Harga Insuran Motosikal Termurah dan Cara Membeli Insurans dalam Talian

By | 27 September 2019

Tarikh luput insurans dan road tax motosikal kena anda periksa sama ada berbaki beberapa minggu, bulan, ataupun telah luput. Untuk elak saman, anda mesti renew insurans dan road tax sebelum melepasi tarikh luput. Harga insuran motosikal dari semasa ke semasa mungkin boleh berubah. Maka, anda perlu membuat semakan harga sebelum memperbaharui insuran dan cukai jalan motosikal anda.

Harga Insuran Motosikal Termurah dan Cara Membeli Insurans dalam Talian

Anda boleh buat renew insuran dan road tax secara online menerusi MyEG ataupun perkhidmatan insuran dalam talian lain. Untuk renew online, anda perlu sediakan salinan geran motosikal dan cover note insurans sebelum itu sebagai rujukan.

Senarai Harga Insuran Motosikal

Mengetahui harga insuran motosikal penting bagi anda yang perlu mengagak bajet perbelanjaan bulanan. Agar tak terlebih guna wang untuk keperluan lain, anda perlukan maklumat mengenai harga insuran untuk motosikal anda.

harga insuran motosikal third party

Harga cukai jalan untuk motosikal terbahagi kepada enam katagori iaitu:

0 hingga 150 cc adalah RM 2

151 hingga 200 cc adalah RM 30

201 hingga 250 cc adalah RM 50

251 hingga 500 cc adalah RM 100

501 hingga 800 cc adalah RM 250

801 cc dan keatas adalah RM 350

Semasa anda perbaharui insurans motosikal, anda juga perlu renew cukai jalan sekali. Anda kena tahu harga cukai jalan, sebab apabila menguruskan melalui runner atau kiosk insuran ada sesetengah yang bagi harga lebih mahal. Lebih bijak dan jimat apabila anda sedikit bersusah untuk menguruskan sendiri perihal insuran dan road tax motosikal anda.

Harga Insurans Motosikal All Rider atau Single Rider

Dari sudut tarif dan kadar diskaun tanpa tuntutan, insurans motosikal berbeza dengan insurans kereta persendirian. Peruntukan perlindungan dalam insurans motosikal juga sering tidak diambil perhatian oleh pemilik. Peruntukan ini sama ada perlindungan Single Rider ataupun All Rider.

harga insuran motosikal 2019

Polisi insurans all rider ialah polisi yang menanggung semua risiko bagi semua penunggang motosikal. Insurans ini melibatkan tambahan premium sebanyak 50 peratus dari harga asal. Sehingga harga insuran motosikal all Rider lebih mahal daripada Single rider.

Sementara itu, insurans single rider ialah polisi yang melindungi pemilik berdaftar sahaja. Sekiranya terjadi kerosakan atau kemalangan ketika ditunggang oleh selain pemilik, insurans tak dapat membayar kerugian ataupun tuntutan pihak ketiga.

Dengan kata lain, polisi single rider tidak melindungi penunggang motosikal yang bukan pemilik dari motosikal berkenaan.

Ketika hendak membeli motosikal, biasanya harga yang ditawarkan sudah termasuk harga premium insurans. Kebiasaannya, polisi insurans bagi motosikal baru ialah single rider.

Insurans single rider juga mempunyai risiko, apabila anak-anak yang masih belajar menunggang motosikal menggunakan motosikal milik bapa mereka dan terjadi kerosakan, maka insurans tak akan tanggung.

Insurans juga tak akan tanggung kemalangan atau kerosakan motosikal yang ditunggang oleh individu tanpa lesen memandu atau hanya memiliki lesen percubaan (lesen P). Sebabnya, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) di bawah seksyen 26(1) ditegaskan bahwa tiada sesiapa dibenarkan memandu kenderaan motor melainkan ia memegang lesen yang dibenarkan.

Jenis-jenis dan Harga Insuran Motosikal

harga insuran motosikal di pejabat pos

Sebelum membeli insuran untuk motosikal, anda perlu faham jenis-jenis perlindungan insurans yang ditawarkan, yaitu:

1. Insuran Pihak Ketiga

Pihak ketiga ialah kenderaan yang terlanggar kenderaan anda semasa berlaku kemalangan. Berbanding jenis insuran lain, insuran pihak ketiga ialah yang paling murah. Tetapi liputan perlindungannya pun paling sedikit.

Insuran ini hanya menanggung kerosakan yang menimpa kenderaan mangsa dalam insiden kemalangan yang melibatkan kenderaan anda. Apabila kenderaan atau motosikal anda turut rosak, insuran ini tak boleh cover.

2. Insuran Pihak Ketiga Serta Kebakaran dan Kecurian

Insuran ini memiliki sedikit kelebihan dibandingkan insurans pihak ketiga. Selain menanggung kos pembaikan kenderaan dan kos perubatan orang yang terlanggar kenderaan anda, insuran ini juga meliputi kerugian apabila motosikal dicuri atau terbakar tanpa sengaja.

3. Insuran Komprehensif

Insuran komprehensif menawarkan liputan terlengkap dan terbanyak dibandingkan insuran-insuran yang lain. Insuran komprehensif melindungi pihak ketiga dan menanggung pembaikan kenderaan yang anda langgar.

Insuran ini pun melindungi dari kecurian dan kebakaran, serta menanggung kos baik pulih kenderaan anda apabila kemalangan berlaku. Jadi, insuran ini tak hanya menanggung kerugian pihak ketiga, melainkan anda pun turut sama.

Harga Insurans Motosikal Third Party  yang Murah

Insurans third party ialah insurans yang akan mengcover kos baik pulih kenderaan orang lain yang terlibat dengan kemalangan disebabkan kenderaan anda. Insurans third party dan first party berbeza dari segi harga. Maka tak hairan jika ramai individu memilih insurans third party.

Insurans ini memberikan cover kos baik pulih kenderaan orang lain, sedangkan insurans first party akan membayar kos baik pulih kenderaan anda sekiranya berlaku kemalangan atau dilanggar kenderaan lain.

Jika berlaku kemalangan, insurans third party mengharuskan anda membayar kos towing sendiri, manakala first insurans tak memerlukan pembayaran kos towing karena sudah masuk dalam premium insurans sendiri.

Cara Beli Insurans Motosikal dan Perbaharu Cukai Jalan Online

Bermula 1 Januari 2019, renew insuran motosikal boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Loanstreet. Laman ini telah melancarkan perkhidmatan agensi insurans dalam talian bagi melindungi penunggang motosikal.

Melalui layanan dalam talian, anda boleh memperbaharui insurans dan cukai jalan serta insurans perjalanan tanpa sebarang masalah dan hanya memakan masa kurang dari 5 minit sahaja. Cara menggunakan Loanstreet untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan iaitu:

  • Memasukkan nombor pendaftaran kenderaan beserta butiran peribadi.
  • Menyatakan Setuju dan membuat pembayaran.
  • Setelah itu anda akan menerima cover note melalui emel yang didaftarkan.

Jika ketiga langkah di atas telah selesai, anda akan menerima insurans yang telah dibeli dengan penghantaran terus ke alamat anda.

Selain memudahkan anda membeli insurans, Loanstreet juga dapat membantu mengubahsuai polisi insuran yang sudah anda daftarkan. Contohnya apabila anda telah melanggan insuran pihak ketiga, anda dapat menambah perlindungan bagi kerosakan kerana bencana alam atau rusuhan, perlindungan bagi pembonceng, atau insuran tambahan lainnya. Harga insuran motosikal nantinya pun akan disesuaikan dengan perlindungan tambahan yang anda mohon.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *