Cara Tracking Penghantaran Barang Pos Malaysia dan J&T Express

By | 12 Juli 2020

Ketika ini, perniagaan online semakin maju. Semakin ramai pula yang buat penghantaran menggunakan pos atau courier. Dalam menghantar barang ada masa yang diperlukan daripada alamat asal sehingga sampai ke tujuan. Bagi mengelakkan barangan hilang ataupun sukar dikesan, setiap syarikat courier memberikan kemudahan tracking penghantaran barang (shipment track and trace).

Tracking penghantaran atau shipment boleh dibuat melalui dalam talian. Kedudukan terkini barang anda yang dihantar dengan khidmat syarikat penghantaran tempatan ataupun antarabangsa seperti Pos Malaysia, Pos Laju, Gdex, J&T, TNT, DHL, UPS, Nationwide, Skynet, atau FedEx boleh dikesan dengan pantas dari internet.

Cek perlu dibuat berdasarkan tracking number sehingga anda boleh menjejaki status dan kedudukan kiriman saat ini. Ada beberapa kaidah tracking yang dapat anda lakukan, semuanya bergantung courier yang anda pilih. Misalnya J&T Express ataupun Pos Malaysia.

Pos dan Tracking dengan Pos Malaysia

Apabila anda menggunakan perkhidmatan pos, anda dapat mengetahui status dan kedudukan barang melalui track and trace online, SMS, atau aplikasi mudah alih. Semakan online sangat sesuai bagi pelanggan yang berjauhan dengan pejabat pos sehingga dapat mengetahui sama ada barang selamat sampai atau belum. Cara tracking yang dapat dibuat yaitu:

1. Track and Trace My Parcel

Ambil nombor tracking dari resi yang diberikan oleh staf pejabat pos. Kemudian layari track my parcel atau masuk ke pautan ini track.pos.com.my/postal-services/quick-access/track-trace Masukkan nombor tracking tanpa jarak, klik butang Track/Track Your Item, dan lihat status penghantaran.

2. Aplikasi Pos Malaysia

Muat turun aplikasi Pos Malaysia di telefon pintar anda. Pada ruangan yang disediakan, masukkan nombor tracking kurier. Klik butang Carian untuk mendapatkan maklumat status atau kedudukan barang anda.

3. Semak Tracking dari SMS

Apabila menghantar barang menggunakan perkidmatan Pos Laju, anda boleh cek dengan pesanan ringkas atau SMS. Caranya, taip PL <jarak> nombor tracking, hantar ke 33333. Anda akan dikenakan caj sebanyak 50 sen.

4. Ask Pos

Masuk ke laman Ask Pos di https://www.pos.com.my/#AskPos, taip mesej di ruangan chat dan pilihlah Track and Trace. Pegawai pekhidmatan pelanggan akan membantu mengesan status penghantaran barang anda. Waktu operasi layanan ini hanya Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi sampai 5.30 petang.

Pos Barang dengan J&T Express

J&T Express ialah satu syarikat perkhidmatan penghantaran barang yang banyak digunakan kerana servisnya cukup pantas. Syarikat ini membuka servis di beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Kamboja, dan Filipina. Syarikat ini beroperasi setiap hari dan mempunyai layanan penghantaran barang dalam tempoh sehari bagi lokasi tertentu.

Cara menggunakan perkhidmatan J&T sangatlah mudah. Sampai sahaja di pejabat, terus pergi ke kaunter apabila tidak ramai pelanggan. Staff akan ambil maklumat daripada anda kemudian masuk ke dalam sistem. Setelah itu, staff akan beri resit yang di dalamnya ada tracking number. Dengan tracking number ini, anda boleh cek kedudukan barangan bila-bila masa melalui laman web rasmi J&T.

Tip Memilih Syarikat Penghantaran Terbaik

Ada banyak syarikat penghantaran di Malaysia. Semua sememangnya menawarkan layanan yang baik, pantas, mudah, dan jimat. Sebab yang demikian, anda pun tercari-cari mana satu yang paling tepat. Jadi, pilihlah ikut tip di bawah ini.

1. Dekat

Tempat yang dekat dengan rumah atau pejabat anda boleh menjimatkan masa dan kos minyak. Kadangkala anda hanya nampak sahaja kos penghantaran, tetapi sebenarnya masa dan minyak kereta atau transportasi pun kena kira juga. Apalagi jika anda kerap menghantar barang.

2. Cari Courier yang Banyak Cawangan

Syarikat penghantaran yang memiliki banyak cawangan membuat layanan menghantar barang lebih kerap dan pantas. Kawasan jangkauan pun lebih banyak hinggakan masuk ke felda dan kampung terpencil sekalipun. Apabila banyak cawangan berhampiran, pelanggan pun mudah mengambil barang apabila gagal dihantar terus ke rumah.

3. Pilih yang Boleh Pick Up

Kebanyakan syarikat courier menawarkan servis pick up terus ke rumah atau pejabat, terutama jika barang yang akan dihantar sangat banyak. Selalunya syarat minimum pic up barang ialah lebih dari 3 atau 4 barang untuk dihantar dan ada caj tambahan.

4. Pilih Ejen yang Sediakan Pelbagai Pilihan Courier

Sekarang ada banyak ejen atau kedai yang menyediakan layanan courier dari berbagai syarikat. Anda boleh pilih courier mana yang paling sesuai setelah buat perbandingan masa penghantaran dan harga.

5. Pilih Courier yang Akan Bagi Makluman Sebelum Penghantaran

Kriteria ini jadi pilihan ramai. Kebaikannya, pelanggan tak perlu setiap hari menunggu posmen datang hantar. Ada juga yang risau apabila pergi keluar takut terlepas posmen pula. Apabila sudah ada makluman melalui telefon lebih awal, penerima barang boleh bersiap di rumah dan mengelakkan barang dihantar semula ke pejabat courier.

Selain daripada itu, anda perlu melakukan perkara di bawah ini supaya boleh menggunakan perkhidmatan courier lebih maksimal:

1. Buat Akaun Resmi Courier

Sesetengah orang tak nak buka akaun rasmi courier, akibatnya kena sanggup beratur panjang untuk hantar barang. Padahal buka akaun rasmi banyak kebaikannya, anda boleh dapat diskaun dan harga lebih murah berbanding harga pada kaunter. Servis pick up selalunya juga disediakan untuk ahli. Tambahan pula boleh dapat bungkusan percuma dan runding harga.

2. Gunakan Lebih dari Satu Courier

Bergantung pada satu courier boleh menjejaskan bisnes anda di masa hadapan. Sebab mereka boleh naikkan harga pada bila-bila masa sehingga kos kita pun turut naik. Kualiti servis juga selalunya turun naik mengikut masa dan berbeza antara satu negeri dengan yang lain. Jadi, gunakan perkhidmatan dua atau tiga courier mengikut keperluan semasa.

Syarikat courier baru selalu bertambah dari masa ke masa. Mereka akan merebut hati pelanggan dengan harga dan servis yang menarik. Pastikan anda memilih courier yang tepat dan menyediakan perkhidmatan tracking penghantaran barang yang mudah dibuat.

Semakan Menggunakan Tracking Number

Untuk membuat semakan, anda hanya perlu masukkan no tracking (iaitu nombor yang tertera pada consignment note) ke dalam kotak input dan kemudian klik butang ‘TRACK’.



Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *