8 Senarai Syarikat Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

By | 15 Mei 2020

Malaysia merekodkan bilangan angka kemalangan jalan raya yang cukup tinggi pada tahun 2010 yaitu sebanyak lebih daripada 400,000 kes. Boleh dibayangkan kerugian yang didapati apabila kereta tiada insurans. Lebih penting ialah insurans kereta terbaik tidak hanya memberikan perlindungan kepada kereta, tetapi pemandu, penumpang, dan pihak lain yang terlibat kemalangan.

Insurans kenderaan merupakan mandatori kerajaan Malaysia untuk kendaraan sebelum boleh membeli cukai jalan. Secara am, ada tiga kategori polisi insurans yaitu pihak ketiga, pihak ketiga dengan perlindungan kebakaran dan kecurian, serta polisi insurans komprehensif.

Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Senarai Syarikat Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Tiga Jenis Insurans Kendaraan di Malaysia

Insurans perlindungan pihak ketiga memberikan liability kepada pihak ketiga bagi kecederaan, kematian, dan kerusakan atau kehilangan harta.Tetapi tidak memberikan liability bagi kerusakan akibat kebakaran dan kecurian, kerusakan kendaraan sendiri akibat kemalangan, dan perlindungan pemandu dan penumpang kenderaan sendiri.

Sedangkan perlindungan pihak ketiga dengan perlindungan kebakaran dan kecurian merangkumi kerusakan atau kerugian akibat kebakaran.Ketiga, insurans komprehensif memberikan perlindungan kepada kerusakan kendaraan akibat kemalangan dan kebakaran, tetapi tidak memberikan liability bagi keselamatan pemandu dan penumpang sendiri.

Insurans pihak ketiga merupakan insurans yang paling asas.Pelan insurans ini hanya melindungi pihak ketiga dalam kejadian kemalangan yaitu pemandu, penumpang, dan kereta pihak ketiga yang terlibat kemalangan. Perlindungan diberikan meliputi kos baik pulih kenderaan pihak ketiga dan kecederaan atau kematian orang-orang di dalam kenderaan terbabit.

Apabila Anda mencari insurans kereta terbaik, insurans komprehensif adalah yang paling tepat.Perlindungan yang diberikan meliputi liability pihak ketiga, kecurian, dan kebakaran yang tidak disengajakan, serta kerusakan pada kereta Anda dalam kes kemalangan jalan raya. Kecederaan, kerusakan, dan kematian yang ditimbulkan oleh kenderaan Anda dalam kemalangan akan ditanggung oleh insurans.

Anda menambah perlindungan lain bergantung kepada spesifikasi yang diinginkan seperti perlindungan perisai angin kereta, perangkat audio, dan kerusakan akibat rusuhan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Besarnya Premium

Besarnya premium asas insurans dipengaruhi oleh beberapa faktor yaitu lokasi, jumlah nilai insurans kereta bergantung pada nilai pasaran, dan kapasiti cubic sebuah kereta.Harga premium sebelumnya diatur oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia tetapi saat sudah terjadi liberalisasi tarif. Sehingga harga premium insurans antara satu syarikat dengan yang lainberbeza.

Lokasi berbeda akan menjejaskan nilai asas sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan Serawak. Jumlah nilai insurans juga berbeda berasaskan nilai kereta di pasaran. Mengurangkan nilai pasaran kereta akan membuat syarikat menurunkan jumlah yang diasuransikan. Kos tambahan yang dianggap sebagai insurans diri akan ditanggung oleh pemilik.

Selain itu besarnya premium juga dipengaruhi oleh kapasiti kubik dan saiz enjin kereta. Apabila pemandu tidak memberikan sebarang tuntutan dari polisi tahun-tahun sebelumnya, mereka akan memperoleh akses kepada diskaun tanpa tuntutan. Kadar diskaun sehingga 50 peratus juga dikawal oleh Bank Negara dan Persatuan Insurans Am Malaysia.

Terdapat juga faktor caj tambahan atau dikenali sebagai loading. Caj ini akan meningkatkan premium yang diperlukan untuk insurans. Faktor ini mempengaruhi risiko syarikat insurans kereta yaitu umur pemandu kurang daripada 26 dan lebih daripada 69, umur kereta lebih dari 10 tahun, pengalaman tuntutan, kekerapan membuat tuntutan, kenderaan rekondisi, kenderaan sukan, dan kenderaan kecurian tinggi.

Perlindungan tambahan boleh dibeli untuk melindungi kereta dengan lebih baik. Insurans tambahan boleh berupa insurans cermin hadapan, audio dan aksesori, peril khas, serta kit penukaran gas dan tangki. Syarikat insurans utama biasanya hanya menerbitkan polisi untuk kereta dengan nilai minimal RM10,000 dan berumur kurang daripada 15 tahun.

Di luar kedua faktor ini, dianggap resiko tinggi.Cara terbaik untuk mendapatkan insurans yang sesuai yaitu berunding dengan agen insurans kerajaan seperti Pos Malaysia dan MyEG.

Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia

Insurans menawarkan kepastian perlindungan apabila berlaku kegawatan atau kemalangan yang berisiko menimbulkan kerugian. Di Malaysia terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan pelbagai produk perlindungan, seperti:

1. Allianz

Allianz Malaysia Insurance Group ialah sebahagian dari Allianz Malaysia Berhad, cawangan syarikat Allianz Group dari Jerman.Sebagai salah satu syarikat yang berkembang pantas di negara ini, Allianz memberikan liputan komprehensif dalam dunia insurans kenderaan.

2. Tokio Marine

Tokio Marine adalah salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 1971. Syarikat ini sebagian dari Tokio Marine & Fire Insurans di Jepun telah membeli MUI Continental di tahun 2012.

3. MSIG

MSIG adalah gabungan Mitsui Marine & Fire Insurance Co. dan Sumitomo Marine & Fire Insurance Co. Syarikat ini merupakan syarikat insurans ketiga terbesar di Jepun yang beroperasi lebih dari 40 negara di dunia.

4. RHB Insurance

RHB Insurance Berhad mengambil inisiatif menyediakan perlindungan menyeluruh bagi rakyat Malaysia. Termasuk insurans kereta terbaik yang telah banyak memenangi anugerah dan memuaskan pelanggan.

5. AXA

AXA Group bergabung dengan Affin Holdings Bhd membentuk AXA Affin General Insurans. Kini syarikat yang telah beroperasi selama 130 tahun tersebut telah memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 300,000 pelanggan menerusi 3,000 ejen.

6. UNI Asia

UniAsia General Insurance ditubuhkan pada tahun 2003. Syarikat gabungan dari South East Insurance Berhad milik DRB-Hicomdan United Overseas Bank Group terus berkembang dan menjadi salah satu syarikat insurans kereta terbesar di Malaysia.

7. Lonpac

Lonpac Insurance Berhad ialah bahagian dari LPI Capital Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1994. Lonpac bekerjasama dengan Public Bank dan Kah Bintang kini telah menawarkan polisi motor persendirian di Malaysia.

8. Berjaya Sompo

Berjaya General Insurance Berhad dibeli dari Tokio Marine & Fire Insurance Bhd pada tahun 1999. Setelah pembelian kepentingan ekuiti sebanyak 30% dari Sompo Japan Insurance Inc, namanya bertukar Berjaya Sompo Insurance Berhad. Berpengalaman lebih dari 20 tahun, Berjaya Sompo Insurance Berhad kini dalam jajaran syarikat insurans motor popular di Malaysia.

Perkara Penting Sebelum Mengambil Insurans Kereta

Selepas liberalisasi tarif atau pemansuhan tarif insurans, banyak syarikat menawarkan berbagai insurans tambahan atau add on. Kesemuanya bagus, tapiakan meningkatkan besarnya kos insurans Anda. Tidak semua tawaran insurans tambahan sesuai dengan Anda.Ada kemungkinan, Anda harus membayar risiko yang sebenarnya tidak perlu. Untuk mengelakkan kerugian, ada 3 perkara yang perlu Anda perhatikan yaitu:

1. Sum Insured yang Sepatutnya

Kalau kenderaan Anda masih pinjaman bank, lebih baik menyemak berapa amaun loan yang tersisa. Jika loan yang tinggal masih tinggi, dinasihatkan mengambil agreed value. Sebaliknya, apabila kenderaan Anda sudah tiada loan, pilihlah market value yang biasanya kurang daripada agreed value. Asalkan jangan sampai overvalue karena pihak insurans tak akan benarkan Anda memanipulasi insurans untuk pentingkan diri.

2. Lokasi Tempat Tinggal Anda

Ambil insurans secukupnya yang sesuai dengan kondisi tempat tinggal Anda. Contohnya apabila Anda tinggal di kawasan banyak lori lalu-lalang, ambil cover cermin atau jika tinggal di tempat yang selalu banjir, ambil cover bencana alam.

3. Bajet Sendiri

Insurans terbaik mesti sesuai dengan bajet Anda.Ambil insurans setakat mana yang mampu, tak perlu tunggu ada duit sebab nak cover insurans tinggi.

Bagaimanapun, definisi insurans kereta terbaik tidak sama bagi setiap individu. Tengok pada keadaan dan keperluan masing-masing. Apabila inginkan yang terbaik, bincang dengan ejen insurans Anda untuk mendapat cadangan mana yang paling sesuai.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *