Insurans Ke Luar Negara Bagi Penjawat Awam

By | 15 Oktober 2024

Takaful ialah insuran berkonsepkan syariah sebagai alternatif kepada insuran konvensional. Konsep insuran ini mulai dikembangkan pada awal 1980-an kerana permintaan tinggi dari masyarakat Islam. Namun, bilangan peserta takaful masih rendah disebabkan ramai yang merasa tidak berkemampuan atau merasa tidak memerlukan sebarang pelan perlindungan. Bagaimanapun CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) memperkenalkan takaful khas untuk penjawat awam iaitu CuepacsCare dan CuepacsPA (2006) termasuk insurans ke luar negara bagi penjawat awam.

Insurans Ke Luar Negara Bagi Penjawat Awam

CuepacsCare memberikan alternatif bagi penjawat awam mendapatkan rawatan di hospital swasta pada kadar yang mampu. Manakala Cuepacs PA ialah program takaful kemalangan diri untuk perlindungan 24 jam dengan bayaran rendah dan mampu milik bagi penjawat awam.

Perlindungan ini merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada separa, penuh, atau kekal sehingga mencecah RM440,000.00.

Isi Kandungan

Tentang Insurans Insurans Ke Luar Negara Bagi Penjawat Awam

Insurans perjalanan ialah polisi insurans yang memberikan perlindungan kepada anda dan atau ahli keluarga semasa perjalanan daripada kecacatan, kecederaan, kerosakan, kesulitan, hingga kematian yang mungkin dialami.

insuran ke luar negara kakitangan awam

Polisi insurans perjalanan kebiasaannya hanya menawarkan satu liputan sahaja. Maknanya, anda membayar liputan untuk satu perjalanan bukan untuk tempoh tertentu atau seumur hidup melainkan sesuai tempoh yang ditetapkan.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Cara Pembatalan Polisi Insurans dan Contoh Surat Pembatalan Insurans

Apabila memiliki insurans perjalanan, sekiranya terjadi kerugian berkaitan perjalanan anda, syarikat insurans akan mengimbangi berdasarkan skop liputan dan skala manfaat dalam pelan yang telah dinyatakan.

Secara am, liputan dan skala manfaat insuran perjalanan meliputi kemalangan diri, kehilangan perjalanan atau penginapan yang disebabkan kelewatan ataupun pembatalan, perbelanjaan perubatan, kehilangan atau terlewat bagasi, kehilangan passport, wang, dan barang, serta perjalanan yang lewat.

Insurans perjalanan mempunyai beberapa pengecualian yang mungkin tak sama antara satu syarikat dengan yang lain. Umumnya, pengecualian tersebut ialah rusuhan, perang, membunuh, menyerang, bunuh diri, keguguran, dan sukan berbahaya.

Prosedur Kelulusan Keluar Negara

insuran ke luar negara kerajaan

Penjawat awam sememangnya tertakluk kepada pelbagai prosedur yang mesti diambil perhatian. Sebelum ke luar negara, anda dikehendaki memohon kelulusan dengan mengisi borang permohonan. Peraturan ini ada diatur dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3/2012. Sebagai penjawat awam anda perlu mengambil kira peraturan yang ada serta memahami kewajiban dan hak-hak yang ada. Surat Pekeliling ini berkenaan peraturan perjalanan penjawat awam untuk urusan di luar urusan kerja atau persendirian.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Cara Membuat Tuntutan Selepas Tempoh Matang Insurans

Sebelum mengisi borang, baca dan fahami apa yang terkandung pada borang berkenaan bagi mengelakkan ketidakpastian. Seterusnya, untuk urusan insurans perjalanan, anda boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/2004.

Anda boleh memohon insuran ini untuk sekali perjalanan dengan tempoh tidak melebihi 31 hari atau sekali sahaja dalam setahun. Manakala perjalanan selanjutnya anda harus membayar sendiri. Insuran yang percuma ini sebaiknya anda manfaatkan untuk berkunjung ke negara-negara yang berisiko ataupun jika anda ingin melakukan perkara-perkara berisiko di sana seperti panjat gunung, ski, atau masuk gua.

Sekiranya anda hendak membatalkan trip ke luar negara yang telah diluluskan dan telah mendapatkan insurans, anda dinasihatkan menghantar borang pembatalan cuti dan tukar date insurans kepada pejabat. Jika gagal berbuat demikian, anda akan mendapatkan denda.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Semak Insurans Kereta Online

Untuk pengetahuan anda, borang permohonan keluar negara hanya boleh dihantar selepas kelulusan cuti diperolehi bersama dengan borang insuran dan salinan surat cuti yang telah diluluskan. Permohonan akan dihantar selewatnya 2 minggu sebelum anda berangkat. Maka jangan sesekali menghantar borang permohonan pada minit terakhir untuk mengelakkan denda ataupun kesukaran yang mungkin berlaku.

Perlindungan Insurans Ke Luar Negara Bagi Penjawat Awam

insuran perjalanan ke luar negara penjawat awam

Anda perlu memiliki insuran perjalanan apabila anda berniat untuk keluar negara. Tak semua negara memerlukan insuran perjalanan apabila anda merasa yakin tak akan ada apa-apa berlaku. Namun, sebagai penjawat awam, sebaiknya andaΒ  membuat insuran perjalanan. Cara-cara yang mesti dilakukan ialah

1. Isi Borang Permohonan Keluar Negara

Borang permohonan keluar negara terkandung dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012, khasnya pada Lampiran 1 dan 2. Untuk mendapatkan kelulusan, hantar borang yang telah diisi kepada bahagian pentadbiran jabatan masing-masing.

Sesetengah jabatan kerajaan selalunya akan menguruskan semua sehingga anda memperolehi polis insurans yang diperlukan.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Insuran Kesihatan Terbaik

Apabila jabatan tempat anda berkhidmat tidak menguruskan untuk anda, maknanya perlu beli sendiri polisi insurans yang diperlukan dan klaim balik bayaran selepas tamat perjalanan.

2. Membeli Insurans dari Panel Insurans yang Dilantik oleh Kerajaan

Anda boleh terus membeli insurans perjalanan yang anda perlukan setelah mendapatkan kelulusan dari ketua pengarah. Ketika ini, panel insuran yang dilantik oleh kerajaan ialah HSBC Amanah Takaful.

Seterusnya, langkah yang perlu anda buat ialah:

  1. Hubungi panel insuran pada nombor talian 03-27133931.
  2. Memaklumkan negara mana yang akan dituju dan tarikh perjalanan.
  3. Nilai insuran yang perlu dibeli akan dinyatakan oleh panel insurans, contohnya untuk perjalanan ke Hong Kong-Macau-China-Vietnam selama 15 hari, perlu membeli polisi seharga RM51.00
  4. Pembayaran boleh dilakukan melalui cash ke akaun Public Bank: 3992415411 atau secara atas talian.
  5. Selesai membayar, hantar slip bayaran beserta borang permohonan keluar negara yang telah diluluskan kepada panel insuran menerusi faks. Sertakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda semasa menghantar faks ke nombor 03-27110887.
  6. Polisi insurans akan diproses dan dihantar melalui emel anda, setelah slip bayaran dan borang diterima.

3. Klaim Bayaran Insuran yang Sudah Dibeli

Anda boleh membuat tuntutan di jabatan masing-masing dengan prosedur claim seperti biasa. Biasanya pejabat hanya memberi kebenaran claim insuran perjalanan ke luar negara sekali saja.

πŸ‘‰ Baca Juga:  Roadtax Yang Hilang atau Rosak, Begini Cara Dapatkannya

Berdasar kepada keterangan di atas, anda dinasihatkan mendapatkan kelulusan dan insurans ke luar negara bagi penjawat awam untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa berada di negara tujuan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *