Perbezaan Takaful dan Insurans, Mana yang Lebih Baik

By | 18 Oktober 2024

Memberikan jaminan dan bantuan kewangan bagi peserta adalah tujuan bersama antara takaful dan insurans. Namun, ada perbezaan besar di antara takaful dan insurans. Perbezaan takaful dan insurans konvensional masih menimbulkan keliru bagi sesetengah orang.

Perbezaan Takaful dan Insurans, Mana yang Lebih Baik

Isi Kandungan

Senarai Perbezaan Takaful dan Insurans

Berikut ini beberapa perbezaan yang dapat disenaraikan.

No. Insurans Takaful
1. Premium insurans Sumbangan takaful
2. Membeli insurans Menyertai Takaful
3. Polisi insurans Sijil takaful
4. Insurans hayat Takaful keluarga
5. Tidak patuh syariah Patuh Syariah
6. Ada unsur syubhah Bebas dari unsur gharar dan riba
7. Konsep tanggung risiko Konsep tolong-menolong
8. Kontrak insurans konvensional (jual beli) Kontrak tabarruq atau derma ikhlas
9. Alternatif kepada orang bukan islam Takaful wajib untuk orang Islam

Butiran Perbezaan Takaful dan Insurans

Perbezaan dari segi nama, takaful berasal dari bahasa Arab kafala yang bermaksud jamin, perkataan takaful pula bermakna saling menjamin. Takaful secara istilah berarti perjanjian saling menjamin satu sama lain apabila musibah atau kerugian tertentu berlaku oleh sekumpulan peserta.

Takaful diwujudkan bagi tujuan memberikan jaminan berlandaskan syariah yang bebas dari riba, judi, dan ketidakpastian. Dalam takaful, peserta bersetuju saling menjamin berasaskan persaudaraan, kasih sayang, dan saling membantu.

perbezaan takaful dengan insuran

Dalam kewujudannya, ada perbezaan dari sisi undang-undang antara takaful dan insuran, pengendali takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984. Manakala syarikat insurans diatur oleh Akta Insurans 1963 (pindaan 1996). Dengan perundang-undangan berbeza, terma dan syarat dalam operasi takaful dan insurans pun jelas berbeza.

Perbezaan dari sisi manfaat, Takaful dibayar dari dana peserta yang berkaitan dengan bantuan bersama, sedangkan insurans konvensional dari rizab syarikat. Dari pelaburan, dana takaful akan dilaburkan pada aset yang patuh syariah serta undang-undang insurans nasional. Sedangkan insurans konvensional mungkin melaburkan dana pada mana-mana aset asalkan memenuhi undang-undang insurans nasional sahaja.

Dilihat dari sisi operasi pula, mekanisme takaful seiring dengan peraturan syariah, sedangkan untuk insurans konvensional hanya disesuaikan pada undang-undang nasional. Selain daripada itu, keuntungan takaful akan diagihkan kepada pemegang polisi, sedangkan pada insurans konvensional keuntungannya berasal daripada pulangan modal pelaburan pemegang saham.

Premium pada takaful yang dibayar dianggap sebagai tabarru’ atau derma dan mudaraba atau penjimatan, sedangkan premium yang dibayar kepada syarikat insurans mewujudkan kewajipan mengenai hubungan jualan dan pembelian kepada syarikat.

Beza takaful dan insurans selanjutnya boleh anda lihat pada status syarikat. Syarikat dikenali sebagai pengendali bertindak sebagai pengurus amanah dan usahawan. Dari sisi syariah pula, sistem takaful bebas dari riba dan unsur lain yang dilarang. Manakala insuran konvensional mungkin melibatkan riba dan beberapa unsur lain yang dilarang syariah.

Kebaikan Memilih Takaful

perbezaan takaful dan insurans konvensional

Setelah membaca perbezaan insurans dan takaful di atas, anda tentu telah memiliki sedikit gambaran adanya kebaikan memilih takaful, terutama bagi orang Islam. Takaful jelas terbebas dari sebarang unsur riba dan menjadikan ianya lebih patuh syariah. Namun, di Malaysia malangnya hanya 15 peratus rakyat yang memilih takaful sebagai pelan perlindungan.

đŸ‘‰ Baca Juga:  Insuran Kesihatan Terbaik

Syarikat takaful mengubah kepada akad kontrak derma daripada akad jual beli yang digunakan oleh syarikat insuran. Akad kontrak derma tidak terikat syarat jual beli dan tidak memerlukan jumlah terang untuk ini dan itu semasa serah derma.

Syarikat takaful akan menggunakan beberapa akad bagi memudahkan urusan syarikat yaitu gabungan antara tabarru’ dan mudarabah serta wakalah dan tabarru.

1. Takaful Model Wakalah dan Tabarru’

Syarikat takaful dilantik untuk menguruskan wang bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Syarikat takaful akan mengambil sejumlah upah bagi melaksanakan tujuan dan kos operasi pengurusannya.

Selain itu, syarikat takaful juga berfungsi sebagai wakil pelaburan wang yang belum didermakan. Apabila berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang telah diusahakan syarikat akan mengambil sejumlah upah.

2. Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Takaful model ini menempatkan pencarum pada akad tabarru untuk meletakkan sejumlah wang. Apabila syarikat mendapatkan keuntungan setelah ditolak segala kos pengurusan, syarikat akan memberikan sejumlah wang sebagai hadiah kepada peserta.

đŸ‘‰ Baca Juga:  Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal

Perubahan akad yang mengandungi ciri jual beli ini bermasalah dari sisi syariah, berbeda dengan takaful yang menggunakan akad wakalah atau tabarru yang murni. Maka, sebelum memilih takaful, apabila anda mencari pelan perlindungan yang betul-betul patuh syariah harus meneliti bagaimana aqad atau kontrak yang ditawarkan.

Takaful atau Insurans, Manakah yang Lebih Murah?

perbezaan antara sistem takaful dan insurans

Dari sisi harga, baik takaful ataupun insurans, harganya hampir sama. Tiada yang lebih murah antara satu dengan yang lainnya. Tetapi pelan takaful lebih baik untuk anda yang memiliki bujet kecil. Ini kerana caruman takaful besarnya telah ditetapkan, hanya saja peserta boleh menambah perlindungan selain daripada perlindungan asas.

đŸ‘‰ Baca Juga:  2 Jenis Insurans di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Untuk pelan perubatan takaful, peserta dengan masalah kesehatan dikehendaki meningkatkan caruman karena risiko juga tinggi. Manakala insurans konvensional akan menaikkan premium bagi peserta dengan risiko pekerjaan tinggi ataupun perokok berat.

Insurans biasanya membebankan kos komisi 2% sementara pengendali takaful selalunya memberlakukan wakalah atau kos pelayanan bergantung pelan yang diambil.

Insurans ataupun takaful menawarkan pelbagai jenis perlindungan seperti motor, perubatan, perlindungan hayat, rumah, dan perlindungan perjalanan. Insurans dan takaful menawarkan pelan persendirian beserta pilihan perlindungan tambahan.

Perbezaan takaful dan insurans utamanya terdapat pada kontrak atau aqad semasa anda mula-mula akan melanggan pelan tersebut. Adapun mana yang terbaik, terpulang kepada anda sendiri mengikut pertimbangan bajet, keperluan, dan kemampuan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *