AIA Vs Prudential, Mana Lebih Baik?

By | 16 Oktober 2019

Memilih mana pelan insurans yang terbaik, bukan perkara mudah. Sebagai syarikat besar AIA dan Prudential sama-sama mempunyai pelan dan strategi khas bagi menyenangkan pelanggan insurans. Sebelum membandingkan AIA vs Prudential, ketahui latar belakang keduanya.

AIA Vs Prudential, Mana Lebih Baik

AIA dan Prudential

AIA Bhd.

aia vs prudential 2019

AIA Bhd ialah syarikat insuran yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Malaysia. Syarikat ini menawarkan insuran hayat, medical, insuran pekerja, insuran am, pencen, dan keluarga, hingga insuran kenderaan. AIA memiliki kaki tangan yang berpengalaman dengan jumlah melebihi 2,000 staf untuk memberikan khidmat kepada 3 juta pengguna di seluruh negara.

Prudential

aia vs prudential health insurance

Prudential ditubuhkan sejak tahun 1924 dan mencatatkan rekod insuran terbaik di Asia sehingga 90 tahun lebih. Prudential mempunyai 45 cawangan dan lebih dari 1,700 kaki tangan di seluruh negara. Syarikat ini dimiliki seluruhnya oleh Prudential plc yang berpusat di UK. Pelanggan Prudential saat ini direkodkan sebanyak lebih dari 24 juta pengguna.

Kad Perubatan Terbaik Saat Ini

aia vs prudential takaful

Setiap pelanggan insuran semestinya menginginkan pelan kad perubatan terbaik. Untuk mendapatkan kad perubatan yang sesuai, anda perlu membuat semakan dan perbandingan dari beberapa syarikat pembekal insurans. Anda pun perlu meminta khidmat nasihat daripada ejen atau kaki tangan syarikat insurans untuk mendapatkan maklumat lengkap. Lakukan beberapa cara di bawah ini untuk mendapatkan kad perubatan terbaik.

1. Baca Penawaran Insuran dengan Teliti

Baca keseluruhan penawaran insuran yang anda dapat dengan teliti. Kemudian berikan maklumat yang benar tentang usia, jantina, pekerjaan, dan kenyataan sama ada anda merokok atau tidak kepada ejen insurans. Seterusnya, ejen akan menyerahkan dokumen sepanjang 15 muka surat. Tetapi, anda tidak perlu membaca seluruhnya, cukup tumpukan pada bahagian ini:

a. Summary

Bahagian pertama ini menunjukkan berapa banyak kad perubatan boleh cover dan berapa yang harus anda bayar.

b. Faedah yang Ditawarkan

Halaman ini berisi kenyataan apa saja faedah yang boleh anda dapatkan. Mereka juga menerangkan batas perlindungan insuran anda. Perkara yang paling penting ialah usia faedah, contohnya sampai 100 tahun, pengecualian contohnya anda tidak akan mendapat pampasan jika terjangkit HIV atau mengguna dadah, serta terma dan syarat khas.

3. Gambaran Investment Linked Insurance

Anda perlu membaca bahagian ini sekiranya paham betul tentang dunia pembiayaan. Halaman ini menunjukkan ke mana wang caruman anda disalurkan setiap tahun dan berapa banyak syarikat ambil dari anda.

Juga baca artikel tentang: Harga Insurans Motosikal First Party dan Faedahnya

Perkara paling penting di sini bukanlah berapa banyak wang yang nanti boleh anda terima, tetapi ke mana mereka akan melaburkan wang anda.

4. Product Disclosure Sheet

Bagian terakhir yang perlu anda baca ialah laman FAQ serta terma dan syarat. Contohnya pada bagian soalan, berapa banyak premium yang harus dibayar. Kebiasaannya, syarikat-syarikat insurans besar akan memberikan keterangan pada bahagian ini.

Membandingkan Penawaran Insuran AIA vs Prudential

Setelah anda membaca penawaran dari satu syarikat, jumpai beberapa ejen lain dan dapatkan penawaran lain sebagai pembanding. Sebolehnya anda mendapatkan dua atau tiga penawaran lain untuk buat perbandingan.

Membeli insuran adalah satu perkara besar, maka sebolehnya buat perbandingan yang cermat sebagaimana anda membeli telefon bimbit. Tanyakan banyak soalan berkaitan pelan yang anda inginkan. Keperluan untuk seorang bujang berusia 30 tahun pastinya berbeza dengan seorang ibu tunggal berusia 40 tahun dengan dua orang anak. Benda yang patut dipertimbangkan ialah syarikat pembekal insurans, faedah dan fitur, dan ejen misalnya AIA vs Prudential.

AIA vs Prudential, Syarikat Insurans Mana yang Terbaik?

Sama ada syarikat besar ataupun kecil, mereka selalunya akan cakap merekalah insurans terbaik di negara ini. Jadi, apakah syarikat itu besar atau kecil ialah satu perkara penting?

Jawapannya, tak selalunya syarikat besar lebih baik daripada syarikat kecil. Syarikat besar yang telah lama wujud ertinya mereka boleh bertahan dalam jangka masa lama. Apa yang lebih penting ialah reputasi. Apakah syarikat tersebut ada reputasi membayar tuntutan cepat tanpa sebarang kesukaran? Atau mereka kerap menyukarkan pelanggan dalam membuat tuntutan?

Juga baca artikel tentang: Insuran Kesihatan Terbaik

Anda boleh buat kaji selidik dalam forum bincang insurans di internet. Tanyakan kepada banyak orang dan anda boleh ambil satu kesimpulan sendiri, mana satu syarikat yang terbaik.

Investment Linked Plans atau Insurans Traditional

Investment linked insurans ialah insurans paling terkenal yang dijual saat ini. Tetapi, masih wujud satu bentuk insurans yang lain iaitu insurans tradisional. Investment linked dikatakan terlalu mahal, tiada jaminan kembali, dan sebaiknya anda buat insurans dan pelaburan terpisah.

Ada satu pelan alternatif yaitu membeli medical card terpisah dan sebuah insurans tradisional. Jadi, anda boleh gunakan wang anda ke dalam bentuk pelaburan lain.

Kad perubatan terpisah menawarkan anda faedah yang hampir sama dengan investment linked ditambah rider perubatan. Bedanya ialah ia insurans murni dan harganya lebih murah daripada jenis insuran dengan pelaburan sekali.

AIA VS Prudential, Mana Lebih Baik?

Dilihat dari sisi reputasi, AIA masih merupakan syarikat yang direkomendasikan. Dalam beberapa laman web, blog, dan forum, syarikat ini dikatakan lebih baik daripada syarikat insurans yang lain.

Contohnya, untuk pelan kad perubatan, AIA menawarkan perlindungan sampai 100 tahun. Syarikat ini menawarkan pelan Early Critical Illness dan Critical Illness bergantung keperluan pelanggan. Untuk pelan Early Critical Illness, pelanggan perlu membayar RM250. Ini kira tak terlalu mahal untuk satu pelan perubatan yang komprehensif.

AIA juga memiliki ejen yang cekap dan mampu memuaskan pelanggan. Mereka boleh memberikan paparan yang jelas dan memiliki pengetahuan yang cukup tentang produk yang ditawarkan.

Apabila anda ingin mendapatkan pelan insurans terbaik, buat kajian daripada pengalaman orang lain dan penawaran yang diberikan oleh syarikat. AIA vs Prudential keduanya ada pelan yang bersesuaian dengan anda. Jadi, lupakan tentang syarikat, ejen insurans ialah lebih penting.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *