UPU Pocket, Fungsi dan Cara Menggunakannya

By | 1 Desember 2020

UPU Pocket dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar lepasan SPM dan STPM mendapatkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan menerusi aplikasi ini. Aplikasi ini boleh didapati dari UPU Pocket App Store.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia membangunkan aplikasi ini untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat dan rujukan untuk menyambung pengajian tinggi.

Aplikasi ini hanya boleh digunakan untuk mencari kursus yang bersesuaian di IPTA. Setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), anda dapat membuka aplikasi ini.

Siapakah yang Layak Memohon UPU Atas Talian?

UPU Pocket memudahkan pelajar mendapatkan kursus yang diminati bila-bila masa di mana sahaja sesuai dengan kelayakan akademik mereka.

Ada kelayakan tersendiri bagi pemohon program pengajian yang ditawarkan serta maklumat kategori yaitu:

1. Lepasan SPM atau Setaraf

Lepasan SPM dan setaraf layak memohon UPU online untuk kemasukan UA, kolej komuniti, politeknik, dan ILKA mengikut minat dan kelayakan. Mereka boleh memohon program asasi, diploma di politeknik, dan sijil atau dipoma pada kolej komuniti dan ILKA.

Calon yang layak memohon ialah:

  • Lepasan SPM tahun semasa atau kategori A
  • Lepasan SPM tahun sebelum atau kategori B

2. Lepasan STPM atau setaraf

Pemohon yang layak mendaftar UPU online ialah:

  • STPM pada tahun semasa, meliputi kategori A (aliran sastera) dan kategori S (aliran sains).
  • Lepasan matrikulasi atau kategori N. P, U, L, K, J dari aliran sains calon matrikulasi KPM, PASUM dan asasi UiTM, perakaunan calon matrikulasi KPM, undang-undang calon asasi UiTM, bahasa Inggeris UiTM, kejuruteraan UiTM, dan teknikal KPM.

3. Lepasan Diploma / Setaraf

Lepasan diploma dan setaraf yang layak memohon yaitu:

  • Diploma dari university awam (UA) atau diploma politeknik.
  • Diploma IPTS, luar negara, DVM, DKM, dan DLKM.
  • Kelayakan setaraf seperti A-level, sekolah sukan, IBD, matrikulasi, STPM, dan STAM bukan tahun semasa, dan AUSMAT, ADFP, SAM, atau foundation IPTS.

4. Lepasan STAM

Pelajar lepasan STAM yang boleh memohon UPU Online ialah lepasan tahun semasa dan tahun sebelum semasa sahaja.

Selepas buat permohonan atas talian, anda dapat memasang aplikasi UPU Pocket dari Google Play.

Panduan Memohon UPU Online

Apabila memenuhi kelayakan memohon, anda boleh terus buat permohonan. Berikut ini cara-cara memohon UPU online untuk kali pertama.

Bagi pemohon yang baru pertama kali mendaftar dikehendaki mengakses UPU online untuk kemasukan ke university awam, politeknik, kolej komuniti, dan ILKA. Masukkan nombor kad pengenalan, alamat emel, nama ibu, soalan keselamatan, kata laluan, dan pengesahan kata laluan.

Sebelum memohon, anda dikehendaki membeli nombor unik ID BSN mengikut kategori. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan, nombor ID BSN, jenis permohonan, program pengajian, dan kategori pilihan mengikut kelulusan.

Cara Medapatkan Aplikasi UPU Pocket

Aplikasi UPU Pocket boleh didapat dengan cara muat turun dari Google Play. Ini panduan lengkapnya.

  1. Bagi pengguna telefon bimbit Android, anda boleh buka Google Play dan taip UPU Pocket di kolom pencarian.
  2. Rujuk pilihan senarai yang tersedia, pilih aplikasi ‘UPUPocket Government of Malaysia’.
  3. Klik dan instal dalam telefon anda.
  4. Setelah terpasang, anda boleh menggunakan untuk kemudahan urusan sambung belajar nanti.

Di dalam UPU Pocket terdapat beberapa menu yang anda mesti faham untuk dapat menggunakannya yaitu:

  1. Semakan status. Menu ini boleh digunakan untuk menyemak status permohonan, status kelayakan, dan semak keputusan pemohon.
  2. e-Guide. Dalam menu ini anda boleh mendapatkan maklumat syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan TVET.
  3. Kalendar akademik. Menu ini berisi butiran tentang aktiviti permohonan UPU online.
  4. Anda dapat mengirimkan aduan kepada staf pentadbiran dan meminta maklum balas dari aplikasi berkenaan.

Fungsi Aplikasi UPU Pocket

Setiap menu yang sudah disebutkan di atas mempunyai fungsinya tersendiri. Berikut ini fungsi yang dapat digunakan dari UPU Pocket:

  1. Menyemak permohonan, caranya dengan klik menu Semakan Permohonan, kemudian isi nombor kad pengenalan dan pilih program pengajian. Klik Semak.
  2. Semak sistem keputusan dengan cara klik menu Semakan Keputusan, masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad. Pilih jenis institusi dan program pengajian, lalu klik Semak.
  3. Menyemak sistem kelayakan. Caranya pilih Semakan Kelayakan, isi nombor kad pengenalan atau Mykad. Masukkan kata laluan yang sudah didaftarkan pada UPU online untuk membuat semakan kelayakan program. Pilih Kategori, kemudian klik Semak.

e-Panduan juga memiliki fungsi sendiri yaitu:

  1. e-Panduan SPM. Klik e-Panduan SPM kemudian pilih universiti awam dan kategori, klik Carian.
  2. e-Panduan STPM, klik e-Panduan STPM, pilih university awam, kategori dan aliran, kemudian klik Carian.
  3. e-Panduan UPUSkils, klik e-Panduan UPUSkils, pilih agensi/institusi dan program pengajian. Klik Carian.
  4. Carian Program, klik Carian Program, pilih program pengajian, klik Carian.
  5. Laluan Kerjaya, klik Laluan Kerjaya, pilih universiti awam dan kategori, klik Carian.

Selain daripada fungsi yang telah diterangkan di atas, masih ada fungsi lain yaitu:

  1. Pada direktori, anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan institusi pengajian tinggi atau universiti seperti alamat, nombor telepon, alamat e-mel, dan pautan menuju laman web rasmi.
  2. Takwim, berisi butiran tarikh-tarikh penting UPU Online bagi sesi akademik sedang berjalan.
  3. Notifikasi, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan UPU yang telah dikemaskini.

Tip Apabila Tidak Berjaya Memohon UPU

Untuk pemohon dari lepasan SPM dan STPM atau setaraf, sekiranya permohonan tidak berjaya perlu melakukan langkah persediaan bagi memastikan anda boleh sambung belajar. Inilah tip yang boleh anda pertimbangkan.

1. Buat Rayuan

Sebelum buat keputusan untuk masuk ke IPTS, kemukakan rayuan anda. Ramai pemohon yang sebelum ini tidak diluluskan, tetapi akhirnya berjaya mendapat tawaran meskipun keputusan yang diperolehi kurang baik. Rayuan yang boleh dibuat ialah rayuan fasa 1 dan 2 bagi lepasan STPM dan setaraf.

2. Pilih Kursus yang Jarang Dipohon

Dalam rayuan, pemohon lepasan SPM dan setaraf dibenarkan memilih 2 kursus, sedangkan lepasan STPM dan setaraf boleh mengambil 4 kursus mengikut kelayakan. Agar permohonan berjaya, dinasihatkan anda mengambil kursus yang tak ramai peminat dan berkemahiran.

Kursus tersebut misalnya programming, arts, accounting, dan graphic design. Meskipun bidang ini dibutuhkan dalam industri semasa, tak ramai graduan berminat belajar dalam bidang berkenaan. Jadi disarankan anda mengambil kursus yang sesuai dengan industri semasa dan menjanjikan peluang kerjaya selepas pengajian tamat.

3. Buat Kajian IPTS yang Sesuai untuk Anda

Sambil menunggu keputusan rayuan, buatlah kajian mengenai IPTS yang menawarkan kursus yang anda minat. Di IPTS memang majority kursus yang ditawarkan mempunyai kemahiran dan menepati kebutuhan industri. Untuk menyemak kursus, cuba layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Di sini anda boleh menyemak kursus yang ingin dipohon dan IPTS yang menawarkan kursus berkenaan. Selepas itu, masuk terus ke laman web rasmi IPTS yang anda rasa sesuai untuk menyemak kelayakan, yuran pengajian, dan tarikh pengambilan.

4. Memilih IPTS

Apabila permohonan UPU benar-benar gagal, anda perlu ambil keputusan untuk masuk IPTS bagi menyambung pengajian. Pilihlah IPTS yang menawarkan pembiayaan mudah atau beasiswa, atau sekurang-kurangnya anda perlu bayar separuh yuran sahaja. Coba layari laman rasmi IPTS di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti UNIKL, KUPTM, dan KPTM yang menawarkan pinjaman mudah. Selain itu, anda boleh ambil diploma kemahiran seperti ADTEC, GMI, dan JMTI.

5. Buat Pertimbangan Hasil Rayuan

Apabila anda telah mendapat tawaran selepas keputusan rayuan diumumkan, buatlah pertimbangan sama ada menerima atau menolaknya. Buat keputusan yang bijak termasuk mengambil kira potensi kerjaya pada masa hadapan, tempoh pengajian, dan yuran pengajian.

Kesimpulannya, bagi lepasan SPM dan STPM atau setaraf perlu memohon UPU Online dan mendapatkan UPU Pocket bagi memudahkan mencari kursus-kursus di institusi pengajian tinggi dan university awam. Untuk yang gagal memohon pula, tidak perlu berkecil hati karena masuk ke IPTS pun tak kurang baiknya.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *