Meskipun rakyat Malaysia sedia maklum mengenai tarif insurans kereta, tetapi tak sedikit yang mencari insurans kereta murah melalui laman web. Syarikat insurans di Malaysia pada dasarnya mengguna pakai tarif yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Namun, ada satu rahsia yang akan didedahkan di sini tentang cara mendapatkan harga insurans murah berdasarkan beberapa perkara yaitu:
Isi Kandungan
1. Insured (Nilai Perlindungan)
Insured atau nilai perlindungan selalunya ditetapkan oleh syarikat insurans mengikut undang-undang. Namun, nilai yang ditetapkan adakalanya berbeza antara satu syarikat dengan yang lain. Sekiranya nilai perlindungan berbeza akan mempengaruhi harga insurans kereta Anda.
2. NCD (No Claim Discount)
NCD ialah nilai diskaun sekiranya tiada tuntutan berlaku kepada syarikat insurans. Nilai NCD akan meningkat dari tahun ke tahun sehingga ke nilai maksimum selagi tiada klaim atau sebarang tuntutan. Untuk kereta, besarnya NCD bermula dari 0% di tahun pertama dan 25% tahun kedua. Besarnya NCD akan naik menjadi 30% tahun ketiga dan 38.33% tahun keempat.Pada tahun kelima sebesar 45%, dan maksimum sebesar 55% pada tahun keenam.
Perhatikan nilai NCD semasa Anda memperbaharui insurans kereta. Sekiranya tercicir, Anda perlu merujuk kepada syarikat insurans atau ejen yang bertauliah untuk melakukan kemas kini. Apabila terdapat tuntutan, NCD akan kembali kepada 0%.
3. Loading
Loading atau caj tambahan harus dielakkan atau diminimumkan apabila Anda menginginkan harga insurans kereta murah. Namun begitu ada perbezaan harga dari satu syarikat insurans dengan yang lain disebabkan caj tambahan.
Faktor yang menyababkan caj tambahan yaitu umur kenderaan, umur pemandu, pengalaman pemandu,jenis kenderaan, keupayaan engine (C.C), dan lain faktor yang ditetapkan oleh syarikat. Sekiranya tiada loading, harga insurans kenderaan di Malaysia dari semua syarikat sama. Besarnya loading bermula dari 5% hingga 25% bergantung kepada besarnya risiko setiap kenderaan.
4. Excess
Excess adalah caj yang pelu dibayar semasa Anda membuat tuntutan. Seperti loading, besarnya excess juga mengikut besarnya risiko kenderaan Anda. Meskipun tidak mempengaruhi harga insurans tetapi kalau boleh elakkan daripada terkena caj ini.
Takaful atau Insurans Kereta Termurah di Malaysia
Karena ingin melakukan penjimatan, ramai pengguna yang mencari insurans dan takaful murah ketika membuat pembaharuan. Bermula pada Julai 2017, tarif insurans kenderaan dimansuhkan sehingga harga yang ditawarkan antara satu syarikat dengan yang lain boleh jadi berbeza.
Liberalisasi tarif menjadikan harga insurans dan takaful di mana-mana syarikat tidak sama. Dengan demikian, Anda boleh memilih insurans dengan harga terendah di Malaysia. Perbandingan boleh dilakukan secara manual sekiranya Anda mencari insurans pada harga rendah.
Takaful paling murah terbagi menjadi 2 kategori pemandu yaitu:
1. Pemandu Selamat serta Jarang Memandu
Jika termasuk golongan pemandu selamat, Anda boleh mencuba AXA FlexiDrive Telematics. AXA akan menilai cara pemanduan Anda setiap bulan. Kemudian menetapkan jumlah pulangan wang tunai yang boleh diperolehi. Di hujung tahun, insurans ini akan memberikan Anda wang tunai mencecah 20% daripada harga insurans. Pada masa ini, pelan ini menawarkan penjimatan tertinggi di Malaysia.
Di sini, Anda berkuasa menentukan jumlah penjimatan menerusi cara pemanduan yang berhemah. Pelan ini berbeza dengan wang yang diberikan oleh syarikat insurans lain secara rebat bergantung pencapaian kewangan syarikat tanpa membabitkan kawalan Anda. Meskipun Anda kurang cermat dalam memandu, tiada caj tambahan dikenakan.
Telematics akan menilai daripada maklum balas yang diberikan oleh aplikasi telefon bimbit terhadap sikap pemanduan Anda. Untuk mendapatkan pakej ini, Anda perlu memohon insurans daripada AXA.Selanjutnya perlu memasang peranti Telematics pada kereta Anda.
2. Pemandu Biasa yang Menginginkan Polisi Takaful
Takaful Malaysia menawarkan harga paling rendah dengan diskaun sebesar 10% secara langsung apabila Anda membua pembaharuan dalam talian. Selain daripada itu, Anda juga boleh mendapatkan pulangan wang tunai berdasarkan pencapaian kewangan syarikat sebesar 15%.
Berlandaskan prinsip Mudharabah, keuntungan mesti dikongsi bersama peserta takaful. Anda juga boleh menerima takaful kemalangan peribadi percuma bersama polisi takaful kenderaan selain mendapatkan pulangan wang tunai. Artinya sebagai pelanggan takaful, Anda dan penumpang akan menerima perlindungan kemalangan percuma secara automatik.
Insurans Termurah Tak Semestinya Terbaik
Insurans termurah tak semestinya merupakan insurans yang terbaik. Bagi menyimpulkan tentang syarikat insurans terbaik, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira.Misalnya perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan tuntutan manfaat perlindungan.
Ketika berhadapan dengan ejen insurans, Anda perlu mempertimbangkan tawaran yang diberikan dengan melihat aspek seperti:
1. Harga Pasaran Kenderaan
Ramai ejen insurans ambil harga terendah dalam iklan-iklan kenderaan di pasaran. Harga jualan kenderaan tersebut murah mungkin kerana mengalami kemalangan, terlibat banjir, atau pemilik ingin menjual cepat karena terdesak memerlukan wang. Sedangkan kenderaan Anda masih elok dan hanya perlukan perlindungan sepatutnya. Apabila ejen insurans menawarkan insurans murah, sudah pasti Anda akan rugi. Apabila berlaku kemalangan atau kecurian terhadap kenderaan Anda barulah sedar yang insurans kereta murahini tidak menguntungkan.
2. Tidak Mengira Caj Loading Bagi Pemandu
Caj loading untuk umur kenderaan dikira oleh sistem dan tidak boleh disembunyikan oleh ejen. Tetapi ramai ejen tidak mengira loading pemandu pertama, kedua, dan seterusnya. Pastiken ejen insurans meminta MyKad atau bertanya umur pemandu untuk mengelakkan tertipu. Jika berlaku kemalangan, kes tuntutan akan ditolak begitu saja karena caj loading tidak dikenakan.
3. Tiada Insurans Tambahan
Apabila mengambil insurans kenderaan, ramai orang ingat mereka sudah mendapat perlindungan keselamatan diri sekali. Namun hakikatnya insurans kenderaan hanya merangkumi asas kendaraan dan tuntutan pihak ketiga. Mengambil insurans pihak ketiga atau 3rd party memang menjimatkan tetapi Anda perlu tahu yang Anda tidak akan mendapat perlindungan apabila kereta rosak akibat banjir, tanah runtuh, atau rusuhan.
Selain daripada itu, apabila Anda terlibat kemalangan, tiada perlindungan apa-apa diberikan bagi pemandu dan penumpang. Pihak insurans langsung tidak memberikan perlindungan untuk kos perubatan Anda dan penumpang. Apabila terjadi kes lumpuh atau kematian, keluarga yang ditinggalkan pun tidak mendapat perlindungan untuk masa depan mereka.
Oleh sebab itu, Anda perlu rajin menyemak maklumat dalam entri-entri laman web tentang insurans-insurans tambahan. Anda tidak perlu mengambil semua insurans tambahan memandangkan kos yang diperlukan akan menjadi beribu-ribu. Sila berunding dengan ejen yang bertauliah untuk membuang mana-mana insurans tambahan yang paling kurang risiko. Setelah betul-betul puas hati, barulah bayar insurans Anda.
Sebagai penutup, perlu Anda ketahui bahwa insurans kereta murah tak semestinya terbaik untuk Anda. Anda dinasihatkan mengikuti terma dan syarat yang sudah ditetapkan oleh syarikat insurans. Jangan karena terlalu ingin berjimat dengan insurans murah atau sekadar menggugurkan kewajiban supaya kereta boleh jalan, Anda mengabaikan terma dan syarat. Pikirkan risiko yang sekiranya akan berlaku apabila terjadi sebarang kejadian tidak diingini dan Anda akan mendapat kerugian berganda.