Harga Insurans Kereta 3rd Party Termurah di Malaysia

By | 19 Oktober 2019

Ada 3 jenis insurans kereta di Malaysia yaitu insurans 1st party atau komprehensif, 3rd party, dan 3rd party kecurian dan kebakaran. Ketiganya mempunyai perbezaan dari bentuk perlindungan hingga harga insurans kereta 3rd party dan 1st party, serta 3rd party kecurian dan kebakaran.

Harga Insurans Kereta 3rd Party Termurah di Malaysia

Insurans 3rd party ialah insurans yang hanya memberikan perlindungan kepada pihak ketiga iaitu orang lain yang terlibat kemalangan disebabkan kenderaan anda. Contohnya, apabila kereta anda melanggar seorang pejalan kaki, mangsa boleh buat claim body insuran dan naik mahkamah. Kos guaman dan tuntutan akan dibayar oleh insurans. Kes lainnya yang mungkin berlaku iaitu apabila anda terlanggar kereta lain sehingga rosak, insurans anda yang akan cover.

Insurans ini adalah insurans paling asas yang mesti dimiliki oleh kenderaan bermotor di Malaysia dan selalunya untuk kereta berumur 15 tahun dan ke atas atau kereta berharga murah.

Harga insurans kereta 3rd party selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan insuran kereta yang lain. Tetapi, kereta lama biasanya lebih terdedah kepada kemalangan sehingga untuk jangka panjang harganya menjadi lebih mahal.

Pihak ketiga yang dilindungi dalam insurans ini iaitu pejalan kaki, kenderaan, pemandu lain, sehingga pemilik bangunan yang mungkin terlibat kemalangan diakibatkan kereta anda. Apabila terjadi kerosakan pada kenderaan anda, insurans tak akan cover.

Meskipun murah, membeli insurans 3rd party selalunya tak mudah. Syarikat insurans selalunya susah menilai kereta lama bagi menentukan harga premium yang harus dibayar. Apabila mempertimbangkan insurans 3rd party, anda akan menanggung kos premium load.

Baca juga:

Premium load ialah jumlah ekstra yang perlu ditambah kepada keseluruhan jumlah premium untuk menanggung risiko tinggi.

Faktor yang Menentukan Harga Insurans 3rd Party

harga insurans kereta 3rd party 2019

Harga insurans asas ditentukan oleh lokasi, nilai total yang diinsuranskan, dan kapasiti enjin kereta. Dari lokasi, ada perbezaan harga sama ada kereta berada di Semenanjung atau Sabah dan Serawak. Sedangkan nilai yang diinsuranskan yaitu jenis insuran apa yang anda pilih dan cover yang dikehendaki. Nilai yang diinsuranskan harus sesuai dengan harga pasaran kereta semasa.

Terakhir, kapasiti enjin kereta anda. Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal pula harga insurans yang perlu dibayar.

Selain daripada itu, terdapat diskaun tiada tuntutan yang boleh mengurangkan premium yang perlu dibayar setiap tahun. Diskaun ini diberikan apabila anda tidak membuat tuntutan kepada pihak insurans pada tahun berkenaan. Nilai diskaun yang diberikan boleh mencecah maksimum 50 peratus.

Ada faktor lain yang dikenal sebagai loading, yang dapat menaikkan harga premium. Faktor ini meningkatkan risiko berlakunya kemalangan, sehingga harga premium pun lebih mahal. Loading meliputi umur pemandu, di bawah 26 tahun dan di atas 69 tahun, umur kereta di atas 10 tahun, kekerapan membuat tuntutan, kereta terpakai, kereta sport berharga tinggi, dan kereta yang berisiko tercuri.

Baca artikel lainnya:

Selain daripada insuran asas, ada insuran tambahan yang boleh anda mohon untuk memberikan perlindungan lebih. Insuran ini boleh diambil semasa anda membeli insuran ataupun selepas melakukan pembaharuan di tahun berikutnya.

Berikut ini insuran tambahan yang selalunya ditawarkan oleh syarikat insurans apabila anda mengambil insurans asas.

  • Insurans cermin kereta, apabila berlaku kerosakan pada cermin kereta anda, insurans akan cover tanpa menjejaskan diskaun tiada tuntutan anda.
  • Insurans aksesori dan audio. Apabila perangkat audio dan aksesori anda rosak atau hilang, insurans akan cover dengan insuran tambahan ini.
  • Insurans kerosakan yang diakibatkan banjir, tanah runtuh, dan gempa bumi.
  • Insuran kompensasi semasa kereta anda sedang dibaiki.

Cara Buat Claim Insuran 3rd Party

harga insuran kereta 3rd party

Bila insuran kereta 3rd party boleh dibuat? Claim insuran 3rd boleh dibuat apabila anda terlibat kemalangan sehingga kereta rosak disebabkan kesilapan pihak ketiga. Insuran pihak ketiga setidaknya akan menanggung kecederaan fizikal atau kematian dan kerosakan kereta atau bangunan kerana kemalangan.

Claim insuran kerana kesalahan pihak ketiga tak akan menjejaskan diskaun tiada tuntutan (NCD) anda. Sebagai pemegang polisi insuran 3rd party, anda memiliki hak perlindungan yang harus dipenuhi oleh pihak insurans. Untuk menjadikan anda faham, cuba rujuk contoh kes berikut.

Kes 1, kemalangan kerana kelalaian anda

Contohnya anda terlanggar kenderaan orang lain dan menyebabkan ianya tercalar atau kemek. Dalam kes ini, insuran 3rd parti boleh diklaim oleh pemilik kenderaan. Bergantung pada polisi insuran yang mereka miliki, mereka boleh buat tuntutan melalui syarikat insuran mereka atau terus ke syarikat insuran anda.

Anda dikehendaki mengisi report polis dan melaporkan berkenaan kemalangan yang berlaku. Setelah itu insuran anda yang akan membayar kepada mangsa kemalangan diakibatkan kesilapan anda. Sedangkan kerosakan kenderaan anda sendiri tidak akan dilindungi oleh insuran.

Kes 2, kemalangan bukan disebabkan kesalahan anda

Contohnya, anda melintas jalan dengan kereta, lalu kereta lain melanggar anda dari belakang kerana masalah brek. Akibatnya kereta anda rosak dan anda pun tercedera.

Sama dengan kes pertama, anda pun perlu merekodkan kemalangan kepada balai polis berhampiran dalam masa 24 jam setelah kemalangan berlaku. Bagaimanapun, sebagai pemegang insuran 3rd party, anda tak boleh menuntut insuran daripada syarikat insuran anda. Sebaliknya, anda perlu menuntut daripada insuran kereta yang melanggar anda.

harga insurans kereta 3rd party 2018

Disebabkan anda tidak melanggan insuran komprehensif, tuntutan hanya boleh dibuat kepada syarikat insuran kereta yang melanggar. Ada sesetengah syarikat insuran yang boleh teruskan tuntutan kepada syarikat insuran berkenaan untuk membantu anda. Hal ini, anda perlu merujuk semula kepada terma dan syarat syarikat insuran anda.

Semasa membuat tuntutan, anda harus membawa beberapa dokumen seperti salinan asal report polis yang anda buat, report polis yang dikeluarkan oleh balai polis, dan salinan geran kenderaan. Bawa juga salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, salinan kad pendaftaran kenderaan, bil baik pulih kereta daripada bengkel panel, gambar kerosakan kereta sebelum dibaiki.

Insuran kereta 3rd party sememangnya ialah insuran asas yang harus dimiliki oleh pemilik kenderaan di Malaysia untuk membolehkan ia dikendarai di lebuh raya. Harga insurans kereta 3rd party lebih murah daripada insurans komprehensif dan insurans 3rd party beserta kecurian dan kemalangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *