Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bermula sejak Januari 2018. Sistem ini dirancang bagi membuat satu jejaring keselamatan sosial untuk membantu golongan pekerja yang hilang punca pendapatan. Mereka akan mendapat bantuan dari SIP berupa bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.
SIP mempunyai terma sebagai berikut:
- Semua pekerja umur 18 – 60 tahun perlu dicarumkan. Kecuali untuk pekerja yang berumur 57 ke atas dan tiada caruman perlu dibayar sebelum berusia 57 tahun.
- Takrif liputan tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan.
- Kadar caruman bagi SIP adalah 0.2% dari majikan dan 0.2% daripada gaji bulanan pekerja.
Kadar caruman tertakluk kepada Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 Jadual Kedua. Pekerja yang melanggar peraturan dan terbukti bersalah dapat dikenakan hukuman denda maksimum RM 10,000 dan dua tahun penjara.
Isi Kandungan
Pendaftaran SIP Tahun 2020
Bagi pekerja yang hilang pekerjaan bermula tarikh 1 Januari 2018, anda boleh buat permohonan Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) daripada PERKESO. SIP memberikan program bantuan mencari kerja dan bantuan kewangan.
Selepas hilang pekerjaan, SIP akan memberikan bantuan segera sebanyak RM600 maksimum selama 3 bulan, 7 hari selepas disahkan hilang kerja.
Setiap warganegara Malaysia yang mencarum pada PERKESO layak memohon SIP, kecuali mereka yang hilang pekerjaan disebabkan salah laku, tamat kontrak, bersara, atau letak jawatan secara sukarela.
Pelaksanaan program ini bertujuan membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan untuk menyara kehidupan sampai mendapat kerja baharu.
SIP terdiri dari dua komponen utama iaitu insurans pekerjaan dan polisi pasar pekerja aktif.
Komponen insurans pekerjaan diberikan berupa bantuan kewangan untuk pekerja yang terjejas untuk menyokong keperluan asas diri dan keluarga semasa mencari pekerjaan baharu. Bantuan kewangan tambahan juga akan diberikan kepada mereka yang menjalani program latihan untuk menaikkan kebolehan mereka.
Sedangkan komponen kedua ialah tambahan bantuan berupa program perkhidmatan pekerjaan semula bagi mereka yang terjejas agar mendapat pekerjaan baharu yang sesuai. Bantuan ini meliputi kaunseling, latihan, dan carian padanan pekerjaan.
Permohonan SIP hanya boleh dibuat sekali sahaja dengan tuntutan maksima tiga kali dalam tempoh satu tahun.
Faedah daripada SIP termasuk:
- Perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada orang yang memiliki insurans untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian.
- Elaun mencari pekerjaan selama 1 – 6 bulan tertakluk kepada kelayakan caruman dan kesediaan bekerja semula.
- Elaun bekerja semula awal untuk menggalakkan mereka segera kembali bekerja.
- Elaun pendapatan berkurangan bagi mereka yang bekerja dengan beberapa majikan dan telah kehilangan pekerjaan.
- Elaun latihan harian bagi yang mengikuti latihan.
- Pembayaran yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan berdaftar.
Agar mendapatkan SIP, anda dan bekas majikan perlu membuat caruman sebesar RM 1.90 bagi yang berpendapatan RM 1,000 sebulan atau RM 7.9 bagi yang bergaji RM 5,000 ke atas.
Faedah diberikan bergantung kepada kelayakan caruman minima 12 bulan atau maksima 24 bulan setiap tuntutan. Jumlah bantuan kewangan maksimum diberikan iaitu RM 10,800 dan maksimum selama 6 bulan.
Cara Memohon Sistem Insurans Pekerjaan
Permohonan SIP boleh dibuat menerusi atas talian dengan mengisi dan melampirkan borang dan perintah atau surat pengesahan mendaftar diri sebagai pencari kerja. Apabila permohonan lengkap, pihak PERKESO akan memproses dan menyemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
Permohonan yang telah diterima akan disalurkan kepada PERKESO, JTK, atau JPP bagi mengesahkan kehilangan pekerjaan. Setelah mendapat kelulusan, pemohon akan menerima baucer dan pemindahan wang ke dalam akaun.
Elaun-elaun dalam SIP
SIP memberikan faedah berupa elaun yang dibayar kepada pekerja terjejas iaitu:
1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Elaun akan dibayar dalam masa pencarian kerja antara 3 sampai 6 bulan. Besarnya EMP bergantung kepada peratusan kadar bulalan yang menurun bermula dari 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan. Penerima EMP diharuskan mendaftar diri sebagai pencari kerja dan aktif mengikuti program penempatan pekerjaan semula.
2. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) diberikan untuk menggalakkan pekerja terjejas bagi mendapatkan pekerjaan baharu dalam tempoh singkat. Tanpa faedah ini dikhuatiri mereka tiada inisiatif mencari kerja, sebaliknya menikmati kelayakan EMP sehingga 6 bulan.
3. Elaun Latihan (EL)
EL dibayar kepada pekerja berdasarkan permohonan dan keperluan semasa. EL diambil dari 25% gaji yang diinsuranskan. Bayaran EL ialah bulanan dengan kadar RM 10 hingga RM20 sehari mengikut jumlah hari latihan yang diikuti. Modul dan jenis latihan yang diikuti telah ditentukan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
4. Elaun Pendapatan Berkurang (EPB)
EPB dibayar terus kepada pekerja yang kehilangan kerja pada satu majikan tetapi masih bekerja pada majikan lain. Elaun ini diberikan memandangkan pendapatan individu tersebut berkurang kerana pemberhentian kerja.
Demikianlah maklumat ringkas mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Sila rujuk maklumat lanjut daripada jabatan sumber manusia tempat anda bekerja, majikan, ataupun PERKESO.