Cara Buat Tuntutan Pampasan Insurans Kemalangan Jalan Raya

By | 6 Mei 2024

Pampasan insurans kemalangan jalan raya boleh anda tuntut apabila berlaku kemalangan. Tuntutan yang boleh dibuat merangkumi tuntutan ganti rugi daripada insuran orang yang melanggar kereta atau daripada insuran orang yang melanggar anda.

Tuntutan Pampasan Insurans Kemalangan Jalan Raya

Isi Kandungan

Tuntutan Pampasan Insurans Kemalangan Jalan Raya yang Tak Boleh Dibuat di Mahkamah

Ada beberapa tuntutan yang tak boleh anda buat ialah tuntutan mahkamah di mana anda menyaman pihak yang menyebabkan kemalangan.

nilai pampasan insurans kemalangan jalan raya

Perkara ini biasanya berlaku jika pihak yang menyebabkan kerugian melampaui kemampuan insurans yang membiayainya. Contohnya liputan insurans pihak yang bersalah mungkin dapat membiayai kos pembaikan kereta anda tetapi kos rawatan perubatan tidak ditanggung jika mengalami kecederaan.

Jika dalam situasi ini, anda dan ahli keluarga boleh menuntut pihak tersebut ke mahkamah. Tuntutan di mahkamah pun ada batas, biasanya hakim tidak akan membenarkan anda buat tuntutan untuk segala perbelanjaan. Pendek kata, perkara-perkara yang tidak dapat dituntut sekiranya berlaku kemalangan ialah:

1. Kos Rawatan Selain Hospital Kerajaan

Apabila anda mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, kos rawatan boleh dituntut. Tetapi untuk rawatan di hospital swasta, mahkamah tidak akan memenangkan tuntutan anda, kecuali dengan alasan yang munasabah.

Oleh sebab itu, anda perlu mengemukakan sebab yang munasabah seperti hospital kerajaan tidak menyediakan rawatan yang anda perlukan, terdesak sehingga terpaksa buat rawatan segera ke hospital swasta, atau hospital kerajaan tiada fasiliti ataupun doktor pakar yang sesuai.

2. Kos Perubatan dengan Rawatan Tradisional

Sesetengah orang akan memilih rawatan tradisional sekiranya perubatan modern mereka rasa tidak sesuai.

👉 Baca Juga:  Perbandingan Membeli Insurans Motorsikal Online dan Offline

Juga baca artikel tentang: Cara Pembatalan Polisi Insurans dan Contoh Surat Pembatalan Insurans

Jika memilih berubat secara tradisional, anda tak dapat buat tuntutan ke mahkamah. Mengikut undang-undang, mahkamah tidak membenarkan tuntutan kepada perbelanjaan rawatan perubatan tradisional.

Apabila anda mendapatkan rawatan susulan dengan perubatan tradisional setelah pembedahan atau rawatan hospital, anda hanya akan menerima pampasan bagi rawatan hospital kerajaan sahaja. Meski begitu, mahkamah dapat mengabulkan tuntutan apabila ianya munasabah dan rawatan dilakukan setelah nasihat daripada pihak yang boleh dipercayai.

3. Hilang Punca Pendapatan Setelah Mencapai Umur Persaraan

Dalam kes kemalangan yang melibatkan seseorang yang mencapai umur bersara mengikut undang-undang. Dalam sesetengah situasi kemalangan, tidak hanya menyebabkan kecederaan, tetapi juga menyebabkan mangsa hilang upaya dan berhenti bekerja.

Juga baca artikel tentang: Kecemerlangan Medical Card Great Eastern

Mengikut Seksyen 28A(2)(c)(i) Akta Undang-undang Sivil, tuntutan atas kehilangan pendapatan bagi individu berumur 55 tahun ke atas tidak dibenarkan.

4. Kehilangan Pendapatan daripada Sumber Haram

Pendapatan daripada punca haram pun tak dapat dituntut sekiranya berlaku kemalangan misalnya perniagaan tak berlesen atau penjualan keping DVD cetak rompak. Anda mungkin akan berdepan kesukaran apabila mendapatkan kecederaan sehingga menjejaskan pendapatan.

5. Wang Ganti Rugi Semasa Anda Tak Sedarkan Diri

Kecederaan kerana kemalangan boleh mengakibatkan seseorang tak sedarkan diri. Tetapi mangsa hanya boleh menuntut kesakitan sekiranya dalam keadaan sedarkan diri. Dengan kata lain mahkamah hanya akan memberikan ganti rugi apabila mangsa merasakan kesaktiannya.

Perkara yang Perlu Dilakukan Saat Kemalangan Jalan Raya

tempoh pampasan insurans kemalangan jalan raya

Sesetengah orang tidak tahu apa yang perlu dilakukan agar mendapat pampasan insurans kemalangan jalan raya, sehingga mereka mengalami kesukaran membuat tuntutan. Sebagai langkah berjaga-jaga seeloknya anda mengetahui perkara yang wajib dilakukan.

👉 Baca Juga:  Kepentingan Insurans Kenderaan dan Jenis-jenis Polisi Insurans Kenderaan

1. Ambil Gambar

Di zaman kini, hampir semua orang telah menggunakan telefon pintar dan berkebolehan mengambil gambar. Sekiranya anda masih boleh bangun setelah kemalangan berlaku, pastikan ambil gambar kenderaan yang melanggar. Gambar yang perlu diambil termasuklah bahagian nombor plat kenderaan, tempat kejadian, kedudukan kereta anda, dan sisi kereta yang terlanggar.

Apabila anda cedera teruk, pesan kepada orang di sekeliling untuk mengambil gambar. Gambar ini penting untuk membantu siasatan dan buat tuntutan.

2. Ambil Nombor Telefon

Ambil nombor telefon orang yang mula-mula datang membantu semasa anda mengalami kemalangan. Terutama apabila individu berkenaan menyaksikan bagaimana kemalangan berlaku. Polis nanti akan memerlukan keterangan individu tersebut sebagai saksi bebas yang mungkin boleh membantu anda apabila kes sampai ke mahkamah.

pampasan

3. Terus Pergi Hospital

Bagi mangsa kemalangan yang cedera teruk, ambulan pasti akan membawa terus ke hospital. Tetapi, bagi yang cedera patah tangan atau masih boleh jalan selalunya menyinggah dan bertangguh untuk pergi ke hospital.

Juga baca artikel tentang: Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal

Sebaiknya anda perlu terus ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan. Sekiranya anda terlalu lama bertangguh dari masa buat report, boleh jadi pihak lain akan mengesyaki anda tercedera bukan sebab kemalangan. Meski harus membayar terlebih dahulu, lebih selamat daripada report anda nanti dipertikai.

4. Buat Report Polis

Sama ada anda mempunyai lesen atau tidak, setelah kemalangan berlaku sehingga tercedera, anda harus membuat report polis. Sekiranya anda terlantar di hospital dan tak dapat nak buat report, anda boleh buat selepas itu. Kecuali apabila kecederaan mengakibatkan kehilangan ingatan sementara, anda boleh wakilkan report kepada ahli keluarga.

👉 Baca Juga:  8 Senarai Syarikat Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Tak perlu risau yang anda tak ada lesen, hak buat tuntutan kecederaan masih dilindungi di bawah undang-undang meskipun tetap kena bayar saman karena tiada lesen.

5. Hubungi Syarikat Insurans

Hubungi syarikat insurans anda pada kadar segera untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang penting bagi membuat tuntutan. Apabila kemalangan disebabkan kecuaian pihak ketiga, anda boleh menuntut daripada insurans pihak ketiga yang bersangkutan, dan NCD anda tak akan terjejas langsung.

Terlalu lama bertangguh membuat report kemalangan boleh mengakibatkan tuntutan pampasan insurans kemalangan jalan raya ditolak. Hal ini wajar sebab kes kemalangan yang tak wujud tetapi direportkan demi mengaut keuntungan pun boleh berlaku.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *