5 Insurans Terbaik di Malaysia untuk Perlindungan Kesihatan

By | 30 Mei 2019

Insurans kesihatan sangat penting dalam pelan kewangan jangka panjang. Memilih jenis insurans kesihatan yang tepat, perlu mengikut keperluan masing-masing. Sekiranya Anda terdedah kepada risiko tinggi, Anda perlukan insurans dengan faedah terbaik untuk mengelakkan kesukaran kewangan keluarga sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

5 Insurans kesihatan terbaik di Malaysia

5 insurans kesihatan terbaik di Malaysia

Berikut ini insurans terbaik di Malaysia untuk insurans kesihatan. Anda dapat membuat pertimbangan dari kelebihan dan kekurangan insurans ini serta memilih pelan yang paling bersesuaian.

1. Manulife ManuHealth Elite

Pelan ini merangkumi perbelanjaan perubatan seperti sebelum dan selepas masuk wad. Juga kos pembedahan dan perkhidmatan bilik ICU. Anda pun boleh menerima faedah pesakit luar termasuk dialysis untuk buah pinggang, rawatan kemo untuk kanser, strok, dan demam denggi.

ManuHealth Elite ialah pelan perubatan persendirian yang diasaskan oleh Manulife. Perkara penting dalam insurans ini yaitu, bayaran balik kos bilik dan perbelanjaan perubatan lain seperti mana yang dicaj. Ada had tahunan tinggi hingga RM2.2 million. Insurans ini tiada had untuk mana-mana hospital serta ada faedah pembedahan sepanjang hayat. Pilihan boleh tolak fleksibel hingga RM5000. Syarikat insurans ini mempunyai cawangan lebih dari 100 hospital panel di seluruh negara. Dalam pelan insurans kesihatan ini, perlindungan boleh merangkumi ahli keluarga pasangan serta anak-anak.

Perlindungan insurans segera ini hanya tertakluk kepada pembedahan akibat kemalangan atau perkhidmatan perubatan. Perlindungan insurans bermula 30 hari sesudah polisi berkuat kuasa untuk sebab-sebab lainnya.

Perlukan masa menunggu lebih lama iaitu 120 sebelum faedah boleh diperoleh untuk penyakit seperti hernia dan darah tinggi.

2. Zurich MegaMed

Zurich MegaMed merupakan insurans yang menyediakan pelan pelaburan berkaitan perlindungan kewangan sempurna.Pelan ini berguna sekiranya terdapat kecemasan dalam perkara melibatkan kesihatan.

Terdapat 4 jenis yang berbeza dalam pelan insurans ini.

Anda boleh memilih mengikut keperluan dan kondisi bajet yang ada. Pelan insuranskesihatan ini boleh melindungi pemegang polisi ini berumur 100 tahun. Ciri-ciri penting insurans ini yaitu had perlindungan sehingga RM2,25 million. Insurans ini boleh digunakan di hospital tempatan dalam negara tanpa tunai.Selain itu, bantuan perubatan kecemasan juga boleh diperolehi ketika Anda pergi ke luar negara. Untuk pesakit luar seperti rawatan kanser, faedah dibayar balik sebagaimana dicaj.

Dengan membeli pelan insurans ini, Anda pun berpeluang mendapatkan rawatan pakar di hospital Singapura. Ada perlindungan tambahan bagi pesakit dengan penyakit berjangkit sehingga RM10,000.

Apabila pemegang polisi mengalami masalah kesihatan di luar kecederaan disebabkan kemalangan dalam masa 30 hari setelah polisi berkuat kuasa,ianya tidak akan memperolehi perlindungan insurans. Untuk beberapa penyakit khusus, Anda perlu menunggu sebelum insurans benar-benar sah selama 120 hari.Pelan insurans ini tidak dapat melindungi pembedahan kosmetik, penjagaan gigi, dan kemasukan ke wad untuk membantu siasatan, serta penyakit yang telah dihidapi pemegang insurans sebelum pembelian polisi.

3. AIA A-Plus Med

AIA A-Plus Med adalah pelan terbaik untuk Anda apabila memerlukan perlindungan komprehensif sepanjang masa untuk kesihatan.

Perlindungan boleh diberikan sehingga pemegang polisi berumur 100 tahun. Perlindungan yang diberikan berupa kos wad serta kos pembedahan. Pelan insurans ini memberikan had tahunan yang sentiasa meningkat. Oleh sebab itu, Anda tidak perlu risau tentang perlindungan kesihatan.

Ciri-ciri pelan insurans kesihatan ini ialah had tahunan akan meningkat berterusan hingga 20 tahun sebanyak 5% setiap 2 tahun. Sekiranya kos wad ialah RM150 atau lebih, tiada caj seumur hidup. Kebijakan ini tertakluk kepada had tahunan pada pelan keseluruhan untuk insurans ini. Terdapat sifar insurans bersama dan pilihan untuk perlindungan pasangan dan anak pada pelan yang sama.

Ada 7 pelan berbeza untuk setiap jenis pelan bagi perlindungan kesihatan dengan bajet dan keperluan berbeza pula. Anda perlu mengingat satu perkara yaitu had tahunan hanya meningkat bermula sejak tahun ketiga selepas polisi berkuatkuasa.

Had tahunan meningkat apabila Anda tidak membuat sebarang tuntutan atau tuntutan dalam 2 tahun lepas belum mencecah RM2,000. Faedah perlindungan di seluruh dunia dapat diperolehi tertakluk kepada tempoh perlindungan yang dapat mencapai 90 hari.Faedah perlindungan ini boleh diperolehi sekiranya Anda berada di luar Singapura, Malaysia, dan Brunei Darussalam.

4. Allianz MediSafe Infinite

Pelan perlindungan MediSafe Infinite dari Allianz Insurance ialah perlindungan untuk rawatan alternatif yang menawarkan pilihan bagi pengalaman tersendiri.Sekiranya Anda mengambil pandangan perubatan kali kedua bagi pengesahan hasil diagnosis doctor Anda akan mendapatkan bayaran balik.Pelan perlindungan ini tiada had keseluruhan sepanjang hayat. Terdapat had tahunan bernilai mencecah RM1,5 million. Proses pendokumentasian di hospital panel berjalan lancar.

Untuk mendapatkan pelan ini, paling lambat pemohon berusia 70 tahun.Pelan ini memberikan perkhidmatan yang ditawarkan setiap 3 tahun dan diskaun 10% untuk bilik hospital. Perlindungan juga merangkumi rawatan alternatif termasuk akupuntur, osteopati, homeopati dan lain-lain.

Perkara yang perlu diingat ialah perkhidmatan di hospital dan diskaun bilik hanya sah apabila selama 3 tahun Anda tidak mengajukan sebarang tuntutan. Perlindungan untuk rawatan alternatif pula hanya sah sebagai rawatan setelah keluar dari wad sehari sekali. Perlindungan seumur hidup tidak tersedia dan kosperubatan hanya akan diberikan hingga pemegang polis berusaia 91 tahun.

5. AXA AffineMedic

AXA Affin e Medic memberikan pelan perlindungan kesihatan sehingga berumur 81 tahun. Pelan ini unik kerana merupakan kad kesihatan atas talian pertama di Malaysia.Produk insurans ini merupakan satu produk yang inovatif dan mampu milik untuk golongan muda. Ciri pelan insurans ini ialah perlindungan tahunan hingga RM100,000. Pelan ini mudah dan menjimatkan masa karena dapat dipohon secara atas talian.Harga premium sebulan hanya serendah RM37. Anda mempunyai kebebasan untuk tidak memilih atau memilih penolakan bayaran daripada jumlah keseluruhan yang ada.

Pelan ini memberikan kemudahan transaksi tanpa tunai untuk kemasukan di hospital panel. Perlindungan mampu diperolehi dan had seumur hidup tidak diberikan oleh individu berumur seawal 15 hari. Untuk rawatan luar negara hanya dapat diperolehi oleh warga negara Malaysia sahaja. Bagi penyakit khusus, perlu tempoh menunggu sehingga 120 hari sebelum insurans diaktifkan sepenuhnya.

Pertimbangan untuk Memilih Pelan Kesihatan Insurans Terbaik di Malaysia

Memilih pelan perlindungan kesihatan bukan perkara mudah memandangkan ketika ini ramai syarikat insurans menawarkan pelan yang nampak menguntungkan.Untuk memilih medical card, ikut berdasarkan risiko sebenar Anda sekeluarga. Ejen insurans akan memberikan tawaran mengikut standard pelan syarikat, tetapi bukan bermakna Anda tak boleh buat mengikut keperluan. Apabila Anda jumpa ejen, cakap jenis cover apa yang Anda nak. Kalau ejen syorkan pelan yang tak kena dengan risiko Anda, Anda boleh tolak tepi.

Untuk dapatkan pelan insurans kesihatan atau medical card terbaik, Anda disyorkan mengikuti pertimbangan berikut.

1.Harga Wad Sesuai dengan Tempat

Harga wad mesti bersesuaian dengan kadar harga wad hospital di area mana Anda tinggal. Jika Anda memilih wad berharga murah, sememangnya Anda hanya boleh masuk hospital yang lebih murah dengan kualiti rawatan perubatan lebih rendah. Contohnya, untuk sekitar Lembah Klang, harga wad yang sesuai ialah RM250. Kalau Anda ambil harga wad RM150, maka kena bayar ekstra RM100 sehari. Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ, Anda boleh dapatkan bilik single biasa, bukan bilik premium.

2. Harga Wad Tahan Inflasi

Mengambil contoh pada poin sebelumnya, apabila bila sekarang Anda mengambil RM250 boleh dapat bilik single, bayangkan untuk 10 atau 20 tahun yang akan datang. Agak-agak dengan harga sama Anda boleh duduk bilik macam mana. Jangan sampai Anda top up bayar ekstra lebih daripada jumlah bayaran Takaful. Apabila perkara ini berlaku, tak guna Anda membuat bayaran insurans bulan-bulan.

3. Had Tahunan Mencukupi

Jangan mengambil cover yang terlampau murah atau di bawah harga. Sedikit lebih mahal lebih baik asalkan dapat cover kemasukan hospital sehingga 10 tahun akan datang atau lebih. Medical card tahan lama memang bayarannya mahal, akan tetapi ini lebih berbaloi untuk perlindungan Anda dan keluarga di masa hadapan. Had tahunan yang terlalu rendah boleh mendedahkan Anda kepada risiko diberhentikan rawatan atau terpaksa membayar ekstra untuk kos yang melebihi had. Perkara ini sememangnya akan menyusahkan Anda dan ahli keluarga apabila berlaku.

4. Had Seumur Hidup Cukup Besar

Apabila Anda mengambil had tahunan RM100,000 tetapi had seumur hidup RM300,000 ini bermakna seolah Anda hanya akan gunakan selama 3 tahun apabila terkena musibah. Had tahunan lebih penting daripada had seumur hidup.

Contohnya apabila Anda mengambil pelan medical card yang cover RM500,000 untuk had seumur hidup dengan had tahunan RM50,000, Anda boleh terdedah risiko diberhentikan rawatan apabila had tahunan habis walaupun had seumur hidup masih ada baki RM450,000 lagi. Ini terpaksa dilakukan apabila had tahunan Anda sudah habis. Maka, elok perhati baik-baik untuk dapatkan pelan yang tak merugikan Anda.

5. Harga Carumanyang Paling Sesuai

Pertimbangan terakhir ialah caruman. Semak polisi insurans yang ditawarkan kepada Anda.Apa saja cover yang diberikan, sama ada termasuk cover kemalangan diri, sakit kritikal, kecacatan kekal, masuk wad hospital, ataupun kematian. Semua jenis cover tak sama, maka harganya pun berbeza.

Jadi, ketika menerima polisi takaful atau insurans, baca dan faham apa yang boleh cover. Selepas itu, nilai balik apabila berlaku musibah atau kemalangan apakah polisi itu boleh selesaikan masalah sebenar ataupun tidak. Apabila cover yang ditawarkan tak dapat selesai masalah sebenar, fikirkan cover lain yang sekiranya lebih sesuai untuk menutup risiko Anda. Sesudah mendapatkan pilihan terbaik, jumpai ejen untuk bagi quotion.

Kesimpulannya, insurans terbaik di Malaysia yang memberikan cover insurans kesihatan tidaklah mutlak. Semuanya bergantung kepada risiko dan keperluan Anda dan keluarga yang mana tujuan akhir dari polisi insurans ialah mengelakkan kerugian dan membantu meringankan masalah kewangan di masa hadapan apabila perkara yang tak diingini berlaku. Anda disyorkan menyemak polisi insurans atau takaful dengan cermat sebelum membuat sebarang pilihan. Semua itu supaya Anda tidak salah memilih insurans kesihatan yang benar-benar mampu selesaikan masalah yang mungkin terjadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *