Senarai Harga Cermin Belakang Myvi dan Model Kereta Lain Terbaru 2020

By | 16 Maret 2024

Cover tambahan untuk perlindungan cermin kereta sangat digalakkan bagi anda semasa memperbaharui insurans kereta. Dengan insurans tambahan cermin, anda tak perlu bayar apabila berlaku kerosakan kepada cermin kereta.

Kecuali apabila jumlah perlindungan tak cukup untuk cover tukar cermin. Contohnya untuk harga cermin belakang Myvi RM800, tetapi anda ambil cover RM600, maknanya insurans akan bayar seharga RM600 sedangkan bakinya RM200 perlu bayar sendiri.

Harga insuran tambahan untuk cermin ialah 15% dari harga cermin. Apabila harga cermin ialah RM800, anda hanya perlu bayar RM120 untuk insuran tambahan dan tak perlu keluar wang untuk tukar cermin.

Akan tetapi, apabila anda tak mempunyai insuran tambahan untuk cermin, anda kena bayar RM800 untuk tukar cermin kereta yang pecah. Maknanya, dengan mengambil insuran tambahan, anda boleh jimat sehingga 85% peratus.

Isi Kandungan

Harga Tukar Cermin Kereta

Harga cermin berbeza mengikut jenama dan model kereta, serta jenis cermin. Oleh sebab itu, sila nyatakan maklumat terperinci berikutan jenis cermin, model kereta, tahun kereta dikeluarkan. Maklumkan juga nama syarikat dan jumlah perlindungan cermin kereta yang anda miliki kepada bengkel panel.

Sebelum membawa kereta ke bengkel, buatlah temu janji bagi memastikan tersedianya stok cermin baru sebelum anda sampai. Jika anda menukar cermin kereta tanpa insuran, biasanya bengkel panel meminta 50% deposit.

Proses penukaran cermin selalunya mengambil masa 1 hingga 2 jam, bergantung jenis cermin. Jadi, anda boleh menunggu kereta dibaiki tanpa meninggalkannya di bengkel.

Senarai Harga Cermin Kereta

No Jenama/Model Harga Cermin
1. Perodua
Kembara RM600
Myvi RM600
Kancil RM500
Kelisa RM600
Alza RM1000
Rusa RM1000
2. Proton
Saga RM600
Preve RM1000
Iswara RM500
Savvy RM600
Wira RM600
Waja RM700
Gen2 RM600
Exora RM1000
Satria RM700
Perdana RM1500
Inspira RM1800
3. Honda
City RM1000
Civic RM2000
CRV RM2500
Accord RM3000
Elysion RM3000
Odyssey RM3000
4. Toyota
Vios RM1000
Avanza RM1500
Unser RM2000
Camry RM3000
Innova RM2000
Caldina RM3000
Estima RM3000
Wish RM3000
Alphard RM4000
Harrier RM3000
RAV4 RM3000
Vellfire RM4000
Hilux RM3000
5. Naza
Citra RM1800
Ria RM3000
6. Nissan
Almera RM1200
Grand Livina RM1500
Teana RM3000
X-TRAIL RM3000
Sentra RM1500
Latio RM1800
Frontier RM3000
7. Mitsubishi
L200 RM3000
Grandis RM3000
Lancer RM2500
Airtrek RM3000
8. Kia
Optima RM3000
Picanto RM800
Spectra RM1500
9. Ford
Econovan RM1800
10. Chery
Easter RM3000
11. Suzuki
Swift RM1600
APV RM2500
12. Mazda
CX5 RM3000
Mazda 2 RM1800
Mazda 6 RM3000
13. Hyundai
i10 RM1000
Sonata YF RM3000
Santa Fe RM3000
14. Inokom
Elantra RM2600
15. BMW
525 RM4000
320 RM3000
325 RM3000
X6 RM6000
16. Volvo
S60 RM3000
V40 RM3000
17. Mercedes Benz
C200 K (A) RM4000
👉 Baca Juga:  Cermin Kereta Pecah, Apa Kita Kena Buat?

Jika anda tak pasti berapa jumlah perlindungan cermin kereta, hubungi panel bengkel untuk bertanya harga perlindungan yang sesuai untuk kereta anda. Jadi, anda boleh pastikan insurans cukup atau tidak untuk tukar cermin.

Cara Tukar Cermin Kereta

Apabila berlaku kerosakan retak atau pecah pada cermin anda, segera hubungi bengkel panel terdekat. Jika tak dapat jumpa bengkel panel, anda perlu bayar kos tukar cermin baru claim ke syarikat insurans anda. Hantar dokumen berupa fotostat geran, covernote insurans, kad pengenalan, dan lesen memandu.

Sebelum tukar cermin kereta, pastikan anda mendapat cermin kereta yang tulen. Cara membezakan mana cermin original dengan cermin tak original, senang sahaja. Anda cuma perlu tengok logo di sisi bawah cermin kereta.

Anda juga boleh melihat logo pada sisi cermin pintu kenderaan sebagai rujukan. Selalunya logo cermin sama dengan logo pintu, hanya ada perbezaan tulisan laminated dan temperlite. Cemin kereta original tampak mempunyai penglihatan lebih jelas berbanding cermin yang tak original, silaunya pun kurang, dan 99.9% lebih sempurna.

Dilihat dari bentuknya, cermin kereta original tegak, sedangkan yang bukan original bentuknya serupa ombak, kadang imej bayangan bentuknya tak sempurna dan memeningkan kepala. Dari sisi harga, cermin kereta original dan tak original tak jauh berbeza. Oleh sebab itu, anda perlu melihat dengan teliti sebelum memilih cermin kereta mana yang akan dipasang.

Bukan semua cermin tak tulen atau cermin buatan China tak berkualiti, ada sesetengah jenama cermin gantian yang bagus juga, contohnya jenama Fuyao yang mengeluarkan cermin untuk kereta Nissan, Toyota, BMW, Mitsubishi, Suzuki, Honda, Daihatsu, dan banyak lagi.

Harga cermin belakang Myvi memang tak mahal sangat. Akan tetapi, lebih jimat dan bijak anda perlu buat cover insurans cermin bagi mengelakkan membayar sendiri kos tukar cermin dan risiko kehilangan diskaun tiada tuntutan.

👉 Baca Juga:  Cara Bayar Saman Blacklist yang Aman Kes Hukum

Meta Deskripsi: Berapa harga cermin belakang Myvi dan upah pemasangannya sekarang?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *