petrol RON95 dan diesel pada 7 Jun 2018, untuk menampung naiknya harga minyak mentah dunia. Terkini, kerajaan menangguhkan pemberian subsidi minyak yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2020 sehingga tarikh yang belum ditentukan. Menurut perancangan sebelumnya, kerajaan akan mengeluarkan subsidi minyak bersasar atau Program Subsidi Petrol bermula Januari 2020. Namun, dengan keputusan demikian harga RON95 akan naik sebanyak 1 sen setiap minggu sehingga mencapai harga minyak semasa di pasaran.

Dua faktor punca naik turunnya harga minyak petrol dan diesel di Malaysia adalah pertukaran mata wang asing dan harga minyak mentah dunia. Berikut senarai harga yang didapatkan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK):

Kesilapan Persepsi Berkenaan RON95 dan RON97

Memandangkan ada perbezaan dua puluh sen hingga tiga puluh sen antara RON95 dan RON97, membuat sesetengah pengguna kenderaan bermotor berpikir, apakah berbaloi menggunakan RON97 bagi kenderaan mereka? Berikut ini beberapa kesilapan persepsi yang ada pada masyarakat berkenaan dengan kedua jenis petrol di atas.

1. RON97 Boleh Tingkatkan Prestasi Enjin

RON97 tak semestinya boleh membuat enjin kenderaan lebih power. Sebelum menilai mana lebih berkuasa, anda kena faham istilah RON dan gred masing-masing.

RON (Research Octane Number) mempunyai gred yang diberikan bergantung kepada kebolehan menahan kepadatan lebih tinggi yang membolehkan menjana lebih banyak kuasa.

Biasanya, hanya kereta mewah dengan kapasiti enjin melebihi 2,500 cc yang dibina khas untuk RON97. Contohnya Ferrari 458 Speciale dan Mazda SkyActiv yang apabila diisi RON95 tak akan mampu menahan knocking dan auto ignition. Sebab itulah kena guna RON97 bagi mengelakkan enjin rosak dalam jangka masa panjang. Bagi kebanyakan kereta lain, sama ada RON95 atau RON97 hampir tak ada beza daripada segi prestasi.

Pre ignition akan berlaku apabila terhasil tekanan dan suhu tinggi ketika enjin bekerja. Jadi, semakin tinggi enjin berusaha menghasilkan kuasa, tekanan dan suhu yang terhasil akan semakin tinggi. Oleh sebab itu, keperluan enjin kepada petrol yang berketahanan tinggi turut menjadi semakin tinggi.

Prestasi enjin kenderaan yang dirancang menghasilkan kuasa tinggi menggunakan RON97 dan ke atas akan menurun apabila menggunakan RON95 atau ke bawah. Sebaliknya apabila kenderaan dilengkapi dengan enjin untuk RON lebih rendah, menggunakan RON97 tak memberi impak pada prestasinya.

2. RON97 Buat Minyak Tahan Lebih Lama

Ada lagi anggapan salah pasal RON97 iaitu boleh lebih jimat kos bahan bakar untuk perjalanan jauh. Perkara ini sebenarnya lebih ditentukan oleh spesifikasi kereta. Pada sesetengah jenis kereta justeru RON95 masih lebih jimat. Penggunaan RON97 juga tak akan memberikan sebarang penjimatan bagi kenderaan yang dirancang untuk RON95 atau lebih rendah.

Selain spesifikasi kereta, hal lain yang mempengaruhi penggunaan minyak ialah cara pemanduan. Apabila selalu brek dan pecut mengejut, cepatlah minyak akan habis. Tetapi bila pecut dan brek beransur-ansur dan memandu secara berhemah, minyak kereta boleh lebih jimat.

Ada beberapa situasi di mana penggunaan RON97 memerikan penjimatan ekstra, misalnya memandu di kawasan perbukitan. Hal ini disebabkan kerana memandu di perbukitan dalam tempoh lama dapat menaikkan suhu dalam enjin dan menjadi punca knocking berlaku. Kesimpulannya, untuk anda yang menggunakan kereta biasa, RON95 sudah mencukupi.

3. RON 95 dan RON 97 Tak Boleh Dicampur

RON95 dan RON97 boleh dicampur, asalkan tak dicampur dengan jenis minyak diesel. Ada pula yang mengatakan petrol berlainan jenama tidak elok dicampurkan kerana semua menggunakan formulasi yang tak sama. Fakta yang sebenar, dalam petol memang ada campuran aditif untuk membersihkan sistem masukan enjin dan pengubahsuaian geseran, contohnya pada jenama Petronas.

Sesetengah petrol seperti Petron juga memenuhi klasifikasi Euro 4M. Jenis ini mengandungi sulfur lebih rendah dan membantu mengurangkan pencemaran lingkungan. Memang semua jenama memiliki formulasi berbeza, tetapi perbezaan itu tidak membawa perubahan dibandingkan efek memasukkan RON95 ke dalam kendaraan yang ditala untuk RON97. Jadi, tiada masalah mencampurkan petrol dari stesen berlainan jenama.

Selain perbezaan bilangan RON, ada perbedaan lain dari RON95 dan RON97. Sesetengah pengeluar mencampurkan bahan aditif ke dalam petrol yang bertindak meningkatkan nilai RON dan pelbagai fungsi lainnya. Contohnya, petrol dari Caltex memberikan jaminan enjin kekal bersih setiap kali menggunakan minyak mereka. Dari sisi pencemaran, RON97 lebih bersih karena mampu manghalang pembentukan sulfur dioksida yang menyebabkan jerebu.

Jumlah tenaga pada seliter RON95 dan RON97 sama. Tetapi, kedua jenis minyak ini mempunyai ketahanan berbeza dalam menahan suhu dan tekanan tinggi tanpa meletup sebelum spark plug menyala.

Pengguna dicadangkan menggunakan RON95 untuk pemanduan santai. Manakala untuk pemanduan agresif, disarankan menggunakan RON97.

Demikianlah maklumat harga minyak terkini bagi RON95, RON97, dan diesel di seluruh Malaysia. Untuk mengurangkan penggunaan minyak, maka anda dicadangkan selalu memandu dengan cara berhemah dan utamakan menggunakan transportasi awam.

 

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *