Bagaimana Nak Faham NCD dan Cara Pengiraan Insuran Kereta?

By | 29 Januari 2024

Setiap tahun, anda perlu membayar insuran dan cukai jalan kereta pada tarikh ia didaftarkan. Nilai insuran kereta berbeza mengikut nilai jual semasa. Apabila kereta anda tahun ini berharga RM40,000, kemungkinan insurannya berharga RM36,000 dan pada tahun hadapan menjadi lebih rendah lagi. Cara pengiraan insuran kereta dibuat mengikut harga kenderaan ditolak diskaun tiada tuntutan.

Isi Kandungan

Diskaun Tiada Tuntutan

Pemandu yang cermat dan berhemah sedikit banyak boleh menjauhkan kenderaan dari sebarang kemalangan. Apabila dalam tahun berkenaan anda boleh mengelakkan kemalangan, sedang bernasib baik, atau tak melibatkan pihak insuran untuk selesaikan masalah, anda akan dihadiahkan diskaun tiada tuntutan atau No Claim Discount (NCD).

Besarnya diskaun tiada tuntutan akan naik setiap tahun hingga mencecah 55% bermula 25% untuk tahun pertama, 30% untuk tahun kedua, dan seterusnya. Jika anda ada NCD, tahun pertama akan bayar 75% sahaja dari harga insuran perlu bayar. Setiap tahun, besarnya insuran pun akan turun kerana anda ada NCD dan nilai pasaran kereta pun turun.

Perkara Penting Berkenaan NCD

Ada beberapa perkara penting anda kena faham berkenaan dengan diskaun tiada tuntutan yaitu:

1. Kerosakan Bukan Disebabkan Kesilapan Anda

Apabila kerosakan kereta semasa kemalangan berlaku bukan disebabkan kelalaian memandu anda, anda tak akan kehilangan NCD. Contohnya, apabila kereta anda terlanggar, kemudian buat tuntutan kepada insuran pihak ketiga orang yang melanggar kereta anda atau buat tuntutan kepada syarikat insuran anda sendiri di bawah insuran komprehensif, NCD anda tak akan terjejas.

👉 Baca Juga:  Insurans Kereta Murah, Apakah Semestinya Terbaik?

2. NCD Boleh Dialihkan

NCD sememangnya tertakluk kepada peraturan untuk pemegang insuran bukan kereta yang didaftarkan kepada insuran. Maka, apabila anda mempunyai diskaun tiada tuntutan sebesar 35% dan buat keputusan tukar kereta baru, anda masih boleh mendapatkan NCD yang sama bagi kereta baru tersebut.

Bagaimanapun apabila anda membeli satu lagi kereta dan simpan kereta lama yang telah didaftarkan, NCD untuk kereta baru tetap 0%. Maknanya anda tak boleh buat NCD yang sama bahagi kedua kereta.

3. Pertukaran Penginsuran

Dalam kes anda tukar polisi insuran, anda perlu mengajukan NCD sedia ada. NCD tak tertakluk pada peraturan syarikat insuran, jadi anda tetap akan dapat NCD sekiranya bertukar syarikat atau polisi insuran lain.

4. Pelan Perlindungan Cermin Hadapan

Pelan perlindungan cermin hadapan atau windscreen ialah pelan tambahan. Ramai pemilik kereta ambil pelan tambahan ini memandangkan kos pembelian cermin baru dan pemasangan sangat mahal. Apabila anda mempunyai insuran tambahan untuk cermin hadapan, syarikat insuran akan menanggung kerosakan tanpa menjejaskan NCD anda.

Tambahan Perlindungan Insuran

Besar insuran kena bayar akan bertambah sekiranya anda mengambil tambahan perlindungan insuran. Penambahan ini selalunya ditawarkan oleh pihak insuran, contohnya insuran cermin hadapan atau windscreen. Besarnya perlindungan kena bayar iaitu 15% dari jumlah yuran insuran selama setahun.

Diskaun tiada tuntutan boleh dipindahkan kepada kereta baru atau pelan insuran baru selama kedua-dua kereta ialah atas nama anda. Apabila masih memiliki NCD, tak perlu risau nak buat insuran kereta baru.

Selain NCD, premium insurans kereta juga bergantung pada jenis perlindungan, manfaat tambahan, dan kapasiti enjin kenderaan.

Nilai diskaun tiada tuntutan berbeza tergantung kepada peruntukan kenderaan. Kenderaan persendirian selalunya mendapat diskaun lebih banyak daripada kenderaan perniagaan. Besarnya nilai NCD ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan digunakan oleh semua syarikat insurans seluruh negara.

👉 Baca Juga:  Semak Insurans Kereta Online

Apa yang akan berlaku sekiranya anda terpaksa buat tuntutan? Contohnya, pada tahun ketiga kereta anda terlibat satu kemalangan yang memerlukan kos baik pulih tinggi. Pada kes ini, anda perlukan klaim insuran sebab tak boleh nak keluarkan duit poket sendiri.

Apabila insuran tanggung kos baik pulih kereta semula, maknanya anda kehilangan diskaun tiada tuntutan pada tahun berkenaan. Jadi, pada tahun hadapan, nilai NCD anda kembali ke 0% semula. Anda boleh mendapatkan diskaun semula apabila pada tahun itu tiada sebarang tuntutan diajukan, NCD akan mula diberikan sebesar 25% dari harga premium insuran kena bayar.

Cara Pengiraan Insuran Kereta Apabila Anda Ada NCD

Kadangkala anda perlu membuat keputusan sama ada buat tuntutan insuran ataupun bayar sendiri kerosakan kereta. Anda dinasihatkan membayar kos baik pulih sendiri sekiranya tak melebihi premium insuran yang perlu dibayar dan masih mampu nak bayar. Sebaliknya, buatlah tuntutan insuran apabila kos baik pulih terlampau banyak.

Nak bagi anda senang faham, lihat contoh ini. Dalam kes ini, anda tiada insuran tambahan cermin hadapan, anda perlu bayar RM 500 untuk tukar cermin baharu. Dalam masa yang sama, anda ada diskaun tiada tuntutan 55% bernilai RM 600. Apabila kes ini berlaku, dinasihatkan anda tak perlu buat tuntutan kepada syarikat melainkan bayar sendiri. Ini untuk berjaga-jaga kalau di masa hadapan dalam tahun yang sama anda ada kes kerosakan lebih teruk. Anda memang untung RM 100 pada masa itu, tetapi hakikatnya sedang menempah kerugian.

Itulah cara pengiraan insuran kereta dan NCD yang anda perlu faham. Jadilah pengguna insuran yang bijak.

👉 Baca Juga:  Cara Mudah Semak Insurans Kereta Secara Online

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *