Surat Beranak Hilang, Bagaimana Nak Uruskan?

By | 8 Agustus 2020

Surat beranak hilang boleh menyukarkan pengurusan pelbagai dokumen penting yang diperlukan oleh individu. Permohonan semula surat beranak juga boleh dibuat apabila surat hilang atau rekod kelahiran tak dapat dikesan. Dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran telah didaftarkan, anda boleh memohon semula ke mana-mana pejabat JPN di Semenanjung Malaysia.

Surat Beranak Hilang

Siapakah yang boleh mendaftarkan permohonan? Mereka ialah ibu atau bapa kanak-kanak yang kehilangan surat beranak, pemilik sijil kelahiran apabila mereka telah mempunyai kad pengenalan.

Pemohon harus datang ke kuanter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti borang JPN.LM01, salinan dan dokumen asal sijil kelahiran jika ada, Borang Maklumat Keluarga – BMK81, cabutan daftar sekolah, dan kad pengenalan pemilik sijil kelahiran jika ada. Apabila anda menguruskan surat beranak yang hilang terus ke JPN, tiada bayaran dikenakan.

Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Tak Sah Taraf

Anak tak sah taraf atau anak luar nikah boleh diletak bin nama bapa berdasarkan putusan Mahkamah Rayuan. Tetapi, ramai yang tak tahu macam mana buat surat beranak untuk anak tak sah taraf.

surat beranak hilang apa perlu buat

Menurut undang-undang, anak orang Islam yang lahir tak lebih daripada 6 bulan setelah tarikh pernikahan orang tuanya dibolehkan oleh Mahkamah Rayuan menggunakan bin nama bapa. Cara mendaftar surat beranak iaitu:

  1. Pendaftaran harus dilakukan dalam masa 60 hari selepas tarikh kelahiran. Pendaftaran dianggap lewat sekiranya dibuat lebih daripada masa itu. Pendaftaran lewat pula akan dikenakan denda yang dikira berdasarkan kes yang dialami pemohon.
  2. Kelahiran bayi boleh didaftarkan oleh ibu bapa bayi, orang yang tinggal satu rumah tempat bayi dilahirkan, orang yang menjaga bayi ataupun sesiapa yang menyaksikan kelahiran bayi tersebut.
  3. Ada beberapa dokumen penting yang harus dibawa oleh pemohon semasa memohon surat beranak. Dokumen yang perlu dibawa iaitu borang daftar kelahiran JPN.LM01 yang siap diisi, dokumen bayi salinan dan asal, dan borang pengesahan kelahiran dari hospital atau surat akuan doktor atau bidan untuk mereka yang bersalin selain di hospital.

Selain itu perlu dokumen Kad Pranatal (Buku Merah), Sijil Perkahwinan atau Perceraian Sijil Kematian ibu dan bapa bayi (jika berkaitan)Dokumen Ibu Bapa (salinan dan asal), kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa bayi, dan Dokumen Pemaklum / Wakil Ibu Bapa (Salinan Dan Asal).

  1. Apabila pendaftaran dilakukan dalam tempoh ditetapkan, maka tiada dikenakan bayaran.

Apabila ada kes surat beranak hilang, tak perlu membuat laporan polis bagi sebarang penggantian kehilangan tersebut. Perkara berkenaan telah diatur dalam dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September 2011. Aturan baru ini dibuat bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan.

Denda Bagi Kegagalan Daftar Kelahiran

Kegagalan daftar kelahiran anak dalam tempoh 60 hari boleh menyebabkan denda. Besarnya denda yang dikenakan kini telah pun meningkat daripada RM50 kepada RM1,000. Denda tersebut diubah berdasarkan adanya pindaan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Akta 299). Namun, keputusan itu hanya sah di Semenanjung Malaysia dan tak dikuatkuasakan di Sabah dan Serawak.

Pada masa yang sama, denda boleh dikurangkan atau diberi pelepasan bagi kes-kes tertentu. Ketiadaan sijil lahir atau surat beranak boleh mendatangkan masalah terkait pelbagai perkara lain. Contoh masalah yang boleh timbul ialah kelewatan atau kegagalan mendapatkan suntikan imunisasi dan vaksin pada 6 bulan pertama bayi selepas dilahirkan.

Kepemilikan surat beranak juga penting untuk memudahkan pengurusan dokumen pengenalan diri dan menghindarkan dari kecurian identiti di masa ini.

Surat Beranak untuk Warga Asing

Pendaftarkan kelahiran anak pada Jabatan Pendaftaran Negara harus dibuat oleh setiap warga asing yang melahirkan di Malaysia. Warga asing dari negara manapun dikehendaki mencatatkan kelahiran sebelum melaporkan kepada kedutaan negara masing-masing.

Kegagalan mendaftarkan kelahiran boleh menyebabkan kesukaran pada masa hadapan. Meskipun tarikh lahir telah lewat, ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka. Selepas mendaftar, mereka akan mendapatkan surat beranak bagi menguruskan perkara lain di kedutaan negara masing-masing.

Pemohon boleh mendaftar di mana-mana kaunter pejabat JPN di seluruh kerajaan selain mendapatkan khidmat bantuan dan memohon surat beranak. Pejabat JPN boleh didapati di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara dan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 9 malam termasuk pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, surat beranak yang dikeluarkan bagi warga asing bukan bermakna mereka ada kewarganegaraan Malaysia ataupun disahkan menjadi penduduk tetap. Taraf kewarganegaraan itu ditentukan oleh taraf kewarganegaraan ibu bapa semasa merekodkan kelahiran anak.

Sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh JPN hanya sebagai bukti bahwa yang berkenaan lahir di Malaysia untuk mempermudahkan urusan selepas itu. Apabila seorang warga asing berhasrat menjadi warganegara Malaysia, maka harus memenuhi persyaratan sebagaimana ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3.

Syarat amnya, mereka mestilah bermastautin di Malaysia selama tempoh tertentu, memahami pengetahuan dalam Bahasa Malaysia, serta berkelakuan baik. Tempoh bermastautin iaitu tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa 12 tahun sebelum tarikh permohonan dibuat.

Apabila surat beranak hilang, tidak wajar bagi ibu bapa untuk bertangguh membuatnya semula. Untuk mengelakkan kesukaran di masa hadapan, elok bersegera memohon surat beranak anak sebaik ia didapati hilang.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *