Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Apabila Kereta Anda Dilanggar

By | 22 September 2019

Apabila terlibat kemalangan jalan raya yang melibatkan kerosakan kereta tanpa sebarang kecederaan fizikal kepada pemandu, ada cara claim insurans kereta kemalangan yang perlu diambil untuk membuat laporan polis dan tuntutan insurans.

Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan

Prosedur Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan

Dalam kes kereta anda terlanggar, kereta yang melanggar anda mestilah turut membuat laporan supaya kos baik pulih kereta anda ditanggung oleh insuran kereta milik individu terbabit. Berikut ini senarai langkah klaim insurans kereta kemalangan apabila berlaku kepada kereta anda.

cara claim insurans kereta kemalangan

  1. Selepas berlaku kemalangan, letak kenderaan anda pada bahu jalan agar tak menghalang lalu lintas.
  2. Periksa kerosakan kenderaan anda dari luar.
  3. Ambil gambar kenderaan yang melanggar dan ambil detail kendaraan terbabit meliputi nombor plat kenderaan dan road tax kenderaan.
  4. Ambil gambar kerosakan yang berlaku kepada kenderaan anda.
  5. Dapatkan maklumat pemandu kenderaan yang melanggar atau terlanggar kereta anda. Minta kad pengenalan mereka dan ambil gambar. Sekiranya menolak, nyatakan bahwa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, karena menghalang hak anda sebagai pihak yang dilangga untuk mendapatkan maklumat diri pihak pelanggar.
  6. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan apabila ianya kenderaan persendirian atau nombor telefon syarikat sekiranya yang melanggar ialah kenderaan syarikat. Pastikan nombor telefon yang diberikan betul-betul dapat dihubungi bagi mengelakkan tertipu oleh mereka.
  7. Apabila kenderaan anda masih selamat untuk dipandu, halakan ke balai polis trafik berhampiran dan buat laporan polis.
  8. Jika kenderaan sudah tidak boleh dipandu, hubungi syarikat insurans anda bagi mendapatkan khidmat tow truck. Elakkan menggunakan jasa tow truck yang datang menawarkan bantuan dan khidmat bengkel mereka.
  9. Siasatan awal bagi kes kemalangan yang berlaku pada anda akan dijalankan oleh pegawai penyiasat, penolong pegawai penyiasat atau ketua polis balai setelah menerima repot anda.
  10. Kes akan diputuskan dalam masa 15 hari selepas kemalangan oleh penyiasat. Dalam masa kurang dari 3 hari bekerja salinan report anda akan diberikan, manakala rajah kasar dan gambar kemalangan akan diserah dalam masa kurang dari 15 hari.

Perkara Yang Perlu Anda Perhatikan Dalam Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan

cara claim insurans kereta kemalangan sendiri

Datang semula ke balai polis selepas keputusan kes, gambar kemalangan, dan lakaran rajah kasar dikeluarkan. Tiga benda tersebut perlu ada untuk membuat tuntutan insuran bagi kos baik pulih kerosakan kereta anda.

Setelah itu, buatlah tuntutan kepada pihak insurans secepat mungkin. Buatlah surat kepada pihak insurans atas sebab-sebab kelewatan membuat tuntutan kerosakan kereta sekiranya anda gagal bersegera membuat tuntutan.

Laporan mestilah dilakukan dalam masa 7 hari untuk membuat tuntutan, sekiranya anda tercedera dan mesti dirawat di hospital dalam masa 30 hari setelah kejadian, berikan bukti semasa membuat report.

Hantar kereta anda ke pusat baik pulih rasmi atau bengkel panel insuran anda untuk dibiaki dengan kadar segera. Apabila kereta anda ialah Proton, maka hantar ke pusat baik pulih Proton, begitu pula dengan Honda, Perodua, atau kereta lainnya. Ini bagi memastikan spare parts yang digunakan ialah asli sesuai dengan model kereta anda. Selain itu, pembaikan di service centre akan mempercepatkan proses tuntutan insuran dan baik pulih kereta anda.

Semasa membuat tuntutan kepada syarikat insurans, siapkan dokumen-dokumen iaitu salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, covernote insurans, salinan geran, laporan polis, gambarajah kemalangan, dan lakaran kemalangan dari balai polis.

Apabila kemalangan bukan disebabkan oleh kecuaian anda, No Claim Discount anda tak akan terjejas langsung.

Prosedur Tuntutan Loss of Use

Di samping kos pembaikan kereta, anda pun layak menuntut loss of use daripada insurans. Loss of use ialah kos sewa kenderaan gantian atau kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan anda.

cara nak claim insuran kereta kemalangan

Setelah kereta dibiaki, maklumkan kepada service centre yang anda ingin membuat tuntutan loss of use. Laporan lengkap beserta dokumen yang diperlukan akan disediakan oleh service centre untuk keperluan tuntutan anda. Dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja setelah kereta siap dibiaki, laporan akan dikeluarkan.

Hantar dokumen dan laporan ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda. Lakukan follow up dari semasa ke semasa untuk memastikan tuntutan anda dipenuhi. Umumnya proses ini akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja dan pembayaran akan diberikan kepada anda.

Membuat Tuntutan Kemalangan Sendiri dan Pihak Ketiga

Ada dua jenis tuntutan atau claim insurans kereta kemalangan yaitu tuntutan kerosakan sendiri dan tuntutan kerosakan pihak ketiga.

Apabila menggunakan perlindungan komprehensif, anda dapat membuat tuntutan kerosakan sendiri. Jika membuat tuntutan tuntutan sendiri, anda akan kehilangan diskaun tiada tuntutan (NCD).

Apabila berlaku kemalangan yang membabitkan kenderaan anda, berikan maklumat terus kepada syarikat insurans anda. Kemudian hantar ke bengkel panel syarikat insurans berkenaan. Isi Borang Laporan Kemalangan Motor dan sertakan dokumen lain yang dikehendaki sebelum menghantar kereta anda.

Baik pulih selalunya akan dibuat setelah syarikat insurans menerima dokumen lengkap dari anda. Anda pun akan dihubungi apabila kereta telah pun disiapkan sepenuhnya.

Kes kedua yaitu tuntutan kemalangan pihak ketiga. Apabila anda tak bersalah dalam kemalangan itu, anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga dan diskaun tiada tuntutan anda tak akan terjejas langsung.

Kerana anda dan pemilik kenderaan lain mempunyai syarikat insurans masing-masing, anda boleh claim insurans ke syarikat anda ataupun terus kepada syarikat pihak yang bersalah. Supaya mempercepatkan tuntutan, anda boleh mengemukakan kepada syarikat insurans anda.

Untuk meminimunkan kerugian bagi penuntut pihak ketiga, anda boleh lakukan beberapa cara berikut:

  • Untuk menilai besarnya kerugian, lantik seorang penaksir berlesen. Selalunya syarikat insurans dan bengkel panel akan meminta anda melakukannya.
  • Serah Borang Laporan Kemalangan Motor, laporan penaksir, dan lain-lain dokumen yang diperlukan kepada syarikat insurans anda.

Selain melakukan cara claim insurans kereta kemalangan pihak ketiga tersebut, anda pun berhak menuntut Ganti Rugi Masa Pembaikian (CART) kepada syarikat pihak ketiga atas kehilangan kegunaan kereta anda. Selain bayaran wang tunai, anda pun boleh menuntut pembayaran kos sewa kereta pengganti selama tempoh pembaikan dengan syarat sama kapasiti dan kategori. Kemukakan resit dari syarikat penyewaan kereta semasa membuat tuntutan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *