Prosedur Permohonan Menukar Enjin dari Puspakom

By | 15 September 2024

Menukar enjin kenderaan sememangnya tak boleh dibuat begitu sahaja tanpa kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tak susah melakukan prosedur permohonan menukar enjin dari Puspakom, tapi mungkin ramai yang tak tahu. Oleh sebab itu, di sini akan dikongsikan mengenai perkara ini.

Isi Kandungan

Ubahsuai Aksesori dan Tukar Enjin Kereta

Sesetengah ubah suai diperbolehkan tanpa melalui permohonan kepada JPJ. Pengubahsuaian yang tak memerlukan kelulusan ini terhad kepada panduan yang ditetapkan antara lain:

  • Pemasangan door visor, air spoiler, side skirt, dan aerofoil.
  • Pemasangan bumper hadapan dan belakang serta protecting guards pada bahagian hadapan.
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  • Pemasangan sun roof, moon roof, atau canvas top pada bumbung kenderaan.
  • Pemasangan pembawa tangga atau surf boad.
  • Penukaran kotak gear manual atau automatic.
  • Pemasangan kanopi dan kanvas.
  • Pemasangan winch, rear bar, side step, winch bar, dan snorkel.
  • Pemasangan roof rack atau bike carrier dan spotlight.

Sedangkan pengubahsuaian yang tak dibenarkan pada kenderaan persendirian ialah:

  • Pemasangan body part yang dapat mengubah identity kenderaan.
  • Pemasangan rollcage untuk aksesori dalaman kenderaan.
  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Penukaran sistem pacuan.
  • Pemasangan lampu kelap-kelip selain daripada lampu penunjuk arah pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan lampu-lampu tambahan selain putih atau amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah atau amber di bahagian belakang.
  • Memasang hon dengan dua nada atau berirama.
  • Pemasangan cermin gelap pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70% dan cermin belakang kurang daripada 50%.
👉 Baca Juga:  Harga Cermin Depan MYVI Update 2020

Anda juga harus tahu bagaimana garis panduan menukar enjin kenderaan yang dibenarkan. Enjin kenderaan memiliki nombor pendaftaran yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk tapak yang dibuat oleh kilang. Enjin asal yang dibuat oleh kilang dalam keadaan telah terpasang pada kenderaan selalunya memiliki nombor identity daripada pengilang.

Jenis-jenis Permohonan

Permohonan penukaran enjin terbagi menjadi enam kategori yaitu:

  1. Kategori 1, penukaran enjin dengan kepayaan kapasiti sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal bagi kenderaan persendirian.
  2. Kategori 2, penukaran enjin kepada enjin buatan yang berbeza kapasiti melebihi 25% dari enjin asal.
  3. Kategori 3, penukaran enjin dengan penukaran bahan bakar sekali.
  4. Kategori 4, penukaran enjin kenderaan Proton yang menggunakan enjin Campro kepada enjin Mitsubishi.
  5. Kategori 5, penukaran enjin melibatkan penukaran gearbox manuak ke auto atau sebaliknya.
  6. Kategori 6, penukaran enjin untuk kenderaan perdagangan.

Syarat-syarat Penukaran Enjin

Syarat-syarat penukaran enjin telah diisytiharkan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1959 L.N. 170/1959 yang berisi:

  1. Keadaan struktur kenderaan keseluruhannya baik, terutama pada bahagian rangka casis.
  2. Tiada pengubahan struktur pada front cross member, steering linkage, dan steering box.
  3. Tiada pengubahsuaian dilakukan pada base engine mounting dan tiada kimpalan yang dilakukan pada engine mounting.
  4. Kenderaan Proton selain Perdana dan Insipra hanya diperbolehkan menukar enjin hingga maksimum 1,836cc sahaja.
  5. Pelepasan asap kenderaan tidak boleh melebihi 50% opacity bagi kenderaan dengan enjin diesel.
  6. Lulus ujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

Pemilik kenderaan harus menyiapkan dokumen-dokumen yaitu:

1. Untuk kategori 1

Pemilik tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh terus ke Puspakom dengan membawa dokumen berikut:

  • Kad pendaftaran kenderaan asal dengan tanda tangan pemilik.
  • Bil/resit belian enjin asal.
  • Laporan kastam K1 asal.
  • Surat pengesahan jual beli jika enjin kenderaan didapat dari kenderaan lain.
👉 Baca Juga:  5 Cara Bayar Saman Blacklist JPJ di JPJ dan Online

2. Untuk Kategori 2 hingga 6

Pemilik kenderaan dapat memohon ke bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan kelulusan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Borang pemberitahuan penukaran enjin.
  • Salinan kad pendaftaran enjin dengan tanda tangan pemilik kenderaan.
  • Salinan bil resit belian enjin.
  • Salinan laporan kastam K1 yang telah disahkan.
  • Surat pengesahan jual beli jika enjin dibeli dari kenderaan lain.

Apabila surat kelulusan telah dikeluarkan, pemilik kendaraan perlu hadir ke Puspakom dalam masa 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan laporan pemeriksaan Puspakom dengan membawa dokumen-dokumen yaitu:

  • Surat kelulusan dari bahagian kejuruteraan automotif JPJ.
  • Kad pendaftaran kenderaan asal yang sudah ditandatangani pemilik.
  • Bil/ resit pembelian enjin asal.
  • Laporan kastam K1 yang asal.
  • Surat pengesahan jual beli antara pemilik (untuk enjin yang dibeli dari kenderaan lain).
  • Laporan PG10 (diperlukan sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal).

Setelah laporan dari Puspakom dikeluarkan, pemilik kenderaan perlu membawa laporan tersebut (B2) ke JPJ negeri atau cawangan bersama kad pendaftaran untuk mengemaskini kad pendaftaran dan merekodkan rujukan kelulusan.

Prosedur permohonan menukar enjin dari Puspakom ini penting untuk dicatat sekiranya anda bercadang mengubahsuai enjin kenderaan anda dalam masa terdekat.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *