SAPS Ibu Bapa 2020 – Cara Semak Keputusan Peperiksaan Terkini Pelajar

By | 20 November 2020

SAPS ialah kependekan daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS Semakan Ibu Bapa sendiri iaitu sistem analisis yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan sama ada sekolah rendah maupun sekolah menengah.

Diperkenalkan sejak tahun 2011, SAPS bertujuan menyelaraskan dengan perkembangan teknologi terkini sekaligus memberi kemudahan bagi sektor pendidikan. Melalui sistem ini, ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan terkini pelajar secara atas talian.

Bagi guru mata pelajaran, SAPS digunakan untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas serta mengakses sistem. Ia juga memudahkan input markah peperiksaan mengikut maklumat sedia ada oleh guru kelas. Guru mata pelajaran pula menginput markah setiap kali selesai peperiksaan, sementara guru kelas membuat kerja input sebanyak sekali setahun.

Kegunaan SAPS Ibu Bapa

Tujuan dibinanya sistem ini ialah mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan kepada pihak sekolah daripada ibu bapa atau penjaga. Selain itu, SAPS juga boleh dijadikan sebagai penunjuk aras melalui analisis AR (Actual Result), ETR (Expected Target Result) dan TOV (Take Of Value) yang mudah diakses dalam sistem.

SAPS turut membantu ibu bapa supaya mereka dapat mengetahui dan memantau perkembangan prestasi anak atau jagaan, selain mendapati keputusan peperiksaan melalui atas talian dan muat turun slip keputusan.

Berpandukan slip keputusan peperiksaan, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat seperti:

  • Bilangan mata pelajaran daftar
  • Jumlah markah
  • Kedudukan dalam darjah
  • Jumlah hari kehadiran
  • Peratus gred purata dan keputusan pencapaian gred bagi semua mata pelajaran

Di samping kegunaan di atas, manfaat SAPS bagi ibu bapa sangat besar yaitu:

1. Memantau prestasi anak-anak

SAPS memberikan peluang bagi ibu bapa mengikuti perkembangan prestasi anak-anak mereka. Sebelum ini ramai orang tua langsung tak tahu bagaimana keadaan anak semasa di sekolah. Maklumat hanya diperolehi dari guru mata pelajaran pada hari permuafakatan.

Dengan SAPS, ibu bapa dapat mengikuti dan memantau prestasi anak. Mereka juga dapat berkomunikasi dengan guru sekiranya terdapat masalah pada anak. Hasilnya, pelajar yang bermasalah boleh dikesan dengan mudah dan diberi bantuan daripada ibu bapa dan guru untuk menyelesaikannya.

2. Mengawal Keputusan Peperiksaan

SAPS ibu bapa boleh digunakan bagi menyemak keputusan sekolah rendah hingga menengah, kecuali peperiksaan besar seperti UPSR, SPM, STPM, dan PT3. Sistem ini memungkinkan ibu bapa menganalisis nilai gred purata, gred setiap subjek, dan kedudukan pencapaian di darjah.

Sebelum adanya SAPS, pelajar mungkin boleh menyorokkan kertas hasil peperiksaan daripada diperiksa oleh ibu bapa. Akan tetapi, setelah adanya sistem ini, orang tua boleh melihat semua hasil peperiksaan dari semasa ke semasa. Adanya kawalan sebegini membuat anak-anak tidak dapat berselindung apabila keputusan peperiksaan mereka teruk. Sebaliknya dapat berbincang dengan ibu bapa dan guru bagi menyelesaikan permasalahan mereka.

3. Turut Sama Terlibat dalam Perkembangan Prestasi Anak

Ada masanya pelajar tidak memahami subjek yang diajarkan dalam kelas. Jadi, ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk belajar. Dengan bantuan SAPS, ibu bapa dapat mengenalpasti kemerosotan keputusan peperiksaan. Selanjutnya berbincang dengan anak atau jagaan dan guru bagi menentukan punca masalah tersebut dan menyelesaikannya.

4. Meningkatkan Kerjasama Ibu Bapa dan Guru

Dalam SAPS terdapat fungsi yang memungkinkan adanya komunikasi ibu bapa dan guru. Apabila terdapat masalah seperti salah letak markah, ibu bapa boleh notis ke guru mata pelajaran dari ruang komen yang disediakan. Guru pun boleh melihat dan ambil tindakan susulan selepas itu.

5. Menggalakkan Pelajar Bersungguh-sungguh

Pelajar akan belajar lebih giat apabila orang tua mengambil tahu dan selalu memperhati prestasi mereka di sekolah. Secara amnya anak-anak mau keputusan mereka cemerlang bagi memuaskan hati ibu bapa. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga harus memberikan motivasi, bukan tekanan kepada anak atau jagaan supaya mereka tetap belajar dengan selesa sekalipun selalu kena pantau.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Menerusi SAPS Ibu Bapa 2020

Untuk menyemak keputusan, ibu bapa hanya perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. Login

Ikuti tautan ini untuk masuk ke laman portal SAPS ibu bapa

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Apabila terdapat kesukaran mencapai portal, kemungkinan berlaku beberapa perkara berikut:

  • Capaian pengguna ke atas portal berkenaan terlalu tinggi pada masa yang sama sehingga melebihi had maksimum kapasiti kerja server.
  • Laman portal sedang dikemaskini atau diselaraskan untuk naik taraf dan penambahbaikan sistem.

Jika situasi tersebut berlaku, anda dimohon bersabar dan tangguhkan beberapa waktu untuk kemudian layari portal SAPS kembali.

Periksa kembali nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar apabila tidak berjaya mengakses SAPS. Apabila masih berlaku kesukaran, hubungi guru kelas berkenaan bagi memaklumkan masalah tersebut.

Selanjutnya guru kelas akan mengemaskini data pelajar melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) kemudian melaporkan kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah. Sekiranya terdapat kesilapan penulisan ejaan nama pelajar, ibu bapa juga disyorkan melakukan tindakan di atas.

2. Buat Semakan

  • Setelah berhasil masuk, langkah pertama anda kena buat ialah isi Carian Murid dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir, pastikan ianya betul. Kemudian, tekan butang Cari. Apabila nombor kad pengenalan atau sijil lahir dijumpai dalam pangkalan data, lanjutkan ke langkah berikutnya. Namun, apabila tidak dijumpai buat tindakan seperti pada butir di atas.
  • Langkah kedua, isi bahagian Carian Sekolah. Buat pilihan negeri dan daerah, kemudian klik butang Cari Di Sini. Senarai nama sekolah pelajar bagi negeri dan daerah yang dipilih akan dipaparkan. Tekan butang Semak, setelah pilih nama sekolah berkenaan.
  • Setelah itu, buat pilihan semakan keputusan anak atau jagaan. Pilih tahun dan jenis peperiksaan, lalu klik Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

Keputusan peperiksaan akan dipaparkan pada laman web berkenaan setelah anda memasukkan butiran dengan tepat dan lengkap. Keputusan boleh dicetak terus untuk keperluan dokumentasi.

Selain masalah nombor kad pengenalan atau sijil lahir tak dapat diakses, masalah yang mungkin berlaku iaitu gagal login. Kemungkinan kerana pengguna tersilap memasukkan ID atau kata laluan sebenar ataupun silap menaip huruf kecil/besar bagi kata laluan dan ID.

Untuk mengatasi masalah sebegini, anda boleh menghubungi helpdesk saps menerusi talian 03-83208061, pada hari kerja bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, kecuali cuti umum.

Sebagai tambahan maklumat, bagi sekolah rendah, SAPS hanya memberikan semakan Darjah 1 hingga Darjah 6. Sedangkan bagi Sekolah Menengah, hanya semakan bagi tingkatan 1 hingga 5 yang disediakan.

Bagi membolehkan lampiran slip keputusan dan pemarkahan dapat dipaparkan, sila pastikan peranti mudah alih atau komputer anda memiliki perisian PDF Reader. Jika tidak, sila muat turun pada peranti anda terlebih dahulu.

Daripada aplikasi yang sama, anda pun boleh menyemak rekod peperiksaan dan data pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya.

Bagi tahun 2020, KPM telah pun memberikan jadual tarikh input data peperiksaan dalaman untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang ada kena mengena dengannya. Jadual ini juga dapat diguna pakai oleh ibu bapa untuk tahu bila boleh buat semakan keputusan peperiksaan anak atau jagaan.

Setelah faham tujuan dan cara menggunakan SAPS ibu bapa, penting bagi semua orang tua untuk mahir memanfaatkan alat tersebut agar matlamat pengajaran di sekolah tercapai. Bagi siswa yang mempunyai keputusan peperiksaan cemerlang, tahniah diucapkan, sedangkan yang belum pula mesti disokong untuk terus mengulang kaji pelajaran dengan sungguh-sungguh.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *