Fahami Perbezaan 1st Party dan 3rd Party Sebelum Membeli Insurans Kenderaan,

By | 6 Oktober 2024

Di Malaysia, setiap kenderaan bermotor wajib mempunyai insurans, paling minima yaitu 3rd party. Maknanya sekiranya berlaku kemalangan, insurans akan memberi perlindungan kepada pengguna jalan raya. Dengan catatan, kemalangan disebabkan kecuaian pihak lain. Dalam artikel ini, Anda akan fahami lebih dalam perbezaan 1st party dan 3rd party insurans.

Isi Kandungan

Apa Itu Insurans 1st Party and 3rd Party?

Insurans 1st party atau sering disebut insurans komprehensif ialah perlindungan menyeluruh kepada kereta dan pemandu sekiranya berlaku kereta breakdown, berlaku kemalangan, kebakaran, cubaan pencurian, objek terjatuh ke atas kereta Anda seperti pokok tumbang atau orang baling barang, baik pulih tepian jalan, dan tundaan kerosakan pada 50km pertama secara percuma. Insurans 1st parti akan melindungi dan membayar ganti rugi apabila Anda mengalami masalah tersebut. Bila berlaku kemalangan atau kerosakan, insurans akan cover terus.

Selain mengetahui apa yang insurans cover, Anda pun harus faham apa yang insurans tak cover. Misalnya wang sewaan kereta lain semasa kereta Anda dalam proses baik pulih dan kerosakan tayar dan enjin kereta pada masa yang sama.

Dalam dunia insurans 1st party merujuk kepada Anda sebagai pemandu atau pemilik kereta. Sedangkan 2nd party merujuk kepada syarikat insurans kereta, sementara 3rd party merujuk kepada pihak lain yang terlibat. Maka, insurans 3rd party ini melindungi Anda dari kemalangan atau kerosakan yang berlaku kepada kenderaan orang lain disebabkan kereta Anda. Insurans 3rd party memberikan perlindungan minimum atau asas apabila kemalangan berlaku. Dengan insurans 3rd party, Anda tak boleh claim kerusakan yang terjadi kepada kereta Anda.

👉 Baca Juga:  Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal

Oleh sebab itu, polisi 3rd party selalunya lebih murah apabila dibandingkan dengan insurans kereta lainnya. Jenis insurans 3rd party ialah insurans asas untuk membolehkan pemandu memperbaharui cukai jalan dan memandu secara sah di jalan raya. Pelanggan insurans 3rd party umumnya ialah pemilik kereta lama atau kereta berharga murah. Meskipun harga insurans ini murah, untuk jangka panjang menjadi lebih mahal karena kereta lama selalunya lebih mudah terlibat kemalangan. Dari segi proses, insurans 3rd party lebih susah diperolehi daripada jenis insurans lainnya.

Sekiranya menggunakan insurans 3rd party, pihak ketiga akan terlindungi. Termasuklah pejalan kaki, pemilik bangunan, dan pemandu lain serta kendaraannya. Sekiranya dalam kemalangan berlaku kerosakan terhadap kenderaan Anda sendiri, tidak boleh membuat tuntutan kepada insurans.

Syarikat insurans kebanyakannya lebih suka menawarkan insurans komprehensif atau 1st party. Kebelakangan ini kemalangan semakin kerap berlaku sehingga claim-nya tak berbaloi bagi syarikat insurans.

Selain itu, syarikat insurans susah menilai kereta lama untuk menentukan premium yang harus dibayar. Apabila Anda sedang mempertimbangkan insurans 3rd party, Anda akan menanggung kos premium load yang perlu ditanggung.

Bagi menanggung risiko tinggi, ada jumlah ekstra yang ditambah kepada keseluruhan jumlah premium yaitu disebut Premium Load. Untuk mereka yang layak memohon insurans 3rd party, syarikat selalunya akan menawarkan insurans tambahan.

Insurans 1st party merangkumi perlindungan yang ditawarkan oleh 1st dan 3rd party. Asasnya, perlindungan merangkumi 3rd party, kecurian dan kebakaran, dan tambahan perlindungan kepada kerosakan kendaraan Anda sendiri.

Perbezaan Insurans 1st Party dan 3rd Party

perbezaan 1st party dan 3rd party insurans kenderaan

Insurans 1st party akan membayar kos baik pulih kereta Anda apabila terlanggar oleh orang lain atau melanggar kereta lain.

Apabila kereta Anda dilanggar oleh pemandu lain, Anda boleh claim insurans 3rd party, selain kes langgar lari. Apabila kemalangan terjadi atas kecuaian Anda sendiri seperti tertidur atau brek bermasalah, Anda pun boleh claim.

👉 Baca Juga:  Harga Insuran Motosikal Termurah dan Cara Membeli Insurans dalam Talian

Insurans 3rd party hanya akan membayar kos baik pulih kereta yang Anda langgar. Misalnya, Anda melanggar kereta orang lain, Anda tak boleh claim untuk repair kereta Anda apabila Anda melanggan insurans 3rd party. Akan tetapi orang lain boleh claim dan NCD Anda akan menjadi 0%.

Itulah perbezaan utama insurans 1st party dan 3rd party dalam perkara claim. Beza 1st party dan 3rd party selanjutnya ialah kesediaan towing pada kes kereta rosak dan kemalangan.

Insurans 1st party memberikan towing sekiranya kereta Anda rosak atau terlibat kemalangan. Assist yang diberikan termasuk kerosakan minor, tukar bateri, dan tayar pecah.

Sedangkan insurans 3rd party tidak menyediakan towing ataupun assist. Apabila kereta Anda terlibat kemalangan atau rosak, Anda harus mengeluarkan kos untuk towing. Namun, ada sesetengah syarikat insurans yang menawarkan towing bagi 3rd party dengan tambahan bayaran tertentu. Contohnya Etiqa dengan produk polisi Driver Passenger Accident.

Perbezaan seterusnya ialah penambahan rider atau perlindungan tambahan untuk selain kes kemalangan. Rider untuk insurans 1st party seperti rusuhan, banjir, cermin, passenger liability, dan audio. Sedangkan insurans 3rd party mempunyai rider yang terhad. Sekiranya Anda melanggan insurans 3rd party, kos baik pulih seluruhnya adalah tanggung jawab Anda.

Dari huraian di atas, boleh disimpulkan bahwa insurans 1st party lebih disyorkan untuk melindungi kereta Anda.

Tips Membuat Tuntutan Insurans Kenderaan

Insurans 1st party dikenali sebagai pakej insurans yang lebih lengkap. Maknanya, kenderaan Anda turut dilindungi, selain pengguna lain. Perlindungan lengkap atau komprehensif secara amnya memerlukan premium yang lebih tinggi karena risiko yang ditanggung oleh pihak insurans lebih tinggi.

Apabila kereta Anda terlibat kemalangan atau terlanggar kereta lain, boleh membuat tuntuan sekiranya polis telah menetapkan yang orang itu bersalah. Sekiranya ia mendapat sama, barulah Anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan NCD (No Claim Discount) Anda selamat. Ada dua cara boleh Anda buat untuk membuat tuntutan yaitu:

👉 Baca Juga:  √ Senarai Harga Roadtax Kereta 2021

1. Tuntutan Pihak Ketiga

Pertama, Anda harus membaik pulih kereta Anda yang rosak atau terlibat kemalangan, kemudian bayar. Gunakan resit untuk membuat tuntutan. Dalam kes ini, Anda boleh buat tuntutan loss of use. Sebagai contoh, kereta Anda diperbaiki selama 10 hari di bengkel dan Anda boleh menuntut kerugian. Misalnya RM50x10 hari = RM500.

2. Own Damage Knock for Knock

Kaedah ini telah wujud sejak tahun 1990-an oleh Bank Negara. Untuk membuat tuntutan, Anda harus claim insurans kepada pihak yang bersalah melalui syarikat insurans Anda. Selanjutnya claim semula dari syarikat insurans pihak ketiga akan dilakukan oleh syarikat insurans Anda. Kelebihan seterusnya yaitu NCD Anda tidak akan terjejas.

Untuk pemilihan syarikat insurans, Anda boleh tukar mana-mana syarikat yang Anda mahu. Malah Anda boleh lindungi kereta dengan lebih dari satu syarikat. Setiap insurans hanya akan membayar sebahagian dan tidak sepenuhnya apabila berlaku tuntutan.

Perlindungan tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah selain akibat kemalangan teruk tidak akan diberikan oleh polisi insurans standar. Begitupun kerosakan akibat tertimpa pokok tumbang. Dengan kata lain, insurans akan cover keseluruhan kereta, tetapi mereka juga berhak menolak tuntutan yang tak munasabah. Itulah beda 1st party and 3rd party insurans, semoga dapat menambah kefahaman Anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *