Apakah Bayaran Bulanan Prudential BSN Takaful Berpatutan?

By | 20 Oktober 2019

Prudential BSN Takaful ialah satu jenama takaful yang memberikan kesempatan kepada pelanggan untuk mencapai ketenangan fikiran dengan perlindungan yang mencukupi. Dengan konsep taawun atau pertolongan, pelan yang diberikan berusaha menepati ciri-ciri insurans syariah. Adapun bayaran bulanan Prudential BSN Takaful sangat berbaloi dengan pampasan yang dijanjikan.

bayaran bulanan prudential bsn takaful

Sebab-sebab Memilih Prudential BSN Takaful

Prudential BSN Takaful ialah salah satu syarikat yang menawarkan kad perubatan dengan pelan yang menarik. Sekurang-kurangnya ada tiga sebab mengapa anda patut memilih pelan takaful dari  Prudential BSN Takaful iatu:

  • Syarikat ini menjanjikan auto pembaharuan polisi dan gerenti pembaharuan.
  • Pelan yang ditawarkan ialah pelan Bahagian 1 sehingga umur 80 tahun, kebiasaannya untuk pelan yang sama akan tamat pada umur 50 sehingga 60 tahun.
  • Harga premium bulanan tak berubah sehingga umur 80 tahun.

bayaran bulanan prudential bsn

Pelan yang ditawarkan ini sangat menguntungkan daripada pelan lain yang tamat pada usia 55 tahun. Contohnya apabila anda mengambil polisi insuran hingga umur 55 tahun, selepas tamat harus mendaftar pelan baharu. Semestinya harga premium untuk pelan tersebut lebih tinggi disebabkan risiko anda pun telah meningkat. Malahan apabila pada umur 55 tahun sudah dihidapi penyakit kritikal kemungkinan tidak layak memohon insurans.

Anda perlu baca juga: 5 Syarikat Insurans Hayat Terbaik di Malaysia, The Best!

Selain itu, kad perubatan yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful ialah berkonsepkan riders. Sebagai pengetahuan anda, di Malaysia ada dua konsep kad perubatan yaitu standalone dan riders. Sejak tahun 2006, Prudential BSN Takaful menawarkan konsep riders. Syarikat ini menawarkan pelan komprehensif yang lebih fleksibel untuk pelanggan dengan penggabungan Bahagian 1 (perlindungan kesihatan) dan Bahagian 2 (kad perubatan) ke dalam satu akaun.

Jika memilih kesemua bahagian sekaligus ia bermakna lebih lengkap daripada syarikat lain yang menawarkan Bahagian 2 dan Bahagian 1 secara berasingan. Apabila menghendaki keduanya, selalunya syarikat tersebut menghendaki anda menggunakan akaun yang berbeza, sehingga harganya pun menjadi lebih mahal.

Kekurangan dan Kelebihan Prudential BSN Takaful

Salah satu kekurangannya ialah polisi awal bayaran bulanan Prudential BSN Takaful lebih tinggi apabila dibandingkan dengan syarikat lain. Harga ini menjadi mahal sebab anda diwajibkan mengambil Bahagian 1 dan 2 sekali. Harga yang perlu dibayar ialah Ko-Takaful 10% atau minima RM300 dan maksima RM1,000.

Anda perlu baca juga: AIA Vs Prudential, Mana Lebih Baik?

Sedangkan kebalikannya, meskipun anda seperti dipaksa mengambil dua bahagian terus, tetapi ini amat berbaloi. Sebabnya harga purata bulanan dapat mengalahkan harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain.

Berkenaan kad perubatan Prudential BSN Takaful ada beberapa kelebihan yang boleh anda dapati iaitu:

1. Tersedia Pilihan Full Coverage dan Smart Saver

Pilihan full coverage merangkumi semua perbelanjaan hospital yang ditanggung oleh Prudential BSN Takaful. Untuk pelan ini tiada deposit dikenakan. Sedangkan pelan Smart Saver 300 memerlukan anda membayar RM300 sahaja dan sekali bayaran untuk masuk ke hospital. Smart Saver menggunakan ko-takaful sehingga caruman bayaran bulanan Prudential BSN Takaful jadi lebih murah. Pelan Smart Saver ini sangat bersesuaian untuk sesiapa yang menghendaki pelaburan dalam bentuk lain.

2. Manfaat Rawatan Kecemasan Disebabkan Day Surgery atau Kemalangan

Sebagai pemegang kad perubatan Prudential BSN Takaful, anda tidak dimasukkan ke hospital tetapi boleh mendapatkan rawatan. Untuk mendapatkan rawatan kecemasan, anda perlu membayar dahulu kemudian buat tuntutan kemudian.

3. Perlindungan Rawatan Menyeluruh

Rawatan menyeluruh boleh didapatkan di mana-mana hospital termasuk hospital bukan panel dan kerajaan. Sama seperti rawatan kecemasan, anda perlu membayar dahulu lalu buat tuntutan kemudian.

4. Kebenaran Upgrade Bilik Tanpa Penalti

Apabila bayaran yang perlu dibuat untuk bilik rawatan melebihi coverage kad perubatan individu anda, hanya perlu menambah amaun sahaja. Contohnya apabila coverage bilik anda ialah RM250 tetapi anda menginginkan bilik lebih selesa seharga RM300, anda pun hanya perlu tambah RM50 sahaja untuk mendapatkan bilik yang anda mahukan.

5. Mempunyai Simpanan

Memilih kad perubatan Prudential BSN Takaful, anda akan mempunyai dana pelaburan dari sumbangan dan bayaran bulanan yang sudah dibayar.

Anda perlu baca juga:

Produk-produk Prudential BSN Takaful

Untuk melindungi anda dan keluarga, Prudential BSN Takaful menawarkan beberapa pelan yang menguntungkan. Berikut ini beberapa pelan yang berbaloi untuk anda.

1. PruBSN Warisan Plus

bayaran bulanan insurans prudential

PruBSN Warisan Plus mempunyai ciri-ciri:

  • Jumlah perlindungan untuk kelangsungan hidup keluarga lebih lama. Dengan perlindungan bernilai RM250,000, keluarga dapat tetap hidup selesa apabila tertanggung meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Perlindungan dapat diubah suai dengan bayaran berpatutan. Untuk pelan ini, anda boleh menyertakan rider sesuai keperluan.
  • Perlindungan kepada penyakit unik akan diberikan sekiranya terdiagnosis menghidap penyakit langka. Pampasan yang diberikan mengikut kategori yaitu Kategori A senilai RM5,000 dan Kategori B RM10,000 untuk kemasukan ke hospital.
  • Apabila pemegang polisi meninggal dunia, ahli keluarga akan menerima hibah tanpa melalui prosedur pengurusan yang berpanjangan.
  • Disediakan bantuan perbelanjaan pengebumian senilai RM3,000 daripada manfaat khairat.
  • Pelan PruBSN Warisan Plus menawarkan permohonan yang mudah tanpa melalui pemeriksaan perubatan.
  • Ada pilihan melanjutkan perlindungan sehingga usia mencapai 100 tahun. Pilihan yang diberikan melalui Tempoh Lanjutan Sijil tertakluk kepada sumbangan tambahan yang harus dibayarkan.
  • Melalui pelan ini, anda boleh membantuk keluarga miskin dan dhuafa dengan memberikan pelan perlindungan asas keluarga.

2. PruBSN Anugrah Plus

PruBSN Anugrah Plus ialah pelan takaful perubatan yang mampu milik dan dapat ditetapkan mengikut bajet dengan harga serendah mulai RM50 sebulan. Pelan PruBSN Anugrah Plus juga menawarkan perlindungan, peluang berbuat kebaikan, dan pelaburan dalam masa yang sama.

3. PruBSN Setia

PruBSN Setia memiliki ciri utama iaitu fleksibel. Pelan ini menawarkan perlindungan hingga 100 tahun dengan pilihan sumbangan, perlindungan, dan kemapanan sijil. Ada perlindungan tanpa had seumur hidup dan pada masa yang sama juga mengandungi Smart Value Point. Pelan ini ialah pelan yang boleh dipercayai dan berkuat kuasa selama enam tahun.

Bayaran bulanan Prudential BSN Takaful pada mulanya memang terasa lebih mahal. Tetapi apabila anda mempelajari keseluruhan pelan dan faedahnya, harga tersebut sangatlah berpatutan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *