Cara Mudah Semak Insurans Kereta Secara Online

By | 20 Mei 2019

Bagi pemilik kereta, memperbaharui insurans adalah tanggung jawab yang mesti ditunaikan setiap tahun.Sebelum memperbaharui, Anda perlu melakukan semak insurans kereta terlebih dahulu.

Road tax dan insurans harus diperbaharui untuk mengelakkan daripada terkena saman atau tindakan undang-undang daripada kerajaan. Saman kompaun hingga RM300 bagi pemilik kenderaan akan dikeluarkan oleh JPJ Malaysia terhadap pemilik kenderaan yang didapati mengendarai kenderaan dalam keadaan road tax dan insurans telah melepasi tarikh luput.

Oleh sebab itu, Anda perlu menyemak dan memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan dan memastikan tidak melepasi tarikh luput sebelum berkendara.

semak insurans kereta

cara semak insurans kereta

Pemilik kenderaan hendaklah memilih kategori kependudukan dan memasukkan nombor kad pengenalan, ketika melakukan semakan. Bagi pemeriksaan lanjutan sebelum membuat pembaharuan cukai, kenderaan yang tidak memperbaharui road tax dan insurans lebih dari 2 tahun perlu dihantar ke Puspakom.

Cara Check Insurans Kereta pada I-Search

Melakukan semakan insurans kenderaan kini dapat dilakukan dengan mudah dalam talian. Anda tidak perlu membuang masa dan minyak kenderaan untuk pergi mengurus pembaharuan.

I-Search adalah alat yang dapat digunakan untuk mencari maklumat mengenai syarikat insurans yang sudah lepas dan insurans semasa sebuah kereta. Menggunakan aplikasi ini, Anda boleh mendapatkan informasi syarikat insurans, tempoh polisi, jenis perlindungan dan lain-lain hanya dalam beberapa klik.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insurans sama ada pelan asas ataupun pelan komprehensif. Untuk mendapatkan perkhidmatan aplikasi ini, memerlukan nomor pendaftaran kenderaan.

Informasi company ini sangat berguna apabila insurans kereta tamat tempoh, akan memperbaharui insurans dan cukai jalan, cek cover insurans kereta Anda. Maklumat ini juga penting apabila Anda terlibat kemalangan dan ingin mencari tahu insurans pihak ketiga untuk cover kecederaan dan kerosakan kenderaan Anda.

Kehilangan policy untuk insurans atau takaful bukan satu masalah yang tak boleh diselesaikan. Ada cara lain untuk check insuras kereta dengan syarikat mana yang Anda gunakan secara atas talian dengan cara berikut:

  1. Buka dan layari laman web http://www.mycarinfo.com.my
  2. Klik pada I-Search
  3. Pilih free credit dan klik Go
  4. Masukkan butiran yang diminta yaitu; vehicle reg. no, name, email, dan confirm email. Tick yes pada kolom terma dan syarat. Klik Enquire.
  5. Informasi yang berisi tarikh luput insurans dan syarikat akan dipaparkan.

Itulah langkah penyemakan yang mudah dan pantas. Anda dapat melakukannya di mana sahaja asalkan terdapat internet di sana.

Semak NCD Kereta Anda

Bagi Anda yang belum tahu, NCD adalah diskaun yang diberikan oleh pihak insurans semasa Anda memperbaharui insurans kereta apabila sebelum ini tidak membuat sebarang tuntutan. Di tahun pertama, Anda tidak akan mendapatkan sebarang diskaun, tetapi akan diberikan diskaun pada tahun-tahun berikutnya. Diskaun yang diberikan akan mengikut jadwal yang berbeza setiap tahun. Oleh karena itu, penting untuk menyemak NCD insurans kereta Anda setiap tahun.

Untuk tahun kedua diskaun yang diberikan yaitu 25%, tahun ketiga 30%, tahun keempat 38,33%, tahun kelima 45%, serta tahun keenam dan seterusnya ialah 55%.

Syarikat insurans telah menyerahkan cover note atau nota perlindungan insurans, semasa Anda memperbaharui insurans kendaraan tahun lepas.Dalam nota tersebut, tertulis jumlah NCD tahun sebelumnya.Menggunakan jadual di atas, Anda dapat menyemak NCD untuk tahun ini tanpa membuka pangkalan data di ISM.

Apabila nota Anda hilang, maka Anda dapat membuat semakan atas talian melalui laman web ISM dengan langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web https://ncd.ism.net.my/publicncdenq/index.htm
  2. Taip nombor pendaftaran kereta Anda.
  3. Taip nombor MyKadAnda atau pemilik kenderaan.
  4. Masukkan nama penuh.
  5. Masukkan alamat e-mel.
  6. Masukkan nombor telefon Anda.
  7. Tick pada bagian terma dan syarat.
  8. Klik butang Enquire NCD.
  9. Apabila sambungan internet tiada masalah dan pangkalan data online, Anda akan terus mendapat keputusan semak NCD.

Setelah mendapatkan maklumat yang lengkap, Anda boleh terus memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta Anda. Ada beberapa pilihan untuk membuatnya, sama ada menggunakan kad kredit atau internet banking. Boleh juga cuba perbaharu iinsurans sendiri secara atas talian.

Jika selalu membuat pembaharuan insurans kereta setiap tahun, Anda akan mendapatkan maklumat mengenai diskaun tanpa tuntutan atau Non Claim Discount (NCD). Semua maklumat tentang NCD tersimpan dalam pangkalan data yang dikendalikan oleh syarikat Insurans Service Malaysia (ISM).Kesemua syarikat dan takaful insurans di Malaysia akan menyemak NCD dari pangkalan data ini.

Melalui sistem sambungan terus ke pangkalan data, syarikat pengendali insurans dan takaful dapat menyemak dengan cepat. Meski demikian, orang awam boleh menggunakan perkhidmatan semak ini secara percuma.

Cara Jimat Perbaharui Insurans Kereta

Nak cara jimat untuk perbaharui insurans kereta? Anda boleh menggunakan perkhidmatan dari Maybank Etiqa. Perkhidmatan ini membolehkan Anda jimat sekurang-kurangnya 10 % dari harga asas premium.Apabila premium Anda besar, penjimatan ini cukup besar juga.

Service insurans online yang tidak tertakluk kepada mana-mana insurans pilihan jualan syarikat kereta membawa banyak kebaikan yaitu kalkulator insurans dan bayaran jelas, 10% rebat serta merta, dan mudah.

Cara Jimat Perbaharui Insurans Kereta

Cara Jimat Perbaharui Insurans Kereta

Laman web memiliki kalkulator yang dapat memberikan besarnya premium selepas ditolak dengan NCD (no claim discount). Di sini juga Anda akan mendapatkan maklumat butiran bayaran tanpa prasangka.

Anda akan mendapatkan rebat serta merta setelah memasukkan butiran kereta, premium, dan NCD. Rebat akan ditolak dari jumlah bayaran secara serta merta. Apabila menggunakan kad kredit CIMB, Anda akan mendapat tambahan 5% pada hujung bulan.

Selain itu, menggunakan perkhidmatan ini akan membuat urusan Anda senang dan cepat.Tidak perlu membazir masa dan jimat minyak karena Anda tidak perlu pergi ke JPT ataupun membayar komisyen kepada runner untuk memperbaharui insurans. Asalkan ada internet, di mana saja Anda dapat membuat semua kerja ini dengan selesa.

Kali pertama menggunakannya, Anda perlu memasukkan maklumat kereta seperti nombor pendaftaran, nombor enjin, dan cc kenderaan. Selepas itu, Anda dapat membayar dengan mudah, hanya tukar premium sahaja, dan NCD akan dikira secara automatik.

Jika tidak ingin memperbaharui cukai jalan di pos ofis, Anda boleh meminta penghantaran cukai jalan dari MyEG ke rumah dengan bayaran tambahan.

Selain insurans kereta, Anda dapat membeli insurans tambahan seperti cermin kereta, banjir, dan tanah runtuh dengan tick pada insurans tambahan yang dikehendaki.

Kebaikan lain daripada menggunakan motor takaful ialah, Anda boleh menerima dividen tiap-tiap tahun apabila syarikat mendapat keuntungan.Meski jumlahnya tak sebesar mana, ianya merupakan satu penghargaan kepada pelanggan.

Nah, setelah Anda membaca maklumat mengenai cara semak insurans kereta dan memperbaharui road tax dan insurans online, jangan tangguhkan lagi untuk melakukannya. Penting untuk memperbaharui insurans agar tidak menemui masalah berkaitan kesalahan undang-undang di masa hadapan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *