Cermin Kereta Pecah, Apa Kita Kena Buat?

By | 17 November 2024

Bayangkan pada satu masa anda tengah seronok memandu, tiba-tiba sebuah batu melantun mengenai cermin hadapan, belakang, atau sisi kereta anda. Disebabkan itu, cermin kereta retak teruk. Apa kena buat?

Dalam kes ini, anda perlu bertenang, berhentikan kereta ke tepi. Carilah punca dari mana batu boleh melantun ke cermin kereta anda. Contoh kes yang ramai orang pernah alami ialah disebabkan oleh pemotong rumput di tepi jalan. Apabila anda mengalami kes yang sama, ambil gambar kereta dan pekerja potong rumput, bincang dengan pekerja berkenaan. Pastikan anda dapatkan nama pemilik dan syarikat kontraktor mereka.

Syarikat yang menguruskan pemotongan rumput ini mempunyai insurans karena ada kewajiban dari pihak berkuasa tempatan untuk menangani kes kemalangan yang tak diingini. Setelah dapat menghubungi syarikat berkenaan, dapatkan panel insurans syarikat terbabit. Anda perlu buat laporan polis dalam tempoh maksimum 24 jam. Selepas itu, sila bawa laporan polis ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk tukar cermin baru.

Dalam laporan polis mestilah ada nama pekerja pemotong rumput dengan nombor kad pengenalan sekali, nama dan alamat syarikat, tarikh dan masa kejadian, serta kawasan di mana kes berlaku.

Isi Kandungan

Insurans Cermin Kereta

Contoh kes di atas melibatkan insurans pihak ketiga yang dimiliki oleh syarikat yang menyebabkan kerugian kepada anda. namun, apabila dalam satu kes tak dapat dikesan siapa yang bersalah, maka kos penggantian cermin kereta yang pecah ditanggung oleh anda.

Nah, itulah sebab mengapa anda mesti memiliki insurans cermin kereta. Jika tiada insurans khas untuk perlindungan cermin, syarikat insurans atau takaful anda tak akan membayar kos ganti cermin baru.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Cara Bayar Saman Blacklist yang Aman Kes Hukum

Insurans cermin kereta ialah perlindungan tambahan bagi polisi insurans sedia ada untuk melindungi cerimin hadapan, belakang, cermin pintu, dan sunroof kereta anda. Perlindungan insurans ini merangkumi pampasan kos yang diperlukan untuk membaikpulih dan mengganti cermin kereta yang retak atau pecah.

Disebabkan harga cermin kereta baru cukup mahal, anda disarankan mengambil pelan tambahan ini. Akan tetapi, tidak semua jenis polisi insurans menyediakan pelan ini. Dari tiga jenis insurans yaitu insurans pihak ketiga, insurans pihak ketiga dengan tambahan kecurian dan kehilangan, serta insurans komprehensif, hanya insuran komprehensif lah yang menyediakan pelan perlindungan cermin kereta.

Cara Mendapatkan Insurans Cermin Kereta dan Harganya

Bagi pengguna insurans komprehensif, anda boleh mendapati insurans cermin semasa memperbaharui insurans atau takaful. Berikan maklumat kepada ejen yang anda ingin menambahkan insurans cermin ke dalam polisi anda. Selalunya, ejen yang akan menawarkan kepada anda selagi belum memiliki insurans ini.

Anda pun boleh memohon insurans tambahan semasa memperbaharui di pos ofis atau melalui talian. Pelan perlindungan tambahan ini juga boleh dipohon bila-bila masa. Jadi, perlulah anda semak apakah polisi komprehensif anda sudah mengandungi perlindungan ini atau belum.

Bagaimana dengan harganya? Harga perlindungan cermin kereta hanyalah sebesar 15 peratus daripada harga cermin kereta baru ditambah kos pemasangan. Contohnya, apabila harga cermin kereta anda termasuk kos penggantian ialah RM 1,200, maknanya anda perlu membayar premium sebanyak RM 180 atau 15% dari RM 1,200.

Apabila tidak memiliki insurans tambahan, anda pun boleh klaim kerosakan cermin kepada insurans kerosakan kereta dari polisi komprehensif anda. Akan tetapi, ini boleh menjejaskan diskaun tiada tuntuan (NCD) anda. Akibatnya, anda perlu membayar mahal untuk memperbaharui polisi insurans pada tahun berikutnya.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Prosedur Permohonan Menukar Enjin dari Puspakom

Sedangkan apabila anda ada insurans cermin, NCD tak akan terjejas meskipun tampaknya anda kena bayar lebih untuk tambahan perlindungan cermin.

Perkara Penting Berkenaan Insurans Cermin Kereta

Sebelum membuat tambahan insurans untuk cermin kereta, anda perlu faham beberapa perkara berikut:

1. Under Insurans dan Over Insurans

Under insurans bermakna anda membayar premium insurans kurang dari jumlah yang semestinya diakibatkan anda meletak taksiran harga kereta semasa yang lebih rendah. Apabila berlaku kemalangan, ini boleh merugikan anda karena syarikat insurans hanya akan membayar ganti rugi sebanyak yang diinsuranskan saja, selebihnya anda perlu bayar sendiri.

Sebaliknya yaitu over insurans, anda membayar terlebih insurans kepada syarikat. Meskipun membayar premium lebih tinggi, jumlah kerugian yang ditanggung oleh insurans tetap sama. Insurans yang terlebih atau terkurang ini juga akan memberikan kesan kepada jumlah insurans cermin yang perlu dibayar, maka anda harus memastikan bayaran premium anda ialah betul, tak terkurang ataupun terlebih.

2. Tempoh Tamat Perlindungan Polisi

Berbeza dengan polisi insurans kereta yang akan tamat dalam masa satu tahun dan perlu diperbaharui, polisi tambahan untuk perlindungan cermin kereta akan tamat dalam masa satu tahun apabila tuntutan penuh dibuat. Contohnya, pada bulan Mac anda memperbaharui polisi komprehensif bersamaan tambahan insurans cermin sebanyak RM 180 dengan sum insured RM 1,200.

Kemudian pada bulan Ogos, cermin kereta anda retak kecil dan dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Disebabkan kerosakan tak teruk sangat, anda pun hanya perlu buat tuntutan sebesar RM 350 sahaja. Dalam kes ini, perlindungan insurans cermin anda masih ada baki RM 850 sehingga polisi tamat pada bulan Mac tahun mendatang. Maknanya, anda boleh buat tuntutan senilai RM 850 sehingga bulan Mac, atau perlindungan bagi cermin kereta pecah atau retak akan tamat tempoh pada masa itu juga sekiranya tiada tuntutan.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Mahu Jual Kereta? Jom Ikuti Cara Jual Kereta yang Mudah, Cepat, dan Selamat Ini

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *