Cara Menentukan Harga Insuran Kereta

By | 14 Oktober 2024

Setiap tahun, harga insuran kereta akan berubah mengikut harga pasaran semasa kereta anda. Harga insuran dipengaruhi oleh beberapa faktor lain termasuk keadaan kereta, jumlah perlindungan, dan besarnya diskaun tiada tuntutan.

Cara Menentukan Harga Insuran Kereta

Isi Kandungan

Faktor Penentu Harga Insuran Kereta

Harga insuran kereta paling murah ditentukan oleh 3 faktor iaitu:

1. Jumlah Perlindungan Kereta

Jumlah perlindungan kereta yang akan digunakan oleh pihak ejen atau insurans ialah seperti jumlah cover kereta, jumlah yang diinsuranskan, atau sum insured. Dalam insuran, Allianz akan guna istilah sum insured manakala Etiqa Takaful menggunakan istilah Vehicle Estimated Value.

harga insuran kereta viva

👉 Baca Juga:  Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Apabila Kereta Anda Dilanggar
👉 Baca Juga:  Roadtax Yang Hilang atau Rosak, Begini Cara Dapatkannya

Maknanya, semakin mahal harga kereta anda, semakin tinggi jumlah perlindungan kereta anda.

2. Tahun Pembuatan Kenderaan

Faktor kedua penyumbang harga insuran kereta ialah tahun kenderaan dibuat. Harga insuran untuk kereta tahun 2019 lebih mahal daripada kereta keluaran tahun 2016. Contohnya kereta Perodua Axia G tahun 2019, harga insuransnya ialah RM39,000 sedangkan kereta sama yang dibuat tahun 2016 harga insuransnya dalam RM24,000 sahaja. Artinya semakin baru kereta yang anda daftarkan, harga insuran pun semakin mahal.

3. NCD atau No Claim Discount

Setiap memperbaharui insurans kereta, anda perlu menyemak NCD atau no claim discount. Apabila anda memandu dengan berhemah dan mampu mengelakkan kenderaan terlibat kemalangan, anda layak menerima no claim discount sehingga 55 peratus.

Jika tiada tuntutan insuran dibuat selama 12 bulan pertama, anda layak menerima 25 peratus diskaun, untuk tahun kedua pula anda layak menerima 30 peratus, tahun ketiga 38.33 peratus, tahun keempat 45 peratus untuk tahun keempat, dan 55 peratus untuk tahun kelima. Untuk tahun keenam dan seterusnya tiada kenaikan diskaun karena setengah harga telah sampai tahap maksima.

Contoh bagaimana NCD mampu mengurangkan bayaran insuran iaitu:

Nilai insuran kereta pada tahun berkenaan RM40,000, NCD yang adan terima sebesar 25%, maka jumlah insuran yang kena dibayar ialah RM938.

Ketika membayar insurans anda boleh membuat add on atau tambahan insurans untuk perlindungan cermin hadapan. Tambahan yang perlu dibayar ialah 15% dari keseluruhan nilai insuran anda dalam satu tahun.

Anda boleh memindahkan NCD kepada pelan insuran baru atau kereta baru dengan syarat kereta tersebut mestilah atas nama anda.

Pengiraan premium kenderaan pribadi boleh dilakukan dengan kalkulator premium atas talian. Besarnya premium akan berubah bergantung pada perincian polisi seperti kapasiti enjin, jenis perlindungan, manfaat tambahan, dan diskaun tiada tuntutan.

Semak Harga Insuran Kereta Secara Online

Semak harga insuran kereta perlu dilakukan setiap tahun sebelum anda memperbaharui insurans dan road tax. Ini penting untuk mengelakkan daripada terkena saman dari JPJ Malaysia taupun dikenakan tindakan undang-undang yang lebih berat.

harga insuran kereta kancil 850

Menyemak harga roadtax dan insurans kereta, sekarang ini boleh dilakukan secara atas talian tanpa mengharuskan anda datang ke mana-mana kaunter pembayaran insuran dan road tax.

Ketika menyemak, anda dikehendaki memilih kategori kependudukan. Kemudian seterusnya ialah memasukkan nombor kad pengenalan. Untuk kenderaan yang gagal memperbaharui cukai dan insurans selama lebih dari dua tahun dikendaki menghantar terlebih dulu kereta ke Puspakom.

Salah satu alat yang membolehkan anda mencari maklumat syarikat insurans dan menyemak harga insurans adalah I-Search. Aplikasi ini boleh memberikan maklumat syarikat insurans, tempoh polisi, sehingga jenis perlindungan alam masa kurang dari 2 minit.

👉 Baca Juga:  Harga Insurans Kereta 3rd Party Termurah di Malaysia
👉 Baca Juga:  Bagaimana Nak Faham NCD dan Cara Pengiraan Insuran Kereta?

Anda pun boleh mendapatkan maklumat berkenaan insurans yang lepas sama ada menggunakan pelan komprehensif ataupun pelan asas. Maklumat itu sangat penting apabila anda akan memperbaharui insurans atau cukai jalan. Cara menggunakan I-Search ialah sebagai berikut:

  • Layari http://www.mycarinfo.com.my
  • Klik I-Search
  • Kemudian pilih free credit, lalu tekan Go
  • Masukkan maklumat yang diminta yaitu nombor pendaftaran kenderaan, nama penuh pemilik, alamat emel, dan terakhir sekali confirm emel anda.
  • Tick ‘Yes’ pada kolom terma dan syarat, lalu tekan Enquire.
  • Seterusnya, aplikasi akan memberikan maklumat tentang syarikat dan tarikh luput insurans.

Apabila maklumat lengkap telah diperolehi, anda boleh terus memperbaharui insurans dan cukai jalan. Anda dinasihatkan untuk menguruskan sendiri kemas kini insurans dan cukai jalan supaya lebih jimat, tanpa perlu membayar runner ataupun ejensi.

Harga Insuran Kereta Terpakai

harga insuran kereta 2019

Membeli kereta terpakai memang kena pandai check. Jika tidak, anda perlu menggunakan khidmat orang lain untuk check tayar, minyak hitam, dan bahagian lain dalam kereta. Tak hanya keadaan luaran kereta yang kena check, anda pun mesti memastikan kereta anda bebas daripada saman sama ada dari Polis Trafik ataupun JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

Anda perlu check saman di Polis Trafik dan kaunter JPJ kerana data dari sistem dan online selalunya kurang akurat. Apabila kereta terpakai yang anda beli terkena senarai hitam (blacklist), anda tak boleh daftar insurans.

Daftar insurans kereta ini penting dilakukan sebelum anda memohon tukar nama kepada JPJ. Selepas mendaftar insurans, anda pun cek balik ke JPJ sama ada boleh tukar nama atau belum.

Setelah dibenarkan tukar nama, anda pun perlu service kereta. Apalagi jika ianya telah digunakan selama bertahun-tahun, ada banyak part yang kena tukar. Untuk mengelakkan kemalangan atau kerosakan mendadak semasa anda tengah memandu, elok tukar apa yang patut.

Dapatkan cover note insurans dari pemilik sebelumnya juga dapat memudahkan urusan anda mendaftar insurans. Check juga NCD (No Claim Discount) kereta untuk mengenal pasti kereta pernah mengalami kemalangan atau tidak.

👉 Baca Juga:  Cara Dapatkan Diskoun Insurans Kereta Pemandu Berhemah
👉 Baca Juga:  Tukar Cermin Kereta Retak, Bagaimana Cara Nak Claim Insurans?

Untuk kos tukar nama di JPJ dan mendaftar insuran, tentu ianya lebih murah jika anda menguruskan sendiri. Tetapi kalau nak senang dan cepat, anda boleh percayakan kepada runner atau orang lain yang boleh menguruskan untuk anda.

Anggaran kos yang diperlukan antara lain kos Puspakom RM30, kos tukar nama RM100, dan kos insuran yang bergantung jenis kereta dan jenis insuran yang anda ambil.

Apabila anda kurang mahir atau kurang pasti untuk mengambil insuran sendiri, anda boleh membeli melalui ejen yang dipercayai. Harga insuran kereta pun boleh anda runding mengikut kemampuan dan mana yang bersesuaian dengan kereta anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *