Perbandingan Membeli Insurans Motorsikal Online dan Offline

By | 18 Oktober 2019

Insurans kenderaan wajib dimiliki oleh semua kenderaan yang ada di Malaysia untuk membolehkan ianya digunakan di lebuh raya. Adanya insurans boleh memberikan perlindungan kepada pemilik kenderaan, pengguna jalan lain, hingga pemilik properti di sekitar jalan. Untuk motorsikal, anda boleh membeli dan memperbaharui insurans motorsikal online ataupun langsung ke syarikat insurans.

Perbandingan Membeli Insurans Motorsikal Online dan Offline

Perbandingan Membeli Insurans Motorsikal Online dan Offline

Syarikat Insurans Kenderaan Terbaik

Insuran memberikan perlindungan kepada pemegang polisi apabila berlaku kemalangan yang menimbulkan kerugian bagi pemilik polisi ataupun pihak ketiga. Berikut beberapa syarikat yang memberikan khidmat insurans kenderaan terbaik di Malaysia.

1. Allianz

Allianz Malaysia Insurance Group ialah syarikat insurans yang menyediakan liputan insurans kenderaan komprehensif terbaik saat ini. Syarikat ini ialah bahagian daripada Allianz Malaysia Berhad.

2. MSIG

MSIG ialah syarikat insurans ketiga terbesar di Jepun yang merupakan gabungan dari Mitsui Marine & Fire Insurance Co. dan Sumitomo Marine & Fire Insurance Co. MSIG telah beroperasi di lebih dari 40 negara.

3. RHB Insurance

RHB Insurance Berhad ialah syarikat insurans yang mampu memberikan perlindungan menyeluruh. Insurans kenderaan yang ditawarkan telah memenangi banyak anugerah dan memiliki ramai pelanggan.

4. Tokio Marine

Tokio Marine ialah syarikat insurans Jepun yang beroperasi di Malaysia sejak tahun 1971. Syarikat ini ialah salah satu pembekal insurans kenderaan terbaik.

5. UNI Asia

UniAsia General Insurance ialah gabungan daripada South East Insurance Berhad milik DRB-Hicomdan United Overseas Bank Group yang ditubuhkan pada tahun 2003.

6. AXA

AXA ialah salah syarikat tertua di Malaysia yang telah beroperasi lebih dari 130 tahun dan memiliki ribuan ejen di negara ini.

7. Lonpac

Lonpac ditubuhkan pada tahun 1994 dan menjadi salah satu pembekal polisi motor persendirian di Malaysia.

8. Berjaya Sompo

Berjaya General Insurance Berhad diakuisisi dari Tokio Marine & Fire Insurance Bhd pada tahun 1999 dan bergabung dengan Sompo Japan Insurance Inc. Syarikat ini termasuk syarikat insurans terpopular di Malaysia saat ini.

Artikel ini yang anda mesti baca:

Semak Insurans Kereta Online

Cara Renew Insurans Kereta Online dan Melalui Pejabat Pos

Cara Renew Roadtax Motorsikal Offline

Insurans Motorsikal Online dan Offline

Renew roadtax motor boleh dilakukan secara langsung dengan cara membeli insurans dari pembekal insurans atau ejen dengan membawa geran kereta asal atau salinan. Kemudian pergi ke pejabat JPJ bawa salinan kad pengenalan, cover note insuran, dan geran kereta. Ambil nombor giliran dan tunggu dipanggil, selesaikan urusan anda.

Membuat perbaharuan road tax dan insuran terus ke pejabat Pos atau syarikat insurans adalah pilihan yang sesuai sekiranya anda tak terlalu pandai guna teknologi ataupun tempat tinggal anda berhampiran pejabat Pos.

Pejabat Pos menyediakan banyak kaunter yang dapat memberikan perkhidmatan memperbaharui insurans dan cukai jalan. Setidaknya 15 panel insuran telah berdaftar dengan Pos Malaysia sehingga memudahkan pengguna untuk memilihnya. Anda tak perlu membawa geran asal, cukup kad pengenalan sahaja untuk perbaharui insurans anda.

Anda juga boleh buat renew ke JPJ. Untuk membuat renew di JPJ, anda perlu membawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan wang tunai, sebab mereka tidak menerima pembayaran dari kad. Selalunya pembayaran di kaunter JPJ memerlukan masa agak lama untuk beratur.

Artikel ini yang anda mesti baca: Cara Mudah Semak Insurans Kereta Secara Online

Renew Insurans dan Roadtax Motorsikal Online dengan RHB Mobile App

Insurans Motorsikal Online

Tetapi, anda boleh membuat renew insurans motorsikal online yang lebih mudah, cepat, dan jimat. Renew road tax online melalui MyEG membolehkan anda mendapat perkhidmatan 24 jam sehari, klaim tuntutan yang mudah dan cepat, dan pembayaran melalui kad kredit, FPX, Maybank2u.com, dan PosPay.

MyEG menyediakan banyak pilihan panel insurans dan perkhidmatan pengiriman dokumen ke alamat anda melalui kurir.

Beberapa syarikat juga menyediakan platform masing-masing untuk memberikan perkhidmatan renew insurans online. Salah satunya ialah RHB Insurans Mobile App.

Anda boleh mencuba RHB Insurance Mobile App untuk memperbaharui insurans. App ini membolehkan anda membuat renew online dengan cara yang mudah, selesa, dan cepat. Ketika menggunakan app ini, tekan pada butang Quick Quote. Anda pun akan dihubungkan kepada proses pemilihan insurans.

Setelah itu masukkan nombor kad pengenalan, status perkahwinan, poskod, nombor pendaftaran kenderaan, dan app akan memberikan maklumat yang anda perlukan.

Setelah anda rasa harga yang ditawarkan boleh diterima, lanjutkan proses.

Sesudah menerima harga insurans akhir, anda boleh memilih perlindungan tambahan seperti rusuhan dan bencana atau penunggang motosikal selain pemilik.

Selain renew insurans, anda juga boleh renew road tax sekali. Anda hanya perlu melakukan sedikit saja langkah untuk membayar renew road tax. Caj tambahan akan dikenakan apabila anda menghendaki dokumen dihantar ke alamat anda. Untuk Semenanjung, pengiriman akan dilakukan dalam masa 2 hari dan Sabah dan Serawak boleh menerima dalam masa 5 hari kerja.

Selanjutnya, proses dengan kad debit ataupun kad kredit. Setelah itu, anda boleh menerima cover note polisi dan tax invoice melalui emel dalam masa dua hari kerja. Proses renew insurans motor anda pun selesai.

Secara keseluruhan, RHB Insurance Mobile App sangat memudahkan proses ini. Anda boleh membuat renew hanya dari telefon pintar di mana saja anda berada.

Membeli insurans motorsikal online secara keseluruhannya lebih mudah daripada membeli terus ke syarikat atau ejen insurans bagi mereka yang mahir menggunakan perangkat teknologi. Sebaliknya, bagi yang tak begitu mahir dan mempunyai banyak masa, dinasihatkan membeli secara offline.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *