Cara Membuat Permohonan i-Lestari KWSP dan Tarikh Pengeluaran Simpanan

By | 13 Maret 2024

i-Lestari ialah kebijakan kerajaan yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP mereka. Program ini memudahkan pengguna membuat permohonan pengeluaran dan menyemak status.

Bagi menjalankan urusan sebelum ini, pencarum perlu mempunyai i-akaun KWSP, tetapi kini boleh dibuat menerusi iLestari dengan lebih mudah.

Kemudahan ini diwujudkan bahagi membantu rakyat dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana pada masa ini mereka tidak dibenarkan keluar dan berurusan di pejabat KWSP. Disebabkan keadaan demikian, kerajaan membuat inisiatif pengurusan secara atas talian.

Wujudnya i-Lestari juga dibuat untuk membantu golongan yang terjejas disebabkan wabak Covid-19. Pencarum boleh membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, bergantung kepada baki di dalam akaun 2 KWSP.

Isi Kandungan

Siapakah yang Boleh Memohon?

Setiap warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur di bawah 55 tahun layak memohon i-Lestari. Mereka juga semestinya mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP. Untuk bukan warganegara akan dibuka fasa 2 pada masa yang belum ditentukan.

Ahli yang sudah lama tidak bekerja juga dapat memohon sekiranya memenuhi syarat dan masih ada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP. Apabila memohon saat berusia 54 tahun dan diluluskan, ahli akan menerima pengeluaran wang sehingga usia 55 tahun dan dihentikan selepas itu. Anda juga masih layak memohon walaupun ramai ahli keluarga telah mengajukan permohonan yang sama.

Tarikh Pengeluaran dan Amaun yang Boleh Dipohon

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul menyatakan pihak kerajaan telah meluluskan lebih dari 4 juta permohonan melibatkan dana bernilai RM1.9 bilion untuk disalurkan.

Menurut Menteri Kewangan, setakat 31 Mei 2020, 4 juta permohonan telah diluluskan melibatkan dana bernilai RM1.9 bilion untuk dikeluarkan dan akan disalurkan. Amaun yang dipohon akan disalurkan melalui pindahan elektronik setiap bulan secara berperingkat.

👉 Baca Juga:  SPLKPM Login: Panduan Masuk untuk Buat Kursus Modul Individu

Jumlah yang diluluskan tertakluk kepada baki simpanan yang ada. Sekiranya lebih rendah dari jumlah yang dipohon, pada bulan seterusnya pengeluaran akan dikurangkan. Apabila permohonan diluluskan, pengeluaran bulanan tidak dapat diubah jumlahnya. Minimum amaun yang layak disalurkan ialah sebesar RM50 dan maksimum RM500.

Pengeluaran i-Lestari ini dihadkan hanya RM500 sahaja untuk membolehkan menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas pada bulan berkenaan selama tempoh pandemik Covid-19.

Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 dan sebelum atau pada 31 Mac 2021 mesti diterima oleh KWSP.

Pembayaran pengeluaran akaun sebanyak RM500 sebulan dimulai pada 4 Mei bersamaan dengan BPN fasa 2. Selanjutnya, pembayaran kedua masuk awal Jun.

Cara Membuat Permohonan i-Lestari

Anda boleh memohon dengan cara layari laman sesawang https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php apabila anda belum membuat permohonan. Membuat permohonan cukup sekali saja dan boleh dibuat bila-bila masa sehingga bulan Mac 2021, tetapi had pengeluaran hanya sehingga April 2021.

Semasa buat permohonan, masukkan butiran maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan. Anda juga harus mempunyai akaun bank atas nama sendiri bagi memudahkan KWSP memasukkan terus pengeluaran kepada anda.

Nombor telefon aktif juga diperlukan untuk membantu anda mengesahkan identity, terutamanya apabila terlupa maklumat peribadi anda.

i-Lestari membolehkan pencarum mengeluarkan kredit tanpa i-Akaun.

Menggunakan i-Lestari, anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP.

Untuk buat permohonan, isikan juga alamat e-mel, alamat lengkap. Kemudian masukkan amaun yang dipohon.

Pilih bank anda, masukkan nombor akaun bank simpanan atau semasa yang masih aktif. Periksa semula semua butiran maklumat yang telah anda masukkan, lalu checklist pada bahagian persetujuan dan pernyataan saya bukan robot. Lepas itu, tekan hantar.

