Apa Itu Insurans?

By | 27 September 2019

Apa itu insurans ramai yang tidak mengetahui meskipun mungkin anda telah banyak mendapatkan penawaran dari mana-mana ejen insurans. Insurans ialah sejenis alat kewangan untuk perlindungan dari sebarang risiko yang boleh dibeli. Maksudnya, sekiranya terjadi sesuatu yang tak diingini kepada diri, ahli keluarga, atau barang kepemilikan anda, insuran memberikan perlindungan.

Apa Itu Insurans
Insurans akan berfungsi apabila anda telah membayar premium, syarikat insuran akan membayar pampasan bergantung kepada kadar risiko yang ditanggung. Bagaimanapun masa tanggungan insurans ini terhad kepada jangka masa tertentu dan nilai had pampasannya.

Jenis Insurans di Malaysia

Di Malaysia terdapat beberapa jenis insurans yang diatur oleh Bank Negara Malaysia iaitu:

a. Insurans Nyawa

Insurans nyawa ialah insurans yang melindungi anda dan nyawa dari risiko kesakitan, ketidakupayaan, rawatan wad hospital, ataupun kematian.

b. Motor

Insurans ini melindungi kenderaan bermotor anda dari kemalangan, kecurian, kebakaran, hingga kerosakan akibat rusuhan. Insurans motor meliputi insurans pihak ketiga (third party), insurans pihak pertama (first party), dan insurans menyeluruh atau komprehensif.

Anda akan dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga jika terjadi kemalangan yang melibatkan kenderaan anda apabila anda membeli perlindungan pihak ketiga.

Manakala jika anda membeli perlindungan menyeluruh, anda akan mendapatkan perlindungan lebih luas. Misalnya jika pihak ketiga mengalami kecederaan atau kematian, atau kerosakan kenderaan, pada masa yang sama anda juga mendapatkan perlindungan untuk kerosakan kenderaan anda dan kecederaan yang berlaku.

c. Rumah

Insurans rumah ialah insurans yang dapat melindungi bangunan yang diinsuranskan dari kejadian kebakaran, letupan, atau kilat. Polisi asas tersebut boleh diperluaskan kepada kerugian atau kerosakan karena banjir, kemalangan, atau kebocoran paip.

Dengan polisi insurans rumah, isi dalam rumah juga turut terlindungi seperti perabotan dari risiko banjir, kecurian, atau kebakaran. Namun, polisi ini tidak melindungi kerosakan yang terjadi pada rumah tersebut.

d. Perlancongan atau Perjalanan

Insurans perjalanan atau perlancongan baik untuk dibeli apabila anda bepergian ke luar negara. Pelan insurans ini akan melindungi anda daripada penangguhan jadual penerbangan, kehilangan barang semasa perjalanan, perubatan, dan kemalangan yang berkaitan dengan perlancongan.

e. Harta Peribadi

Insurans harta peribadi akan melindungi harta anda seperti telefon bimbit, kamera, dan komputer riba dari sebarang kecurian atau kehilangan.

Insurans Perubatan dan Insurans Hayat

Insurans Hayat

Apa itu insurans hayat? Insurans hayat berupa bantuan kewangan kepada ahli keluarga atau tertanggung sekiranya anda meninggal dunia. Namun, ada pengecualian untuk kes bunuh diri, yang mana jika bunuh diri dilakukan dalam satu tempoh tertentu selepas mengambil insurans, bayaran tiada akan dibuat. Di Malaysia, perlindungan yang ditawarkan insurans hayat antara lain insurans endowmen, insurans bertempoh, insurans kesihatan dan perubatan, insurans seumur hidup, insurans penumpang, dan insurans berkaitan pelaburan.

Pastikan anda hanya berurusan dengan ejen yang berdaftar sahaja sebelum mengambil insurans hayat. Sekiranya anda mengalami kemalangan atau meninggal dunia, insurans hayat dapat melindungi keluarga tanggungan seperti ibu bapa, adik beradik, pasangan, dan anak-anak yang mungkin terjejas.

Insurans perubatan ialah perlindungan untuk menanggung kos perubatan serta pembedahan pelbagai jenis penyakit, kecederaan, dan rawatan yang diliputi oleh insurans tergantung kepada pelan perubatan yang diambil. Harga premium untuk polisi insurans akan semakin mahal jika perlindungan yang diberikan semakin luas.

Perlindungan yang dapat diliputi oleh insurans perubatan boleh menyeluruh atau hanya perkara asas sahaja. Oleh itu, sebelum membeli insurans perubatan pastikan anda memahami perlindungan yang ditawarkan.

Terdapat 4 jenis insurans perubatan yang ada di Malaysia iaitu:

• Insurans pembedahan dan kemasukan ke hospital. Insurans ini menyediakan perlindungan untuk kos rawatan dan pembedahan bagi penyakit yang disenaraikan dalam polisi.
• Insurans penyakit kritikal dan penyakit ditakuti. Apabila pemegang insurans terdiagnosis menderita satu dari 36 jenis penyakit kritikal, insurans akan memberikan faedah.
• Insurans pendapatan hilang upaya, insurans ini menyediakan pendapatan berterusan bagi menggantikan pendapatan yang diperolehi sebelum hilang upaya.
• Insurans pendapatan hospital iaitu insurans yang menyediakan perlindungan sekiranya anda perlu dirawat untuk pemulihan di wad hospital.

Kebanyakan insurans perubatan memiliki syarat pra-wujud, jika anda menghidap penyakit sebelum memohon insurans, anda tidak boleh memohon perlindungan bagi membayar kos rawatan untuk penyakit sedia ada.

Insurans perubatan sangat penting untuk membantu anda menjelaskan kos perubatan dan kos rawatan hospital selama sakit. Kos yang ditanggung termasuk pemeriksaan, wad, pembedahan, ubat, dan rawatan susulan. Insurans perubatan juga menawarkan bantuan sekiranya anda tak boleh bekerja selepas mengalami kecederaan atau penyakit.

Beza Insurans dengan Takaful

Takaful ialah pelan perlindungan yang berdasarkan prinsip syariah. Apabila menyertai takaful, anda perlu mencarum wang ke dalam dana takaful yang berbentuk tabarru atau caruman penyertaan. Anda juga dikehendaki memeterai kontrak akad untuk menjadi peserta dengan bersetuju saling membantu sekiranya salah satu peserta mengalami kerugian. Takaful am memiliki 3 jenis yaitu takaful motor, takaful kemalangan diri, dan takaful rumah.

Insurans dan takaful memiliki prinsip asas yang sama yaitu pemegang polisi atau peserta mesti memiliki kepentingan yang sah terhadap hayat atau harta yang diinsuranskan. Maknanya, anda akan menanggung kerugian kewangan apabila berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda atau hayat yang didaftarkan.

Anda dinasihatkan tidak membeli lebih dari satu pelan insurans kerana hanya satu tuntutan yang boleh dibuat sekiranya berlaku kerugian. Oleh sebab itu, anda dilarang mengambil keuntungan daripada takaful atau insurans am.
Di bawah pelan takaful, anda dapat menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful dengan nisbah yang telah dipersetujui jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun berkenaan.

Untuk mendaftar pelan takaful atau insurans anda boleh secara terus dari pengendali takaful atau syarikat insurans. Boleh juga dengan mendaftar melalui ejen berdaftar, broker berlesen, menerusi laman sesawang syarikat, atau institusi perbankan yang memiliki urusan dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.

Panduan Penting untuk Menyertai Takaful atau Membeli Polisi Insurans

Anda harus benar-benar memahami terma dan syarat, produk, had manfaat, dan pengecualiannya sebelum membeli pelan insurans atau takaful. Seterusnya iaitu memastikan premium insurans atau caruman takaful ialah berpatutan. Pastikan amaun perlindungan mencukupi dan sesuai keperluan anda.

Demikian penjelasan lengkap berkenaan apa itu insurans dan jenis-jenisnya. Pastikan faham perlindungan apa saja yang ditawarkan oleh polisi insurans tersebut, apa pun insurans yang anda sertai.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *