Kepentingan Insurans Kenderaan dan Jenis-jenis Polisi Insurans Kenderaan

By | 29 Oktober 2020

Sebagai orang yang bijak dalam keuangan, Anda mesti mempunyai skim perlindungan samaadatakaful atau insurans. Walaupun sangat penting, tetapi tahap kesadaran orang ramai terhadap insurans masih rendah termasuklah kepentingan insurans kenderaan. Alasan yang kerap diberi ialah kerana tidak mampu memberi komitmen kewangan dan tidak nampak adanya faedah yang boleh didapatkan.

Kepentingan Insurans Kenderaan

Kepentingan Insurans Kenderaan

Sebab Utama Mengapa Wajib Ada Insurans Sebagai Perlindungan

Dalam konsep insurans, syarat utama untuk mendapatkan faedah dari skim perlindungan ialah mesti dilindungi sebelum kemalangan atau kejadian nahas berlaku. Termasuklah pada insurans kenderaan. Ada tiga sebab utama mengapa Anda perlu memiliki insurans yaitu:

1.Menjaga Harta atau Aset

Membeli kereta baru ataupun memperbaharui cukai jalan, Anda wajib mengambil insurans. Sebab, insurans yang akan melindungi harta apabila berkalu musibah, kemalangan, kebakaran, kecurian, atau perkara-perkara lain yang tak diingini.

Sekiranya berlaku sesuatu ke atas aset Anda, insurans akan memberikan pampasan sewajarnya. Maka, perlindungan insurans sangat penting untuk mengurangkan kerugian Anda atas musibah yang berlaku terbabit.

2. Melindungi Pelaburan

Duit simpanan selalunya akan digunakan untuk melakukan pelaburan sekiranya mencukupi. Pelaburan diyakini boleh memberikan pulangan di masa hadapan apabila dilakukan berterusan. Tetapi malangnya ketika baru memulakan pelaburan, Anda menghadapi musibah yang tak diingini semisal kemalangan.

Selain kos rawatan perubatan, Anda pula perlu membayar baik pulih kenderaan yang tidak sedikit. Wang simpanan yang ada pun tidak mencukupi, maka tidak ada jalan lain kecuali mengambil wang yang telah pun dilaburkan tadi. Mendapatkan wang dari pencairan pelaburan pun tak dapat dielakkan untuk menampung kos yang diperlukan.

Bila ini berlaku, Anda bukan saja berdepan dengan risiko kerugian atas pelaburan, tetapi juga menjejaskan matlamat kewangan di masa hadapan. Situasinya akan berbeza jika Anda mengambil insurans perlindungan sewajarnya sejak awal.

3. Elak Wariskan Hutang

Apabila sudah tiada, elakkan mewariskan hutang kepada pasangan, keluarga, atau ahli waris yang ada. Di samping bersedih atas pemergian Anda, mereka juga kalut memikirkan beban yang ditinggalkan. Sebaiknya, tinggalkan legasi dan harta yang mampu membantu menyara hidup atau memudahkan urusan mereka.

Dengan skin insurans secukupnya, pampasan boleh ditinggalkan kepada waris. Nantinya wang pampasan dapat dimanfaatkan untuk menampung kos sara hidup mereka dalam jangka masa yang panjang.

Kepentingan Insurans Kenderaan

Kepentingan Insurans Kenderaan

Kepentingan Insurans Kenderaan

Insurans kenderaan mesti dibayarkan sebelum dapat memperbaharui road tax atau cukai jalan.Ramai yang beranggapan bahwa insurans hanya membebankan pengguna kenderaan. Tetapi sebenarnya ia mampu mengurangkan bebanan pemilik kenderaan. Apabila kenderaan mengalami kerusakan teruk atau kemalangan yang mengakibatkan pembayaran kos pembaikan yang besar insurans sangat membantu. Di sinilah kepentingan insurans kenderaan yaitu menjelaskan kos baik pulih kenderaan tersebut.

Insurans kenderaan ialah bentuk perlindungan dari pihak insurans kepada pemilik atau pemandu kendaraan. Perlindungan meliputi sebarang kerusakan atau kerugian akibat pemanduan kenderaan di atas jalan raya.

Beban kewangan boleh dikurangkan apabila Anda memiliki insurans kenderaan ketika berlaku kecurian atau kemalangan atas kenderaan pemegang polisi insurans. Selain daripada itu, ianya turut melindungi Anda dari menjadi mangsa pemandu lain yang berbahaya di jalanraya.

Mengapa Perlu Membeli Insurans Kenderaan?

Mengapa Perlu Membeli Insurans Kenderaan?

Mengapa Perlu Membeli Insurans Kenderaan?

Jumlah kenderaan di Malaysia begitu ramai, sehingga angka kemalangan jalan raya cukup tinggi jumlahnya. Pada tahun 2015, ada 666,674 buah kenderaan didaftarkan, di mana 591,298 daripadanya ialah milik persendirian. Sementara itu, jumlah kemalangan jalan raya di tahun 2014 dicatatkan sebanyak 470,000 kes, yang mengakibatkan sejumlah 6,600 kematian. Untuk kes kecurian kenderaan pada tahun yang sama, terdapat 34,117 buah.

Angka tersebut boleh Anda jadikan gambaran bahwa kebarangkalian kejadian ini boleh berlaku kepada diri sendiri tak kira betapa sudah waspadanya Anda. Elok sekiranya Anda memiliki backup yaitu insurans kenderaan untuk mengelakkan kerugian yang besar.

Berdasarkan akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap pemandu yang mempunyai kendaraan dimestikan mempunyai insurans kenderaan sekurang-kurangnya Insurans Perlindungan Pihak Ketiga.

Kadar premium insurans kenderaan ditetapkan dan dikawal oleh Bank Negara, sehingga meski Anda memilih syarikat berlainan, premiumnya adalah sama untuk pakej atau perlindungan tertentu. Untuk sesetengah pakej mungkin kosnya sedikit mahal, tetapi ada banyak opsyen bergantung pada jenis perlindungan dan besarnya bajet Anda.

Jenis-Jenis Polisi Insurans Kenderaan Bermotor di Malaysia

Insurans kenderaan bermotor ialah polisi insurans yang dapat melindungi kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal, lori, dan bas daripada risiko kerusakan akibat kemalangan atau kecurian. Secara umum, di Malaysia ada 3 jenis polisi insurans kenderaan. Hanya terma dan syarat mungkin ada sedikit perbezaan mengikut syarikat insurans atau takaful.

1. Polisi Pihak Ketiga

Polisi pihak ketiga ialah polisi insurans kenderaan paling asas. Bayaran premium polisi pihak ketiga paling rendah berbanding polisi lain karena perlindungan yang ditawarkan terhad.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya pemandu atau pemilik kendaraan memiliki insurans ini. Malah perlu dibeli ketika pembelian sebuah kenderaan. Tidak memiliki insurans di negara ini ialah kesalahan di sisi undang-undang.

Polisi insurans pihak ketiga atau third party akan melindungi Anda dari tuntutan pihak ketiga sekiranya terjadi kemalangan yang merugikan kenderaan mereka. Termasuk tuntutan atas kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan kemalangan yang berpunca dari Anda.

2. Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Hampir sama dengan polisi pihak ketiga, tetapi perlindungan polisi ini merangkumi risiko kebakaran dan kecurian. Polisi ini juga melindungi kenderaan dari risiko kerugian akibat kemalangan, kecurian, dan kebakaran yang tidak disengaja.

Dengan polisi insurans ini, Anda boleh membuat tuntutan apabila ada cubaan mencuri seperti pecah cermin atau kopek pintu, dan berlaku kebakaran pada kereta.Apa yang tak boleh dituntut kepada insurans adalah kemalangan di jalan raya.

3. Polisi Komprehensif

Apabila Anda menginginkan perlindungan menyeluruh, polisi komprehensif paling sesuai. Di Malaysia, jika Anda membeli kereta baru dengan pinjaman bank, polisi ini wajib dibeli. Polisi komprehensif bukan sahaja melindungi kenderaan dari risiko kemalangan, kecurian, dan kebakaran, malahan juga melindungi diri Anda sekiranya mengalami kecederaan saat kemalangan.

Polisi insurans ini dinasihatkan untuk dibeli bagi Anda yang memiliki kereta baru atau kereta berjenis mewah. Sebabnya ialah kerana kos membaiki kereta mewah sangat mahal. Sebaliknya, Anda tidak memerlukan polisi komprehensif jika memiliki kereta yang murah di mana kos baik pulih masih mampu dibiayai sendiri atau jika memiliki kereta tua yang Anda tak kisah apabila kereta calar atau kemek.

Meskipun ada polisi insurans, tidak bermakna Anda boleh cuai dalam memandu ataupun meletak kenderaan di mana-mana tempat. Polisi insurans kenderaan yang melindungi risiko keceredaan dan kematian diri dan penumpang hingga kini tidak disediakan. Apabila pekerjaan Anda banyak menghabiskan masa untuk memandu, dinasihatkan untuk mengambil insurans diri yang melindungi Anda dari kecederaan dan kemalangan.

Demikian artikel tentang kepentingan insurans kenderaan. Memandangkan ianya sangat penting untuk masa hadapan, pertimbangkanlah jenis polisi insurans untuk kenderaan Anda sebelum memutuskan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *