Tempoh matang insurans boleh dikatakan sebagai tempoh akhir perlindungan polisi kepada peserta insurans. Apabila sampai tempoh matang, duit boleh dikeluarkan dengan terma-terma tertentu yang dipersetujui peserta dengan syarikat insurans.
Sebenarnya, sebelum sampai tarikh tempoh matang, polisi boleh sahaja ditamatkan sekiranya polisi dalam bentuk produk investment-link. Selepas polisi ditamatkan, anda akan menerima cash value. Akan tetapi, anda akan kehilangan fungsi takaful atau insurans sebagai perlindungan kewangan.
Isi Kandungan
Tempoh Matang Insurans Turut Dikawal Kerajaan
Insurans adalah salah satu produk kewangan yang tiada bentuk fizikal. Sehingga sukar disukat dan didefinisikan. Apabila anda mendaftar insurans, maknanya anda terikat janji dengan syarikat insurans yang akan memberikan bayaran sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan, sakit yang membuatkan anda masuk wad, ataupun kematian.
Anda sebagai pemegang polisi perlu membayar premium tahunan untuk menerima bayaran yang telah ditentukan oleh syarikat. Maka tertunainya perjanjian ini bergantung pada reputasi dan kejujuran syarikat. Oleh kerana itu, kerajaan mengenakan kawalan ketat pada penjualan polisi insurans.
Jika syarikat gagal menunaikan janji, akibatnya dapat menjejaskan ramai pemegang polisi dan berakibat buruk pada masa hadapan mereka. Pengawalan ini dilakukan oleh kerajaan dengan mewujudkan Akta Insurans 1996.
Akta ini pun turut mengatur prosedur tuntutan terhadap syarikat oleh pemegang polisi yang terlibat kemalangan, masuk hospital kerana sakit, atau meninggal dunia dan apabila tempoh matang insurans telah sampai.
Prosedur Tuntutan Kematangan Tempoh Insurans
Jumlah yang diinsuranskan perlu dibayar balik oleh syarikat jika pemegang polisi masih hidup pada hujung tempoh kontrak untuk polisi insurans hayat endowmen. Jika telah mencapai tempoh matang, lazimnya syarikat insurans akan menghubungi pemegang polisi tentang endowmennya dan meminta pemegang polisi melakukan prosedur berikut.
- Borang pengenalan, borang mandiri, dan borang pelepasan akan dihantar oleh syarikat kepada pemegang polisi untuk dilengkapkan. Anda dikehendaki mengembalikan borang-borang kepada syarikat bersama dengan kontrak polisi.
- Dokumen lengkap diperlukan pabila pemegang polisi ialah orang yang namanya didaftarkan dalam insurans. Dokumen tersebut meliputi bukti keterangan umur, bukti masih hidup, dan baucar pelepasan lengkap. Semua dokumen ini dikehendaki diserah bersama dokumen polisi.
- Sementara apabila pemegang polisi bukan orang yang diinsuranskan, hendaklah menyerahkan surat serah hak dan kenyataan ringkas. Kenyataan tersebut mengatakan bahawa orang yang diinsuranskan tak dapat menandatangani sijil mandiri.
Polisi insurans hayat endowmen kebiasaannya memberikan pilihan ketika telah jatuh tempoh matang insurans. Penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh pemegang polisi biasanya:
- Perolehan dari kematangan tunai.
- Perolehan kematangan ditukarkan kepada anuiti pasti atau anuiti hayat.
- Perolehan kematangan dibiarkan menjadi deposit mengikut terma dan syarat yang ditetapkan syarikat insurans.
- Mengeluarkan perolehan kematangan beransur selama tempoh beberapa tahun dan faedah sakan diberikan melalui akaun bank.
Tempoh Matang dalam Takaful
Sebelum bincang pasal tempoh matang takaful, anda kena tahu yang polisi takaful ada 3 jenis iaitu endowment policy, whole life policy, dan term policy. Anda boleh memilih jenis polisi mana yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan.
1. Endowment Policy
Polisi endowmen menjanjikan pulangan wang tunai selepas tempoh matang kepada peserta takaful. Peserta boleh mencarum bulan-bulan secara konsisten dalam masa 10 tahun, 20 tahun, hingga 70 tahun. Sekiranya sepanjang tempoh pencaruman berlaku sebarang musibah, peserta atau waris akan menerima wang pampasan.
Peserta akan menerima sejumlah wang yang dikenali sebagai cash value yang telah terkumpul, apabila tiada apa berlaku hingga tempoh matang.
Anda boleh menambahkan rider atau manfaat tambahan berupa medical card ke dalam polisi ini. Salah satu contoh produk takaful jenis ini ialah Takaful Ikhlas Saving Prime. Produk ini memiliki matlamat memberikan maturity value atau cash value sekurang-kurangnya setelah mencarum 5 tahun dan caruman maksima ialah sehingga berumur 75 tahun.
Jenis insuran ini sangat bersesuaian untuk pelanggan yang menekankan aspek simpanan pada takaful. Meskipun kurang tepat, tidak salah apabila pelanggan memilih polisi ini untuk menyimpan wang.
2. Whole Life Policy
Polisi ini menjanjikan perlindungan sehingga peserta berumur 100 tahun. Meski hakikatnya tak ramai orang boleh hidup sehingga usia tersebut. Jenis polisi ini kebiasaannya tak membenarkan peserta mencarum untuk suatu tempoh.
Sebab, matlamat dari whole life policy ialah memberikan wang kepada peserta untuk maturity value. Β Pelan takaful ini juga kerap dimanfaatkan sebagai simpanan oleh peserta. Namun, anda kena faham bahwa fungsi cash value ialah menampung kos takaful sehingga ia boleh berkurang, kerana kos akan meningkat mengikut usia peserta.
Apalagi jika terdapat manfaat atau rider tambahan dalam polisi ini, seperti medical card dan waiver of contribution.
3. Term Policy
Term yang dimaksudkan di sini ialah tempoh. Polisi ini sangat sesuai bagi peserta yang memiliki bajet kecil. Fokus term policy ialah pada perlindungan pendapatan yang tinggi tetapi bertempoh sehingga sudah semestinya ia murah.
Namun, polisi ini tak menawarkan cash value. Term policy hanya memberikan perlindungan hayat, perlindungan pendapatan, dan bantuan kewangan untuk kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh sahaja.
Tempoh pilihan yang diberikan biasanya 5 tahun, 10 tahun, dan 20 tahun. Selepas tamat tempoh ini anda tidak akan menerima cash value. Mengikut kontrak takaful iaitu tabarru’ (sedekah) wang anda pula akan digunakan untuk membantu mereka yang mengalami musibah.
Pelan takaful ini sesuai untuk peserta yang baru mula berkenalan dengan takaful serta mereka yang berniat menambah perlindungan pendapatan.
Secara ringkasnya tempoh matang insurans dan takaful bermakna tempoh akhir perlindungan polisi yang mana anda boleh membuat tuntutan untuk mendapatkan cash value yang nilainya bergantung pada pelan anda.