👉 Baca Juga:  Cara Tracking Penghantaran Barang Pos Malaysia dan J&T Express

Untuk ahli disarankan melalui dalam talian untuk mempercepatkan proses kelulusan. Sebab permohonan secara manual melalui e-mel dan pos akan mengambil masa lebih lama. Sedangkan untuk ahli yang bukan warganegara Malaysia permohonan hanya boleh dibuat selain dalam talian sahaja.

Cara daftar i-akaun KWSP

Jika memiliki i-akaun proses e-pengeluaran boleh dibuat lebih cepat. Secara ringkasnya, cara daftar i-akaun KWSP yaitu:

  1. Datang ke mana-mana pejabat, cawangan, atau kios KWSP berhampiran.
  2. Masuk ke laman web www.kwsp.gov.my. Tekan ikon Log Masuk dan gunakan ID beserta kata laluan yang anda terima melalui SMS.
  3. Jika setuju, pilih ID pengguna, kata laluan, dan frasa rahsia anda.
  4. Setelah selesai diaktifkan, akan tampil notifikasi berjaya pada skrin anda.
  5. Log masuk menggunakan maklumat akaun anda yang baru.

Selepas itu, anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

Bagi yang belum membuka akaun KWSP sebelum tempoh PKP, tidak dapat melakukan perkara tersebut dalam talian kerana semua cawangan pejabat dan kios pelanggan KWSP ditutup. Ini mengakibatkan anda tak boleh memohon ID pendaftaran secara online.

Sekiranya tidak mempunyai akaun dalam talian, layari ilestari.kwsp.gov.my dan pohon secara langsung.

Ahli KWSP dapat membuat permohonan secara atas talian, melalui e-mel kepada [email protected]. Boleh juga melalui pos berdaftar ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya.

Untuk pendaftaran menerusi emel, anda perlu membuka laman web tersebut dan muat turun borang permohonan. Setelah diisi, hantar borang menerusi emel rasmi KWSP iaitu [email protected]. Warga asing yang terdaftar sebagai ahli KWSP hanya boleh memohon program ini melalui pos sahaja.

Pendaftaran akan terus dibuka sehingga bulan Mei 2021. Bagaimanapun, sesiapa yang terlewat menghantar borang boleh menerima wang pada bulan berikutnya. Permohonan juga tak akan diundur tarikh. Contohnya, apabila anda memohon pada bulan Julai 2020, maka pengeluaran simpanan akan bermula Ogos 2020 dan berakhir Mei 2021.

👉 Baca Juga:  Cara Tracking Penghantaran Barang Pos Malaysia dan J&T Express

Semak Status i-Lestari Online

Anda boleh semak status permohonan pengeluaran Akaun 2 KWSP melalui laman https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php setelah buat permohonan. Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan yang telah anda daftarkan. Semak status ini boleh dibuat 2 hari selepas permohonan dihantar secara atas talian. Semakan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi KWSP.

Sekiranya keadaan kewangan anda cukup baik, tawaran ini tak perlu diambil. Namun, apabila benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan asas, bolehlah turut memohon. Semuanya terpulang pada keperluan anda sendiri, tetapi jangan pula merasa sedih kerana simpanan KWSP anda berkurang.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh hantar e-mel ke [email protected] atau hubungi talian tetap KWSP di 03-8922 6000.

Perubahan Tarikh Penbayaran Mac dan April 2021

KWSP telah mengumumkan perubahan tarikh pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac dan April kerana adanya perubahan syarat dan kriteria i-Sinar yang telah dimansuhkan.

Kebiasaannya, pembayaran akan dibuat pada awal bulan, tetapi untuk bulan Mac dan April dijadualkan lebih awal.

Mengikut jadual, pembayaran akan dibuat pada 1-10 Mac 2021, tetapi akan diawalkan pada 19 Februari 2021. Bermakna, pada bulan Februari Anda akan menerima dua kali pembayaran iaitu pembayaran bulan Februari dan Mac. Sementarai itu, untuk bulan April, pembayaran dijangkakan akan diawalkan kepada tarikh 19 Mac 2021.

Permohonan boleh dibuat menerusi i-Akaun online sahaja berikutan tempoh PKP yang masih berjalan.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *