Kelebihan dan Kekurangan Renew Insurans Motor Online

By | 6 November 2024

Tabiat suka bertangguh sememangnya dapat menyusahkan diri. Terlebih untuk urusan penting seperti memperbaharui insurans dan roadtax. Apabila roadtax kereta mati, barulah sedar kena uruskan segera untuk elak saman polis. Kini, anda pun tak perlu keluar nak uruskan semua itu, cukup renew insurans motor online dari rumah atau pejabat dan semua siap dalam masa beberapa minit sahaja.

Kelebihan dan Kekurangan Renew Insurans Motor Online

Isi Kandungan

Cara Buat Renew Insurans Motor Online

MyEG menyediakan perkhidmatan renew insurans dan cukai jalan kenderaan secara atas talian. MyEG Services Berhad sememangnya ialah pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (“MSC”) Aplikasi Elektronik Kerajaan (“E-Kerajaan”) Malaysia.

renew motor insurance online malaysia

MyEG memiliki kewenangan membina, menjalankan, dan mempunyai saluran elektronik bagi membekalkan perkhidmatan kepada rakyat dan perniagaan daripada pelbagai agensi kerajaan. Berikut ini cara membeli insuran motor online menerusi MyEG.

  1. Layari laman https://www.myeg.com.my/
  2. Daftarkan diri anda sebagai pengguna, kemudian sediakan nombor pendaftaran kenderaan, nombor kad pengenalan, jenis kendaraan, kapasiti enjin, tahun kenderaan dibuat, dan nilai perlindungan.
  3. Log masuk ke dalam sistem MyEG, menggunakan username dan kata laluan anda.
  4. Klik Baharui Auto Insuran, pilih insurans.
  5. Kemudian senarai syarikat akan dipaparkan. Pilih mana syarikat yang anda kehendaki. Isi maklumat insurans iaitu nombor kad pengenalan, lalu kelayakan NCD akan dipaparkan. Tetapkan amaun yang dilindungi mengikut harga semasa kereta dan tambah maklumat pemandu tambahan.

Juga baca artikel tentang:

👉 Baca Juga:  Insurans Kereta Murah, Apakah Semestinya Terbaik?

Perlindungan yang boleh anda tambahkan seperti cermin, aksesori kereta, dan bencana.

Ada maklumat tambahan yang perlu diberikan seperti tempat letak kereta waktu malam, ciri-ciri keselamatan dalam kereta, sistem pengamanan anti kecurian, tabiat memandu, dan rekod saman. Maklumat tambahan ini akan diambil kira untuk pengiraan harga insuran kereta yang perlu dibayar. Isikan dengan maklumat sebenar untuk mengelak permohonan insuran tak diluluskan.

  1. Sahkan harga yang ditunjukkan, apabila setuju, terus buat bayaran.
  2. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau perbankan online.
  3. Selepas buat bayaran, muat turun resit bayaran dan cover note yang disediakan.

Anda pun boleh renew cukai jalan sekali menerusi MyEG.

Cara Perbaharui Roadtax Online

Cara memperbarui cukai jalan iaitu:

  1. Pilih roadtax renewal, setelah menekan ikon JPJ.
  2. Masukkan semua maklumat yang diminta.
  3. Penghantaran roadtax dapat dibuat oleh MyEG ke alamat rumah atau pejabat anda, boleh juga mengambil sendiri ke pejabat MyEG. Klik Proceed untuk meneruskan proses.
  4. Skrin akan memaparkan maklumat road tax dan kos-kos tambahan lain. Apabila bersetuju, klik Confirm & Pay lalu buat pembayaran. Muat turun resit, dan tunggu road tax sampai ke tangan anda.

Cara Renew Cukai Jalan untuk Kenderaan Lebih Setahun

Road tax yang telah lebih setahun tak diperbaharui ada cara tersendiri untuk buat renewal. Anda perlu buat langkah-langkah di bawah ini untuk menyiapkan renewal cukai jalan kenderaan anda.

  1. Buat insuran kenderaan sebelum anda pergi ke Puspakom. Jika ingin insuran yang murah, anda boleh memilih insuran pihak ketiga saja.
  2. Dapatkan one day permit atau permit perjalanan sementara untuk pemeriksaan kenderaan dari JPJ untuk pemeriksaan sehari di Puspakom. Jangan lupa, bawa geran, kad pengenalan, dan lesen memandu anda sekali.
  3. Booking Puspakom untuk buat temu janji pemeriksaan kenderaan.
  4. Buat pemeriksaan dan bayaran. Caranya, anda perlu datang ke Puspakom dan mengambil nombor giliran dari kaunter pembayaran. Seterusnya, anda perlu menunggu pegawai memeriksa kenderaan anda. Untuk motosikal, mereka hanya memeriksa nombor chasis dan geran, lalu lampu signal, lampu brake, dan hon. Laporan akan dikeluarkan apabila kenderaan anda OK. Laporan ini hanya sah untuk sebulan dan digunakan untuk permohonan cukai jalan dari JPJ.
  5. Perbaharui cukai jalan di JPJ. Anda perlu pergi ke pejabat JPJ berdekatan dengan membawa lesen, geran asal, kad pengenalan, sijil takaful atau polisi insurans, dan laporan Puspakom untuk permohonan road tax baru.
👉 Baca Juga:  Roadtax Yang Hilang atau Rosak, Begini Cara Dapatkannya

Untuk perbaharui road tax kenderaan yang lewat daripada setahun, tidak boleh dilakukan secara atas talian, melainkan buat terus di pejabat Puspakom dan JPJ.

Juga baca artikel tentang:

Kelebihan dan Keburukan Membeli atau Renew Insurans Motor Online

Membeli atau membuat renew insurans motor online mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan. Bagi sesetengah orang, membeli insuran atas talian lebih memudahkan dan jimat, tetapi di sebalik itu ada juga kekurangannya.

Kelebihan Membeli Insurans Atas Talian

1. Lebih Murah

Membeli insuran ataupun renew insuran secara atas talian, pengguna akan mendapatkan diskaun. Harga yang perlu dibayar ialah 10% lebih murah, karena anda tidak perlu membayar perkhidmatan ejen atau syarikat pengurusan insuran. Bayaran 10% itu ialah komisyen untuk ejen, sedangkan anda sebenarnya cukup membayar senilai 90% dari harga insurans.

2. Mudah dan Jimat Masa

Pembelian insuran secara online boleh dilakukan di mana sahaja asalkan tersedia perangkat PC, tablet, atau telefon pintar dan internet. Pembaharuan pun boleh dibuat pada bila-bila masa.

Anda memiliki masa yang panjang untuk menyemak maklumat dan butiran yang diperlukan. Anda boleh mendapatkan maklumat dalam masa bila-bila pun diperlukan.

Kekurangan Membeli Insurans Online

Sementara itu, kekurangan membeli insuran secara online ialah:

1. Tiada Bantuan Pembelian

Anda perlu mengetahuhi banyak butiran seperti jenis polisi, nilai pasaran kenderaan, pengecualian, rider, coverage, dan sebagainya. Apabila anda tidak terbiasa dengan istilah ini, agak susah untuk membeli secara online sendiri.

cara renew insurans motor onlin

Sebelum membeli online, patutnya pelajari terlebih dahulu maklumat ini dan fahami sedikit banyak maklumat tentang insuran. Kesilapan mengisi maklumat boleh menyebabkan kesukaran apabila akan membuat tuntutan kecurian, kerusakan, atau, kemalangan. Syarikat insuran boleh menolak permohonan tuntutan sekiranya butiran yang anda masukkan silap.

👉 Baca Juga:  Fahami Perbezaan 1st Party dan 3rd Party Sebelum Membeli Insurans Kenderaan,

2. Anda Perlu Faham Cara Membuat Tuntutan

Sebelum membeli secara atas talian, anda perlu mencari pengetahuan asas tentang insuran. Meskipun anda sudah mempunyai maklumat asas yang diperlukan, tetapi proses tuntutan tak semudah yang diharapkan. Berbeza apabila anda menggunakan perkhidmatan ejen, anda dapat menyerahkan permasalahan dan sedia membantu apabila diperlukan.

Renew insurans motor online memang memberikan banyak manfaat bagi anda. Tetapi anda perlu mencari banyak maklumat berkenaan insurans karena tiada ejen atau syarikat yang membantu proses renew dan tuntutan nantinya.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *