5 Syarikat Insurans Hayat Terbaik di Malaysia, The Best!

By | 3 Desember 2024

Dalam kehidupan yang tidak menentu dan sentiasa berubah, perlindungan diri dan keluarga daripada perkara-perkara yang tidak diingini sangat penting. Perlindungan melalui insurans hayat terbaik ialah pilhan bijak pada masa ini. Namun, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memandang penting kepada insurans hayat.

Menurut kajian Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) pada tahun 2012/2013 hanya sebanyak 56% dari seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan pelan insurans tersebut.

Insurans hayat merupakan kontrak antara pemegang polisi dan syarikat insurans, di mana pemegang polisi akan membuat bayaran sama ada angsuran ataupun sekaligus untuk mendapatkan bayar balik manfaat selepas kematian kepada waris.

insurans hayat terbaik

Insurans hayat terbaik

Kini, kebanyakan insurans hayat terbaik juga menawarkan pampasan hilang upaya menyeluruh atau kekal untuk melindungi pelanggan dan keluarga bagi menjana pendapatan. Satu lagi keuntungan insurans ini ialah bebas cukai.

Isi Kandungan

Jenis-jenis Insurans Hayat

Insurans hayat menawarkan pelbagai jenis pelan yang boleh dipilih oleh Anda sebagai bakal pelanggan.

1. Insurans Hayat Seumur Hidup

Insurans ini ialah pelan perlindungan jangka panjang untuk kematian dan kehilangan upaya kekal atau menyeluruh apabila perkara berkenaan berlaku.

Insurans ini terbagi ke dalam dua bentuk iaitu:

Pelan Sertaan: Menerusi dana penyertaan, pelan ini memungkinkan pemegang polisi dapat berkongsi keuntungan dengan syarikat insurans. Keuntungan akan dibayar dalam bentuk bonus tunai tanpa dividen dan jaminan.

Pelan Tanpa Sertaan: Pelan ini tidak memberikan keuntungan kepada pelanggan dari kongsi keuntungan syarikat tak seperti Pelan Sertaan.

2. Insurans Bertempoh

Insurans Bertempoh ialah insurans hayat yang memberikan perlindungan hingga satu tempoh masa yang sudah ditetapkan. Mulai 5 tahun hingga 30 tahun, bergantung kesepakatan dengan pelanggan.Dalam pelan ini, tak dibenarkan memasukkan simpanan dan pelaburan. Oleh sebab itu, tiada nilai tunai dibayar sekiranya polisi ditamatkan lebih awal.

👉 Baca Juga:  5 Insurans Terbaik di Malaysia untuk Perlindungan Kesihatan

Polisi akan membayar jumlah terjamin atau bayaran balik premium jika berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal kepada orang yang diinsurans semasa, serta pada akhir tempoh polisi. Pelan ini mampu menginsurans rakan kongsi atau pemegang kepentingan utama dalam syarikat, sehingga sangat sesuai untuk usahawan.

3. Endowmen

Endowmen menawarkan perlindungan untuk satu tempoh masa yang ditetapkan yang akan dibayar pada akhir tempoh polisi atau apabila berlaku hilang upaya menyeluruh dan kekal atau kematian.Pelan ini juga merangkumi polisi-polisi yang akan memberikan bayaran manfaat tunai terjamin setiap tahun, selagi orang yang diinsurans masih hidup sampai tempoh polisi tamat.

Pelan ini biasanya dipilih sebagai pelapis simpanan persaraan atau pendidikan anak. Endowmen menawarkan manfaat yang kurang daripada jumlah yang Deposit Tetap tawarkan.Sebabnya ialah karena Endowmen menawarkan perlindungan insurans dalam masa yang sama.

4. Insurans Berkaitan Pelaburan

Insurans Berkaitan Pelaburan tidak hanya menawarkan perlindungan hayat tetapi juga merupakan pelan pelaburan. Dalam pelan ini, pelanggan boleh menentukan tahap pelaburan dan perlindungan sesuai matlamat kewangan mereka. Karena menawarkan fleksibiliti, pelan ini menjadi antara insurans hayat yang paling popular.

5. Insurans Hayat Anuiti

Pelan ini memberikan bayaran tetap untuk tempo masa yang sudah ditentukan kepada pemegang polisi. Bayaran akan terus diberikan selagi pemegang polisi selagi masih hidup. Pelanggan insurans umumnya menggunakan pelan ini sebagai pendapatan tambahan setelah bersara. Kebanyakannya, insurans ini memerlukan pembayaran premium sekaligus. Tetapi ada juga pelan yang menawarkan pembayaran berkala sampai tempoh tertentu.

6. Rider / Insurans Perlindungan Tambahan

Insurans Perlindungan Tambahan boleh diambil ketika Anda mula melanggan pelan Insurans Bertempoh, Insurans Hayat Seumur Hidup, Insurans Endowmen, atau Insurans Berkaitan Pelaburan untuk memperolehi perlindungan tambahan. Dengan demikian, Anda perlu membayar lebih untuk premium dan caj-caj lainnya.

7. Insurans Gadai Janji Berkurangan Tempoh (MRTA)

Insurans ini dapat membayarkan pinjaman hartanah kepada institusi kewangan yang belum dijelaskan. Ini boleh dilakukan sekiranya pemengang polisi meninggal dunia atau kehilangan upaya menyeluruh atau kekal.

👉 Baca Juga:  8 Kelebihan Takaful Ikhlas Medical Card dan Pelan yang Ditawarkan

Mengapa Anda Perlukan Insurans Hayat?

Apabila Anda meninggal dunia esok hari, apakah aspek kewangan keluarga akan terlindungi? Sekiranya Anda susah mendapatkan jawapan atas soalan ini, fikir semula hakikat paling teruk jika berlaku keadaan tersebut.

Sekiranya keluarga akan mendapati kesusahan kewangan selepas Anda meninggal dunia, maka insurans hayat ialah satu keperluan. Pihak insurans akan membayar manfaat guna menggantikan pendapatan Anda untuk membantu keluarga menangani keperluan kewangan.

Untuk Anda yang memiliki ahli keluarga yang bergantung sepenuhnya dari segi kewangan, pelan insurans hayat ialah paling sesuai. Insurans akan memastikan keluarga Anda dibiayai selepas Anda tiada atau kehilangan upaya. Dengan begitu, pemergian Anda tak akan menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Pelepasan cukai hingga RM6,000 setahun pun dapat Anda perolehi. Ini untuk sumbangan Anda kepada insurans hayat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan

Faktor-faktor yang Harus Dipertimbangkan

Insurans hayat terbaik merupakan pelan perlindungan seumur hidup, maka Anda harus membuat pertimbangan dan kaji selidik dari semua aspek sebelum membelinya. Berikut faktor yang harus Anda pikirkan.

1. Matlamat Kewangan

Kenal pasti matlamat kewangan sebelum membeli polisi insurans yang bersesuaian. Keperluan pelan kewangan untuk persaraan, meringankan bebanan cukai, ataupun pembiayaan pendidikan anak menentukan pelan insurans hayat yang paling sesuai.

2. Kos Premium

Besarnya kos premium harus bersesuaian dengan kemampuan Anda. Premium yang terlalu mahal boleh mengakibatkan pembayaran tertunda ataupun krisis kewangan. Mengikut saranan perancang kewangan, premium insurans sebaiknya hanya sebesar 6% sahaja dari pendapatan Anda. Buat semakan terlebih dahulu sebelum memilih polisi insurans hayat terbaik dan berpatutan.

3. Nilai Polisi

Bincangkan dengan wakil ejen insurans untuk menentukan jumlah polisi insurans yang Anda perlukan bagi melindungi keluarga, sehingga tidak menjadikan perkara ini rumit.

4. Polisi Insurans yang Sesuai

Keadaan kewangan Anda dan keluarga menjadi penentu dalam memilih insurans yang sesuai bergantung kepada. Insurans hayat tidak saja penting untuk mendapatkan manfaat nantinya, tetapi juga memastikan anggota keluarga tidak terabai dari segi kewangan sekiranya perkara yang tak diingini berlaku pada Anda.

👉 Baca Juga:  Insuran Kesihatan Terbaik

Anda harus mengira jumlah dan jenis polusi insurans supaya tidak terikat perlindungan yang mahal ataupun perlindungan yang tidak mencukupi. Pahami liputan setiap satu polisi dan pertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat kewangan Anda.

5 Syarikat insurans hayat terbaik

Syarikat insurans hayat terbaik

5 Syarikat insurans hayat terbaik di Malaysia

Berikut ini senarai syarikat terbaik yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dibuktikan dengan jenama yang lama, penarafan kredit yang unggul, dan reputasi perkhidmatan pelanggan yang baik.

1. Northwestern Mutual

Northwestern Mutual ialah syarikat insurans yang telah beroperasi selama hampir 160 tahun. Syarikat ini menawarkan pelbagai produk insurans termasuk insurans hayat jangka panjang dan insurans sepanjang hayat.

2. New York Life Insurance Company

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1845 di Amerika Syarikat. Dari empat agensi penarafan utama, syarikat ini menerima markah sempurna. New York Life menyediakan rangkaian pelan insurans hayat, anuiti, dan penjagaan jangka panjang.

3. TIAA Life

TIAA Life merupakan syarikat insurans yang membolehkan pengguna menukar asas insurans hayat jangka ke salah satu polisi tetap tanpa melalui pemeriksaan perubatan. Syarikat ini menawarkan had tempoh insurans hayatmulai 10 sampai 30 tahun.

4. Prudential Financial

Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1875 ini merupakan pemimpin dalam industri insurans hayat. Prudential menawarkan liputan universal, universal, dan terindeks serta tidak menyediakan insurans nyawa.

5. Amica Life

Amica membolehkan pemegang polisi mempunyai terma lebih panjang untuk mengekalkan daya beli mereka. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan sesi sembang langsung bagi mendapatkan saranan yang seseuai bagi setiap soalan berkaitan insurans hayat.

Itulah perkara yang mesti Anda pertimbangkan sebelum menetukan insurans hayat terbaik untuk dibeli. Apapun, pastikan memilih insurans yang bersesuaian dengan matlamat kewangan Anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *