Cara Renew Insurans Kereta Online dan Melalui Pejabat Pos

By | 9 Oktober 2024

Antara tanggungjawab yang mesti anda tunai setiap tahun sebagai pemilik kereta ialah renew insurans kereta. Ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira dan menjimatkan kos untuk memperbaharui kereta sewaktu-waktu.

Memperbaharui insurans kereta boleh dilakukan sendiri ataupun dengan bantuan ejen insurans. Jika menggunakan ejen insurans, anda perlu memberikan maklumat kereta dan membuat bayaran. Selanjutnya proses pembaharuan insurans kereta anda akan diuruskan oleh ejen. Kos akan ditentukan oleh nilai semasa kereta dan perlindungan yang dipilih.

renew insurans kereta

Selain daripada itu, cukai jalan kereta anda juga akan turut diperbaharui. Ejen akan mengenakan caj perkhidmatan sehingga cara ini memerlukan kos lebih tinggi.

Berbeza dengan mengurusnya, sendiri secara terus ke syarikat insurans, anda boleh lebih jimatkan wang, malahan mendapat diskaun sehingga 10%.

Isi Kandungan

Cara renew insurans kereta sendiri iaitu:

Tentukan nilai semasa kereta dan periksa kelayakan peratus no claim discount (NCD) anda. Selanjutnya anggapan kasar kos insurans kereta boleh anda dapati. Nilai anggaran ini juga akan bergantung pada keadaan kereta semasa.

Bawa dokumen yang diperlukan, seperti polisi insurans sedia ada, nota lindungan insurans, dan geran kereta anda.

Datang ke mana-mana syarikat insurans dan sebut harga insurans kereta anda. Apabila berpuas hati, anda boleh membayar wang pendahuluan. Polis insurans kebiasaannya akan dihantar dalam masa sehari dan salinan asal akan dihantar melalui pos atau emel.

Selesai memperbaharui insurans kereta anda, perbaharui juga cukai jalan di MyEG, cawangan JPJ atau Pejabat Pos.

Untuk memperbaharui insurans melalui MyEG, sediakan maklumat iaitu nombor pendaftaran kenderaan, nombor IC, jenis kenderaan, kapasiti enjin, tahun pengeluaran, dan jumlah insurans. Setelah mendaftar untuk memperbaharui insurans, anda akan menerima emel dari MyEG. Emel itu berisi jumlah yang perlu anda jelaskan untuk cukai jalan dan insurans. Jika berpuas hati, klik Proceed to Pay. Dalam tempoh 1 hari kerja, insurans akan diperbaharui dan cukai jalan akan dihantar ke alamat anda.

👉 Baca Juga:  Panduan Memperbaharui Insurans Kereta Online

Apabila anda membeli insurans kereta kurang dari nilai pasaran kereta semasa, anda perlu membayar baki perbezaan sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kereta. Jadi anda hanya boleh menuntut sebagian iaitu sebesar jumlah perlindungan yang diberikan oleh polisi insurans yang anda bayarkan.

Sebaliknya, jika anda membeli insurans lebih dari nilai pasaran kereta semasa, ada had maksima yang boleh anda tuntut sekiranya berlaku kemalangan, bukan sebesar yang anda bayar supaya pemilik kereta tidak mengambil keuntungan dari tuntutan insurans.

Untuk memastikan apa yang anda bayarkan tidak kurang atau lebih daripada perlindungan insurans, anda perlu menyemak nilai pasaran semasa.

Nilai pasaran semasa tidak sama dengan harga yang anda beli karena nilainya akan menyusut dari tahun ke tahun. Nilai insurans juga berbeda antara satu pembekal insurans dengan yang lain, kerana mereka mempunyai formula pengiraan yang berlainan. Maklumat pun boleh diperolehi dari pembekal insurans kereta sekarang.

Semak Nilai No Claim Discount (NCD)

NCD atau No Claim Discount adalah diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam masa 12 bulan sejak tempoh pendaftaran insurans kereta.

Kelayakan akan dilucut sekiranya anda ada membuat tuntutan dan kes kemalangan berpunca dari anda. Ini bukan bermakna anda tak boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kereta anda. Jika terlibat kemalangan yang bukan disebabkan oleh anda, kelayakan NCD tak akan terlucut sekiranya melakukan tuntutan.

Kadar diskaun NCD telah pun ditetapkan berdasarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) iaitu 25 peratus bagi tahun pertama, 30 peratus bagi tahun kedua, 38.3 peratus bagi tahun ketiga, dan 45 peratus bagi tahun keempat, dan maksimum 55 peratus bagi tahun kelima. Maklumkan kepada syarikat pembekal atau ejen insurans untuk memohon diskaun NCD. Kemudian anda akan menerima bayaran balik dalam bentuk cek.

👉 Baca Juga:  Insurans Kereta Murah, Apakah Semestinya Terbaik?

Renew Insurans Kereta Online

Anda dapat juga melakukan renew insurans kereta online melalui laman sesawang MyEG. Untuk gunakan kemudahan renew online ini, anda tak perlu menunggu cukai jalan dan insurans kereta sampai kepada tarikh luput. Sebaliknya, anda boleh renew kurang dari 2 bulan sebelum keduanya tamat tempoh.

Renew awal akan memberi keselesaan bagi anda, apabila tamat tempoh, terus boleh guna dan tampal cukai jalan yang baharu. Sebelum membuat renew insurans kereta online melalui MyEG, anda perlu mendaftar dahulu pada laman https://www.myeg.com.my/register. Jika tidak, anda pun boleh guna akaun MyEG milik orang lain. Berikut langkah-langkah renew insurans kereta melalui MyEG:

  1. Masuk ke laman MyEG, masukkan username dan kata laluan, lalu klik Login.
  2. Tekan pada gambar ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Tekan butang Baharui Auto Insuran atau Auto Insurance Renewal.
  4. Skrin akan menampilkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menyediakan perkhidmatan menerusi MyEG, seperti AIG, eTiQa Takaful, Takaful Malaysia, ataupun Zurich Takaful.
  5. Jika syarikat insurans atau takaful anda tiada dalam senarai, anda boleh menukar kepada syarikat yang sedia ada dalam MyEG.
  6. Tekan pada ikon syarikat yang anda kehendaki, contohnya Takaful Malaysia.
  7. Kelayakan NCD akan dipaparkan setelah anda isi nombor kad pengenalan.
  8. Masukkan apa saja maklumat yang diminta dengan data sebenar. Amaun yang dilindungi menurut nilai kereta semasa dan tambahkan maklumat pemandu tambahan boleh anda tambahkan.
  9. Sebut harga penuh akan ditunjukkan selepas anda mengisi semua maklumat. Jika anda setuju, boleh terus membuat bayaran.
  10. Buat bayaran boleh pilih sama ada menggunakan perkhidmatan perbankan online seperti Public Bank Online, Maybank2U atau RHB Online ataupun kad kredit.
  11. Tautan muat turun resit bayaran dan cover note akan dipaparkan selepas anda membuat bayaran.
👉 Baca Juga:  3 Jenis Insurans Kereta Utama di Malaysia

Setelah menyelesaikan renew insurans, anda boleh terus renew cukai jalan. Disebabkan tak perlu bayar caj atau upah untuk runner yang menguruskan road tax di JPJ, pembayaran dalam talian lebih mudah dan murah.

Renew Insurans Kereta di Pejabat Pos

Untuk renew insurans melalui Pejabat Pos, anda dapat pergi ke mana-mana kaunter Pejabat Pos di Semenanjung Malaysia. Dokumen yang perlu dibawa iaitu kad pengenalan, sijil kepemilikan kendaraan atau geran, dan cover note insurans. Apabila salinan geran hilang, anda masih boleh memperbaharui cukai jalan di Pejabat pos dengan cara membawa kad pengenalan atau passport.

Setelah siap membawa dokumen yang diperlukan, datang ke kuanter Pejabat Pos dan tunggu giliran. Anda boleh bertanya kepada petugas kaunter apabila ada sebarang kemusykilan tentang insurans kereta. Contohnya apabila anda ingin add on untuk insurans cermin kereta, anda boleh bertanya berapa kos yang perlu dibayarkan.

Itulah cara-cara untuk renew insurans kereta melalui talian ataupun datang ke Pejabat Pos. Mudah bukan? Jangan lupa semak harga insurans dan siapkan dokumen yang diperlukan sebelum datang menguruskan renew insurans anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *