Cermin retak atau pecah boleh jadi satu perkara yang menjejaskan perjalanan anda. Kerosakan cermin boleh disebabkan sebutir batu kecil dari tepi jalan. Tak kira bagaimana pun kita berhati-hati, kejadian ini boleh berlaku di luar kawalan. Sekiranya anda terdedah kepada risiko terkena masalah di atas, anda perlu mengambil insurans cermin kereta. Tetapi, insuran ini tak secara automatic melindungi kenderaan anda dari kerugian cermin kereta.
Artinya jika cermin kereta pecah, insurans tak serta merta membayar ganti cermin baru. Insuran cermin kereta ialah perlindungan tambahan untuk melindungi semua bagian cermin pada kereta anda termasuk cermin belakang, hadapan, dan cermin pintu. Pampasan yang diberikan meliputi kos pembaikan dan gantian cermin retak.
Anda tak perlu membayar sendiri, melainkan ditanggung oleh insuran apabila membeli perlindungan tambahan ini. Perlindungan ini berguna bagi kereta mahal ataupun kereta yang memiliki risiko agak tinggi.
Tak semua jenis insurans menyediakan insuran tambahan ini. Insuran tambahan ini hanya berlaku untuk insuran komprehensif.
Polisi komprehensif ialah polisi yang menyeluruh, dapat melindungi kerosakan yang berlaku kepada kenderaan anda. Polisi ini melindungi kerosakan yang dialami pihak ketiga dan kerosakan kendaraan sendiri kerana kemalangan, kecurian, atau kebakaran.
Isi Kandungan
Cara Untuk Dapatkan Insurans Cermin Kereta
Apabila anda membeli polisi komprehensif, anda boleh menambahkan perlindungan untuk cermin kereta semasa memperbaharui insurans atau takaful. Jika ingin mebeli insuran tambahan untuk cermin kereta, anda cukup memaklumkan kepada ejen atau syarikat insuran yang anda akan menambahkan perlindungan cermin kereta.
Selalunya, ejen akan menawarkan kepada pengguna setiap kali memperbaharui insuran sama ada pengguna akan menambah perlindungan atau tidak. Anda pun boleh memohon insuran tambahan cermin kereta atas talian.
Artikel lain yang perlu anda baca: Fahami Perbezaan 1st Party dan 3rd Party Sebelum Membeli Insurans Kenderaan
Perlindungan ini sebenarnya boleh didapati bila-bila masa. Caranya semak apakah polisi komprehensif anda merangkumi perlindungan cermin kereta atau tidak. Apabila tidak, anda dapat memaklumkan kepada ejen untuk menambahkannya.
Harga Insurans Cermin Kereta
Harga insuran tambahan untuk perlindungan cermin kereta tidak terlalu mahal. Bayaran dikenakan sebesar 15% dari harga cermin kereta anda ditambah kos kerja. Contohnya, bayaran yang harus dibayar ialah RM300 apabila kos gantian cermin RM 2,000.
Insurans cermin kereta dapat menyelamatkan anda dari harus membayar kos ganti sebesar RM2,000. Sebaliknya, apabila tidak menambah perlindungan cermin kereta, anda memang akan jimat duit sehingga RM300 tetapi perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli cermin kereta apabila berlaku kerosakan.
Artikel lain yang perlu anda baca: 8 Senarai Syarikat Insurans Kereta Terbaik di Malaysia
Jika tiada perlindungan cermin kereta, anda boleh menuntut daripada polisi komprehensif. Tetapi, diskaun tiada tuntutan anda akan terhapus jika membuat tuntutan ini. Akibatnya, premium insurans komprehensif untuk tahun hadapan lebih tinggi. Dengan begitu, tuntutan atas polisi komprehensif untuk gantian cermin kereta sebenarnya tidak berbaloi.
Perkara Penting yang Anda Perlu Faham
1. Over-insurance dan under-insurance
Over insurans bermakna insuran anda telah terlebih. Jika ini berlaku, anda harus membayar premium insurans lebih dari jumlah yang seharusnya dibayar, lebih tinggi daripada kos ganti cermin kereta anda. Contohnya, untuk kereta MyVi, perlukan kos ganti cermin hadapan sebanyak RM700, tetapi anda melindunginya RM1,000.
Sebaliknya, under insurans iaitu meletakkan jumlah bayaran di bawah harga insurans yang seharusnya anda bayar. Insurans hanya akan membayar sejumlah yang diinsuranskan sahaja, sedangkan selebihnya anda perlu menanggung sendiri.
2. Masa Tamat Perlindungan
Polisi tambahan akan tamat sekiranya tuntutan penuh dibuat, tidak seperti polisi insurans kereta yang tamat setelah satu tahun.
Contohnya, anda memperbaharui insurans polisi komprehensif bersama polisi cermin kereta. Besarnya premium ialah RM1,000 manakala insurans cermin kereta RM300. Satu bulan kemudian, cermin kereta anda rosak, sehingga perlu buat tuntutan sebanyak RM250 karena cermin tak perlu diganti seluruhnya. Anda masih dilindungi insurans sebesar RM750 sehingga tamat tempoh polisi tahun hadapan atau jika anda membuat tuntutan lagi hingga mencecah angka tersebut.
Artikel lain yang perlu anda baca: Kepentingan Insurans Kenderaan dan Jenis-jenis Polisi Insurans Kenderaan
Cara Membuat Tuntutan Insurans Cermin Kereta
Untuk membuat tuntutan, berikut cara yang perlu anda buat:
- Bawa kereta anda ke bengkel panel. Elakkan menghantar ke bengkel bukan panel karena boleh menyebabkan kesukaran membuat tuntutan.
- Ambil gambar cermin kereta sebelum dan selepas repair, kemudian bayar dahulu kos baik pulih menggunakan wang anda. Selepas itu, baru buat tuntutan dengan mengisi borang tuntutan dan ikuti prosedur pembayaran balik.
- Selanjutnya, maklumkan kepada pihak bengkel yang anda akan membuat tuntutan dari syarikat insuran anda. Lazimnya pihak bengkel akan menguruskan dokumen yang diperlukan dan terus menghubungi insurans anda.
- Cermin kereta akan diperbaiki tanpa perlu membayar kos pembaikan terlebih dahulu.
- Bawa cover note kemudian cek pada cover note anda, berapa yang insurans cermin kereta boleh cover. Apabila insuran boleh cover RM600, tetapi anda kena bayar RM700, maknanya anda hanya perlu tambah RM100 sahaja.
Perlu anda ingat, bahwa nama yang tertera sahaja yang boleh buat klaim cermin kereta berkenaan. Semasa membuat klaim, bawa sekali kad pengenalan pemilik kereta dan lesen memandu yang masih hidup, geran kereta sama ada yang asal ataupun salinan.
Insurans cermin kereta sangat penting untuk anda apabila kereta terdedah kepada risiko kerosakan cermin. Misalnya anda selalu lalu jalan berhampiran kawasan pembinaan, lombong, atau kawasan dengan batu-batu kecil yang mungkin terpercik ke kenderaan anda.