Mahu Jual Kereta? Jom Ikuti Cara Jual Kereta yang Mudah, Cepat, dan Selamat Ini

By | 25 Oktober 2020

Anda teringin membeli kereta baru dan ingin menjual kereta lama semula? Ada dua cara yang boleh anda buat untuk jual kereta iaitu jual terus kepada pembeli dan jual melalui kedai kereta terpakai. Kedua cara jual kereta ini boleh anda buat mengikut keselesaan dan pengalaman.

Cara Jual Kereta Terus Kepada Individu

Selalunya apabila menjual melalui kedai kereta terpakai, harga jualannya lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Syarikat jual beli kereta terpakai akan menawar kereta yang dijual dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Akan tetapi, mereka boleh menguruskan penjualan dengan lebih cepat dan boleh menerima apabila kereta anda memiliki sedikit kerosakan. Manakala cara kedua iaitu jual langsung kepada pembeli individu, anda perlu melakukan banyak perkara secara bersendirian termasuk beriklan dan melayan bakal pembeli.

Berikut ini langkah-langkah untuk jual semula kereta kepada pengguna individu.

1. Semak Nilai Semasa

Semak nilai semasa kereta dan baki pinjaman bank anda. Untuk semak nilai semasa kereta, anda boleh lihat dalam akbar seperti The Star Classified atau melalui laman web seperti mototrade.com dan carlist.my. Untuk mengetahui nilai semasa, anda perlu tahu tahun pengeluaran kereta, jenama, model, kapasiti enjin, dan transmisi manual atau auto.

Anda juga perlu faham bahwa jenama kereta tempatan nilainya mudah jatuh, tetapi lebih mudah terjual utamanya model yang popular seperti Myvi dan Persona. Jual kereta anda mendekati musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, selalunya ramai orang beli kereta untuk balik kampung sebelum perayaan. Selepas itu, semak baki pinjaman dengan pihak bank.

2. Baiki Kerosakan dan Bersihkan Kereta

Ada dua pertimbangan bakal pembeli untuk menentukan sama ada nak membeli kereta anda atau tidak. Pastikan bahagian kereta luar dan dalam. Sebelum ditunjukkan kepada bakal pembeli, hantar ke kedai cuci kereta untuk memastikan kenderaan terlihat seperti baru. Bubuh pewangi kereta supaya tiada bau yang membuatkan bakal pembeli lari.

Selain itu, pastikan bahagian dalam kereta berfungsi dengan baik. Apabila terdapat kerosakan, anda perlu membaikinya terlebih dahulu bagi memastikan harga kereta tak jatuh atau bakal pembeli meminta harga rendah. Untuk kerosakan yang tak boleh dibaiki, beritahu kepada bakal pembeli tentang keadaan sebenar.

3. Buat Iklan

Dengan kuasa iklan, kereta sama boleh dijual dengan harga berbeza. Anda boleh meminta bantuan rakan yang berkebolehan menulis ayat iklan yang ‘power’ untuk membuatkan kereta terjual dengan harga yang sepatutnya.

Selain itu, ambil gambar bahagian luar dan dalam kereta dari sudut yang menarik. Bakal pembeli akan percaya apabila gambar yang anda berikan lebih banyak. Anda pun boleh buat video untuk mengiklankan kereta. Sesudah bahan disiapkan, iklankan melalui platform penjualan online seperti mudah.my, carlist.my, dan laman sosial media anda. Apabila anda akan menjual kereta dalam keadaan mendesak, boleh gunakan iklan berbayar.

4. Tunjuk Kepada Bakal Pembeli

Setelah mendapati bakal pembeli, siapkan diskaun pembelian. Selalunya bakal pembeli akan meminta diskaun, sehingga anda perlu mengiranya terlebih dahulu supaya memudahkan urusan jual beli. Tetapkan harga akhir yang boleh anda lepaskan kepada pembeli. Pilihlah waktu tengah hari untuk menunjukkan kereta, pembeli akan lebih berpuas hati apabila melihat kereta ketika tengah hari dibandingkan waktu malam. Apabila bakal pembeli bersetuju, minta deposit, terutama bagi pembeli yang akan memohon pinjaman dari bank. Tawarkan harga tunai lebih murah daripada melalui bank, apabila memungkinkan.

Apabila anda kurang mahir dalam menjual kereta ataupun kesuntukan masa disebabkan hal lain, anda boleh menggunakan ejen atau runner. Akan tetapi, upah ejen atau runner tak murah, antara RM500 – RM2,000. Menjual kepada pembeli individu memang agak kompleks, tetapi boleh menjimatkan wang. Di bawah ini satu perkongsian yang boleh anda tiru apabila bermaksud menjual kereta dalam masa terdekat.

Tips Jual Kereta Elak Penipuan

Periksa identiti bakal pembeli anda untuk mengelakkan kena tipu. Contoh kes penipuan yang pernah dialami oleh seorang pemilik kereta ialah bakal pembeli berkata kononnya urgent nak balik kampung dan perlukan kereta. Jadi, dia nak beri RM2,000 sebagai deposit, sisanya RM30,000 akan dibayar selepas balik dari kampung. Dinasihatkan anda jangan termakan tipu daya semacam itu.

Apabila pembeli akan memohon pinjaman dari bank, anda boleh tolong dengan memberikan IC dan geran kereta. Namun, apabila anda tak boleh percayakan pembeli, anda pula kena pergi bank dan tolong apply dengan membawa kad pengenalan, slip gaji, dan bank settlement pembeli.

Pihak bank akan melihat kereta yang akan dijual, mengambil gambar kereta dan nombor chasis untuk memastikan kereta bukan hasil curi atau potong.

Setelah bank approve, bank akan tolak apabila anda ada utang lagi dalam bank. Contoh, harga jual kereta ialah RM37,000 dan utang anda RM34,000, maknanya anda akan menerima baki sebesar RM3,000.

Setelah urusan dengan bank selesai, pergi cek kereta ke Puspakom dengan membawa kad pengenalan dan geran. Kos cek Puspakom seharusnya sudah masuk ke dalam harga kereta, sehingga anda perlu tanggung. Itulah cara jual kereta yang mudah dan selamat kepada pengguna individu yang ramai tak tahu.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *